Subscribe

Wednesday 14 December 2011

Sembunyi kokain dalam perut.




SEORANG lelaki Britain ditahan selepas didapati cuba menyeludup 2kg dadah jenis kokain keluar dari Brazil dengan cara menyembunyikannya di dalam perut.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo semasa dia cuba menaikki pesawat menuju ke Senegal, di barat Afrika.

Sinar X menunjukkan bahawa perut lelaki terbabit penuh dengan 89 kapsul dadah kelas A yang dipercayai ditelan terlebih dahulu. Lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan telah ditahan saat dia cuba untuk melapor diri "check in" untuk menaikki pesawat apabila pihak polis mendapati keganjilan pada pasportnya.

Seorang ketua Polis, Jose Alonso berkata, lelaki tersebut memiliki passport Nigeria dan Britain manakala maklumat di kedua-dua passport tersebut di dapati tidak sepadan.

Sejumlah besar Kokain berjaya disingkirkan daripada perut dan ususnyanya beberapa jam kemudian di hospital selepas ditahan Khamis lalu. Polis mendakwa rampasan itu dianggarkan bernilai £286,000 (RM1.4 Juta) dan dipercayai ia akan dijual untuk pasaran Eropah. 

Lelaki tersebut kini menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun atas tuduhan menyeludup dadah.

0 comments:

Post a Comment