Subscribe

Tuesday 27 December 2011

Pesta Seni Kerbau Jantan, China (3 gambar)

Comel je tengok kerbau-kerbau ini diwarnakan. Mula-mula ingatkan replika, tetapi sebenarnya ia adalah kerbau realiti. Inilah yang berlaku di sebuah wilayah Yunnan, China. Ini adalah sebuah pesta kecil oleh sebuah kumpulan minoriti rakyat China yang telah melukis pelbagai bentuk bewarna warni pada badan seluruh badan kerbau masing-masing. Mereka mempercayai lukisan pada lembu jantan ini berupaya untuk melindungi kampung mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.



Minoriti kaum Hani telah mewarnakan lembu-lembu jantan ini dengan tujuan untuk menakutkan harimau yang sesat ke kampung mereka. Tradisi ini telah diadakan secara besar-besaran apabila sebanyak 48 buah pasukan telah mengikuti pertandingan China-Laos-Vietnam Bull Art Festival pada tahun ini. Warna seperti biru cerah, kuning, merah dan hijau telah merubah kulit asal coklat dan putih pada badan kerbau-kerbau jantan ini. Tambahan maklumat, minoriti Hani mempunyai 1.4 juta penduduk di sepanjang sungai Huang He di wilayah Yunnan di mana kebanyakkannya bekerja di dalam sektor pertanian. Dikatakn hampir semua penduduk minoriti Hani ini menyembah alam semulajadi, hantu dan roh nenek moyang mereka dan mempercayai segala-galanya di dunia hanya mempunyai satu jiwa. Menarik betul festival ni!

0 comments:

Post a Comment