Subscribe

Thursday 5 January 2012

Binaan Gereja di dalam pokok, Perancis (6 gambar)

Gereja yang unik ini terletak di sebuah perkampungan kecil orang Perancis Allouville-Bellefosse, di mana telah menjadikan sepohon pokok oak sebagai binaan utamanya. Sebenarnya ia merupakan pokok oak semulajadi. Di bahagian dalam pokok ini mengandungi 2 bahagian tempat bersembahyang. Tidak siapa tahu berapakah usia sebenar pokok oak ini tetapi dijangkakan ianya berusia 800 hingga 1, 200 tahun.

Dikatakan pada sekitar tahun 1600, pokok oak ini telah dipanah petir sehingga sebahagian pokok ini telah terbakar terutama di bahagian luar dan tengah. Tetapi pokok ini tidak musnah, malah beberapa hari kemudian ia mulai mengeluarkan tunas-tunas baru. Pokok yang dianggap unik ini telah ditemui oleh penduduk kampung dan menganggap kejadian tersebut adalah sebuah keajaiban. Mereka  mula membina gereja di dalamnya dan memanggil kawasan ini adalah kawasan Notre Dame de a Paix (Our Lady Of Peace) da Chambre de I'Ermite (Hermit' Room). Walaubagaimanapun semasa Revolusi Perancis, pohon ini telah mendapat kecaman hebat oleh generasi revolusi. Terdapat cubaan untuk memusnahkan pokok dan gereja ini.

Tetapi berikutan peredaran masa dan perubahan cuaca tidak menentu telah menjadikan pohon setinggi 33 kaki ini mungkin tidak dapat bertahan lagi. Terdapat beberapa bahagian 'tubuh' gereja ini terpaksa menggunakkan sokongan kayu agar tidak musnah dalam jangka masa yang cepat. Sebagai tambahan maklumat, sebuah festival yang dipanggil Feast of The Assumption of The Virgin akan diadakan pada 15 Ogos setiap tahun. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.


0 comments:

Post a Comment