Subscribe

Friday, 13 January 2012

Rumah Sangkar Untuk Manusia, Hongkong (10 gambar)

Keadaan seperti di dalam gambar di bawah sememangnya amat menyedihkan. DIanggarkan lebih 100, 000 penduduk Hongkong telah mendiami rumah sangkar sebegini kerana faktor kedaifan. Sebanyak USD 200 telah dikenakan oleh tuan rumah sangkar ini untuk setiap sangkar yang disewa. Setiap rumah boleh memuatkan sehingga 20 sangkar dan setinggi 3 tingkat pada setiap baris sangkar. Seperti rumah flat, sangkar pada tingkat bawah adalah lebih mahal sedikit sewanya berbanding di atas. Setiap sangkar hanya berukuran 6 kaki tinggi dan 2 kaki lebar. Hongkong merupakan antara metropolitan yang paling padat di dunia dengan hampir 16, 500 orang penduduk mendiami setiap kilometer persegi wilayah.

Dilaporkan, setiap penghuni terpaksa berkongsi tandas dan kebanyakan rumah pangsapuri yang mempunyai sangkar ini tidak mempunyai dapur. Ini memaksa penduduk miskin ini terpaksa memasak makanan atau membeli makanan di luar. Sebenarnya tempat tinggal rumah sangkar ini sudah semakin meningkat selama beberapa dekad. Sila klik tajuk post untuk melihat kedaifan rakyat metropolitan ini.


0 comments:

Post a Comment