Subscribe

Tuesday 29 November 2011

Fakta pasal gaun wedding Bella dalam Twilight: Breaking Dawn (7 gambar)

Dalam berita online antarabangsa dan termasuk social networking seperti Twitter tengah bising-bising pasal filem Twilight, perkahwinan Bella dan Edward Cullen, Pippa Middleton, Ryan Gosling dan lain-lain lagi. Entry kali ni saya tribute untuk perkahwinan dalam filem vampire kegemaran korang Twilight yang baru. Saya tak tengok lagi movie ni, tapi pasal orang dah bising-bising pasal momen wedding diorang, so saya up entry pasal ini. Oh yeah! Ada kawan kata, dia rasa seperti tiba-tiba nak kawin lepas tengok movie ni! Auchhhh.. tapi kalau tengok gambar di bawah, memang cun sangatlah prop yang digunakan. Kali ni saya nak kongsi sikit info pasal pakaian pengantin yang Bella dah guna dalam movie ni. Sila klik tajuk post utk entry sepenuhnya. Are you ready vampire semua??



Rekaan pakaian pengantin Bella dikaitkan dengan rekaan pakaian Pippa Middleton masa perkahwinan Duchess of Cambridge Kate Middleton beberapa bulan yang lepas. Gaun yang dipakai oleh Bella merupakan sejenis gaun masih yang mempunyai citarasa adat, diperbuat daripada jenis kain satin kerisut dan renda Perancis Chatilly. Dari bahagian belakang, pereka gaun ini Herrara Carolina telah menyemat butang dari garis leher ke bahagian hemline yang berjumlah 152 biji butang. Mempunyai panel ruang dan sulaman yang direka khas ini sangat istimewa dan dikatakan Herrara Carolina telah mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkannya termasuk 9 rekaan yang lain. (klik sini)

Harga gaun ini dikatakan berharga 35, 000 pound. Manakala kasut yang telah digunakan dalam set ini ialah dari jenama Manolo Blahnik yang dihiasi dengan batu-batu permata. Pereka Herrera telah merancang untuk mengeluarkan pakaian pengantin bertemakan Bella ini pada koleksi 2012 yang boleh didapati di butik CHNY mulai tahun depan. Dikatakan terdapat butik-butik tertentu yang telah menjual pakaian replika (mencontohi) ini pada kadar USD 799.00 sahaja. 

Filem Twilight : Breaking Dawn ini mempunyai 2 bahagian. Korang dah tengok bahagian pertamanya, manakala bahagian kedua akan mula ditayangkan pada November 16, tahun 2012!

0 comments:

Post a Comment