Subscribe

Wednesday, 14 December 2011

Upacara Perkahwinan Manusia Dengan Jin, Sukabumi

AMARAN: Entry ini sedikit panjang dan tidak menggalakkan pembaca untuk mempercayainya. Walaubagaimanpun, isu di dalam entry ini merupakan sisi manusia lain di dalam masyarakat lain. Sila klik tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.

Khamis, 15 Mei 2010, pasukan dari Majalah Misteri melawat seorang ahli spiritual di kaki Gunung Salak, Sukabumi. Menurut khabar yang didengar Misteri, di sana kerap dilakukan upacara perkahwinan manusia dengan jin. Perkahwinan ini dilakukan oleh orang-orang yang pokai atau terdesak keperluan ekonomi. Namun menurut khabar yang lain, manusia berkahwin dengan jin ini juga kerap dilakukan untuk memajukan perniagaan atau usaha seseorang agar lebih maju.

Menjelang Maghrib, Misteri baru tiba di rumah ahli spiritual yang sering mengahwinkan manusia dengan jin ini. Jauh dari keramaian dan hingar bingar, rumah ahli spiritual itu berada di kaki Gunung Salak, Cidahu, Sukabumi. Meskipun jauh dari keramaian kota besar, rumah-rumah di kampung ini nampak kekal, terjaga rapi dan dikira mewah untuk ukuran orang kampung. Tak hanya itu, hampir di setiap rumah ada sebuah kereta dan motor baru yang menampakkan status sosial penduduk kampung ini. Sesuatu yang tak terbayangkan oleh Misteri sebelumnya.

Tak lama berselang, Ustaz Yusuf Kabir, ahli spiritual yang didatangi Misteri ini muncul dari balik ruang tamu rumahnya. Seperti layaknya orang kampung, ustaz Yusuf menyambut ketibaan Misteri dengan hangat. Sejumlah kalimat dan kata-kata sambutan pun keluar dari mulut ustaz Yusuf. Ternyata ustaz yang kerap mengahwinkan manusia dengan jin ini masih cukup muda, usianya diperkirakan belum genap 40 tahun. Meskipun begitu daripada gaya bicara dan auranya nampak jelas bahawa ustaz muda ini mempunyai ilmu metafizika yang cukup.

Setelah cukup berbasa-basi, Misteri langsung mengutarakan maksud kedatangan mereka itu. Nampak ustaz Yusuf seperti berfikir sejenak, entah apa yang ada di kepalanya. Namun sesaat kemudian dia pun berkomentar. "Saya memang sering mengahwinkan orang dengan Jin Islam, tapi saya tidak sependapat jika ini dikatakan musyrik. Perkahwinan ini hanya sebatas usaha manusia untuk memperbaiki kehidupannya," tutur ustaz Yusuf.

Untuk melihat lebih jelas upacara perkahwinan manusia dengan Jin ini, ustaz Yusuf mengajak Misteri ke lokasi di mana dia sering melakukan upacara. Kebetulan malam itu ada 3 orang yang minta dikahwinkan dengan jin. Ternyata untuk menuju lokasi tempat perkahwinan manusia dengan jin ini cukup jauh, sekitar 2 atau 3 kilometer di belakang rumah ustaz Yusuf. Melintasi perkampungan menuju sebuah lembah di sempadan kampung dengan hutan Gunung Salak, tibalah kami pada sebuah rumah di pinggir kali.

Aura mistik menyengat seketika Misteri tiba di rumah itu. Jelas sekali aura rumah dengan 8 ruangan besar ini penuh dengan kekuatan ghaib yang menyelimutinya. Tanda-tanda kekuatan ghaib dan aura mistik itu dapat dirasa dan dilihat dengan mata kasar. Dari pengamatan Misteri, kekuatan ghaib dan aura mistik yang nampak jelas ini terjadi akibat seringnya proses upacara perkahwinan dengan jin di rumah ini. "Di rumah inilah proses upacara itu dilakukan. Kami akan memanggil jin dari mana-mana untuk dikahwinkan di sini," akui Yusuf pada Misteri.

Sambil berkeliling di dalam rumah dan sekitar laman, ustaz Yusuf menjelaskan syarat dan proses upacara perkahwinan dengan jin. Dalam rumah itu ada 8 orang yang malam ini akan dikahwinkan dengan Jin. Menurut ustaz Yusuf, umumnya orang berkahwin dengan jin kerana tersepit masalah ekonomi. Ada yang terbelit hutang, syarikatnya muflis dan ada pula yang ingin syarikatnya lebih maju. Jin yang dinikahinya itu akan menjadi isteri atau suami di alam ghaib. Sebagai isteri atau suami, jin itu juga punyai tanggung jawab untuk memenuhi keperluan ekonomi keluarga. Maka jin itu pun diminta untuk boleh menghasilkan wang bagi orang yang menikahinya. "Jadi jin itu akan membantu kita menghasilkan wang," tutur ustaz Yusuf.

