Latihan sukan bermula pada usia yang muda. Ibubapa mula menghantar anak mereka di antara 6 hingga 18 tahun ke sekolah-sekolah sukan khas ini. Walaubagaimanapan saringan akan dibuat untuk mengambil bakal pelajar yang benar-benar diyakini boleh mencapai sasaran yang digariskan. Di seluruh negara, China telah mencatatkan seramai 600 orang pelatih yang berusia antara 6 hingga 18 tahun. Pada sebelah pagi mereka akan melalui sekolah harian biasa, manakala 4 jam di sebelah petang akan diperuntukkan untuk latihan sukan. Ibubapa juga hanya dibenarkan melawat anak-anak mereka pada setiap hujung minggu, tetapi ada juga yang sanggup berpisah jauh semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya di dalam sukan Olimpik di samping mengaut ganjaran mewah sekiranya memenangi sebarang pertandingan. Yang menariknya, ibu bapa para atlit yang sangat berpotensi dan miskin akan diberikan sebuah rumah yang dibina di kapung halaman mereka. Ini telah menjadi tanggungjawab oleh Biro Sukan Tempatan sebagai sokongan moral kepada atlit.
Sila klik tajuk post untuk melihat bagaimana latihan mereka dilakukan.
0 comments:
Post a Comment