Subscribe

Tuesday 27 December 2011

Taman Arboretum yang unik, Philadelphia. (5 gambar)

Pecinta alam sekitar sekali lagi dihidangkan dengan pemandangan menarik dari dunia atas pokok di hutan Adventure Morris Tree Arboretum, Philadelphia. Taman yang uni ini mempunyai trek jalanan di atas pokok, ruang peninjau, jambatan gantung dan kawasan permainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Adventure  Tree mempunyai laluan pejalan kaki sebanyak 450 kaki yang diperbuat daripada keluli dan kayu cedar serta diterangi oleh lampu LED. Taman yang cantik ini telah direka dan dibina oleh Metcalfe Architecture & Design yang pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa termasuk American Association of Museums Excellence di dalam Exhibition Design Award. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.



Taman yang berinspirasikan 'play and learn' ini merupakan strategi yang bertujuan untuk memupuk cintakan alam semulajadi di kalangan kanak-kanak. Struktur dalaman taman ini diperbuat daripada logam yang dikitar semula dan 100% dihasilkan oleh Western Red Cedar.


0 comments:

Post a Comment