Lebih jauh dijelaskan ustaz Yusuf, hanya orang Muslim sahaja yang boleh berkahwin dengan jin. Kerana menurutnya jin yang dipanggilnya adalah dari golongan muslim yang tinggal diberbagai penjuru dunia. Misalnya jin dari Baghdad, Turki, Mesir, Kuwait, Makkah, Selangor, Demak dan sebagainya. Selain itu, orang yang boleh dikahwinkan dengan jin juga harus mempunyai pekerjaan atau aktiviti perniagaan. Kerana jin itu tidak mendatangkan wang dalam bentuk cash. "Jin itu akan membantu kita mencari wang dari jerih payah kita sendiri," jelas ustaz Yusuf.

Selesai menjelaskan panjang lebar soal proses perkahwinan dengan jin, ustaz Yusuf langsung mengajak Misteri ke satu bilik tempat dia melakukan ijab kabul. Di bilik gelap berukuran 5 kali 5 meter itu sudah ada 3 orang menunggu ustaz Yusuf. Mereka adalah seorang saksi nikah, perantara dan orang yang akan dinikahkan dengan jin. Udara penuh dengan aroma kemenyan dan bunga setaman menyengat hidung. Jelas sekali lelaki yang akan dinikahkan dengan jin itu kelihatan gugup. Sesekali dia menyeka wajahnya dengan sapu tangan. Namun sesaat kemudian dia menoleh ke kiri, kadang ke kanan dan ke belakang, seperti ada yang dilihatnya.

Seketika kemudian, ustaz Yusuf mula membacakan doa-doa khusus, tawasul dan menghantar doa. Terakam oleh Misteri dia menghantar doa untuk para nabi, leluhur dan para penghuni ghaib yang menguasai bumi ini. Ustaz Yusuf kemudian menghantar doa khusus untuk leluhur Tanah Selangor dan penghuni ghaib Masjid Agung Banten. Ternyata malam itu ustaz Yusuf akan menikahkan seorang tamunya dengan jin wanita dari Masjid Agung Banten yang bernama Salsabila Su'a Binti Syech Humaid Kazman.

Setelah sepuluh minit ustaz Yusuf membacakan doa-doa dan mantera suasana dan hening. Hanya sesekali ustaz Yusuf terdengar mengucap nama Salsabila Su'a. Nampak mata ustaz muda ini terpejam, tapi mulutnya tetap kumat-kamit. Seketika kemudian dia kembali membuka matanya sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Tiba-tiba angin terasa bertiup entah dari mana datangnya. Tak seorang pun diantara kami yang berani berkata-kata. Namun ketegangan nampak jelas dari raut wajah semua orang yang mengikuti proses upacara ini.

Dalam ketegangan itu, tiba-tiba seorang perempuan yang duduk betul-betul di samping orang yang akan dinikahkan dengan jin menjerit melengking. Tentu saja jeritan perempuan itu membuat seisi bilik terkejut bukan kepalang. Misteri hampir saja beredar ke belakang akibat terkejut mendengar suara jeritan itu. Tak cukup disitu saja, perempuan separuh umur itu kemudian menceracau seperti orang kesurupan. Suaranya yang tadi tenang kini berubah tak keharuan. "Jin Salsabila Su'a itu sekarang sudah merasuki tubuh wanita itu. Bererti kita sudah siap melakukan proses ijab kabul pernikahan," tutur ustaz Yusuf.

Seperti layaknya perkahwinan manusia dengan manusia, ustaz Yusuf kemudian membacakan sighoh taqliq. Kedua-dua pengantin, saksi dan wali nikah bersiap untuk ijab kabul. Doa-doa nikah dan Kalimat Syahadah pun dibacakan sebagai petanda bahawa yang dinikahkan itu adalah Jin Muslim. Pengantin lelaki yang dinikahkan dengan Jin Salsasbila Su'a ini masih nampak gugup dan takut. Berkali-kali dia salah menyebut nama Jin Salsabila Su'a. Berkali-kali pula dia mengusap wajah dan mengubah kedudukan.

"Salsabila Su'a binti Syech Humaid Kazman, apakah kamu bersedia dinikahkan dengan ....?" Tanya ustaz Yusuf dengan suara berat bergetar.

"Saya bersedia," tutur Jin Salsabila dengan suaranya yang melengking nyaring. "Jin Salsabila Su'a binti Syech Humaid Kazman, apakah kamu bersedia membantu masalah ekonomi suamimu?" Tanya ustaz Yusuf kemudian.

