Klac datang dalam bentuk kotak persegi, segi tiga, bentuk jantung, ditutupi dengan satin, manik atau hiasan lain serta mempunyai compartment yang minimal. Biasanya dibuat dari kulit, gentian plastik mahupun fabrik. Secara ringkas, beg atau dompet mula dipakai sejak zaman Babylon ketika menghadiri upacara keagamaan. Pada zaman itu, orang beranggapan bahawa mempunyai dompet adalah suatu trend menunjukkan kemampuan di mana secara logiknya beg digunakan untuk membawa wang dan barang-barang berharga.
Kemudian pada awal tahun abad ke 18, wanita mula membawa rekaan beg tangan yang moden antaranya seperti clutch. Dan sehingga kini, clutch masih menjadi pilihan wajib ada di dalam senarai aksesori para wanita. Kunci, selfon, pen, wang, alat solek disimpan seminima mungkin di dalam clutch. Sila klik tajuk post untuk melihat clutch yang menarik menerusi Blogpedia2u. Selamat melihat-lihat!
0 comments:
Post a Comment