"Saya bersedia, tapi suamiku juga mesti memenuhi semua syaratku," jawab Jin Salsabila Su'a lagi.

Sesudah itu, Jin Salsabila Su'a ini kemudian menerangkan semua keperluan yang harus dipenuhi oleh suaminya dari bangsa manusia. Kurang lebih sepuluh minit berlangsung, proses itu pun selesai dan berjalan mengikut peraturan. Kini pengantin lelaki itu berhak atas Jin Salsabila Su'a dan boleh memperlakukannya sebagai isteri.

Meski hampir sama dengan proses perkahwinan manusia dengan manusia, proses perkahwinan dengan jin ini tentu saja ada bezanya. Sebab tujuan utama manusia berkahwin dengan jin ini tentu saja bukan dilatar belakangi oleh syahwat. Tapi lebih kerana permintaan manusia agar sang mempelai jin boleh membantu menyelesaikan masalah ekonomi pengantin manusia. Ketika proses upacara berlangsung, pengantin manusia ditanya mengapa dia mahu berkahwin dengan jin Salsabila Su'a. "Saya terbelit hutang ke bank, saya ingin membayar hutang itu dan mempunyai harta yang cukup," tutur pengantin manusia.

Selepas proses upacara itu ustaz Yusuf menjelaskan, tidak semua proses upacara ini berjalan lancar kerana ada kalanya pengantin jin menolak dinikahkan. Misalnya kerana jin itu tidak suka dengan penampilan manusia yang tidak sesuai. Atau ada kalanya jin itu menolak kerana minta mas kahwin yang tak sanggup dipenuhi manusia. "Tapi pada umumnya semua jin yang saya panggil mahu dinikahkan dengan sesiapa saja," jelas ustaz Yusuf menamatkan perbincangan dengan Misteri.

_______________________________________________________________________

Hukum berkahwin dengan jin menurut Darus Syifa'

Seperkara yang jelas kepada kita bahawa makhluk ini wujud dan boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang mereka kehendaki dengan izin Allah S.W.T. Persoalan sama ada boleh atau tidak manusia berkahwin dengan makhluk halus dari segi sejarahnya banyak yang kita dengar bahawa Balqis adalah seorang raja di zaman Nabi Sulaiman. Bapanya manusia dan ibunya daripada jin, ibunya bernama Balqmah binti Saisan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w pernah berkata bahawa salah seorang daripada ibu bapa Balqis adalah jin. Hadis ini ada dalam Kitab al-Jami' as-Saghir oleh Imam as-Sayuti.

Tetapi apabila balik kepada masalah hukum, dengan jelas al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya), "Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga". (Surah an-Nahli ayat 72)

Firman Allah (mafhumnya), "Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah S.W.T." (Surah ar-Rum, ayat 21).

Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan hidup manusia adalah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang, tambatan hati dan saling percaya mempercayai.

Bayangkan jika kita mempunyai isteri dari kalangan makhluk halus orang lain tidak nampak, kita nampak seorang sahaja, atau mungkin kita pun tidak nampak tetiba kita berselisih faham, bergaduh dan sebagainya, bagaimana akan terjadi kepada rumah tangga kita.

Hadis yang diriwayatkan oleh Yunus bin Yazid daripada Azzubri katanya, Rasulullah s.a.w menegah manusia mengahwini jin.

Berpandu kepada ayat dan hadis saya sebutkan, atas alasan ini jumhur ulama berpendirian,tidak harus mengahwini jin, jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.

Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.

Namun apapun yang dapat dilihat maka perkahwinan ini suatu yang kudus, yang pasti diketahui syarat sah perkahwinan, yang paling asas adalah agama.

Jika jin itu bukan Islam maka perkahwinan tidak sah. Jika dikatakan jin itu Islam, bagaimana boleh kita pastikan benar-benar bahawa dia Islam, apakah dengan pengakuan mulut yang mengatakan bahawa dia (jin) Islam boleh diterima.

Jika dikatakan jin itu mempunyai keilmuan Islam yang tinggi dan dia beramal dengannya, maka sama juga dengan manusia yang mengkaji Islam, tetapi tidak Islam.

Malah ada kalangan sarjana Barat yang banyak menghafal al-Quran, menghafal hadis dan mengetahui banyak hukum (terutama orientalis), kalau di alam manusia boleh berlaku, maka tidak mustahil di alam jin juga ianya boleh wujud.

Maka jalan yang terbaiklah, kahwinilah dengan manusia, seperti yang disebut Rasulullah, "Kahwinilah perempuan-perempuan manusia, kerana mereka boleh mendatangkan harta."

0 comments:

Post a Comment