- Lukisan dinding gua ini adalah lukisan yang tertua dan terkenal (dipercayai berusia 16,000 hingga 20, 000 tahun) yang telah ditemui di Lascaux, Perancis. Pada mulanya ia dianggap sebagai simbol sihir yang digunakan untuk membantu pemburu pergi berburu. Tetapi akhirnya telah didapati ia sebenarnya adalah titik-titik lukisan yang mewakili gambarajah buruj sekumpulan binatang.
- Stoneage ini adalah sebuah monumen purba pertama yang telah dikenal pasti oleh pakar astronomi. Sesetengah pihak berpendapat bahawa monumen ini telah dibina dan dibina semula oleh tiga budaya yang berlainan sekitar 3, 000 hingga 5, 000 tahun yang lepas. Tiada maklumat yang tepat diperolehi tentang kegunaannya sehingga kini. Ada yang berpendapat ia adalah monumen simbolik untuk pergerakan matahari terbit pada pada musim panas dan musim sejuk, fungsi terbit dan terbenamnya bulan dan lain-lain lagi. Stoneage juga dikatakan sebagai alat untuk meramalkan keadaan gerhana bulan.
- Stoneage South ini sebuah kawasan bulatan batu misteri yang telah ditemui di Nabta, Mesir. Ia dipercayai berusia 7, 000 tahun dan merupakan sebuah balai cerap astronomi purba. Seperti Stoneage di England, ia juga dikatakan sebagai alat simbolik untuk mengukur matahari terbit dan terbenam ada pertengahan musim panas. Laman ini dipercayai sudah lama ditinggalkan, sebelum kebangkitan Kerajaan Lama Mesir lagi. Mungkinkah orang Mesir purba memperolehi ilmu astronomi ini dari tamadun yang lebih lama di Sahara?
- Disebabkan terlalu banyak persoalan yang timbul bila penemuan-penemuan purba ini diperolehi, ruang luas telah terbuka terhadap banyak spekulasi. Manusia zaman baru mempercayai Piramid Mesir merupakan mesin masa, merupakan pangkalan kegiatan UFO ataupun pintu gerbang masa dari dimensi dunia yang lain. Bagi puak kaum Maya, mereka sendiri telah mencipta sistem kalendar mereka sendiri dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang mengaitkan dengan astronomi untuk menetapkan sesebuah tarikh yang paling sesuai bagi upacara-upacara misteri mereka.
- Bukit Wyoming di Amerika Syarikat mempunyai binaan batu kuno yang dipanggil Big Horn Medicine Wheel, atau lebih dikenali sebagai Stoneage Amerika. Binaan yang sama juga boleh didapati di Moose Mountain Wheel di Alberta, Canada. Kedua-dua binaan dipercayai tempat-tempat suci dari masyarakat Orang Asli Amerika. Big Wheel Horn ini dikatakan berusia 1,000 hingga 1, 400 AD, manakala Moose Mountain pula berusia sekitar 2, 000 tahun. Masyarakat pada masa itu percaya binaan kuno ini adalah untuk menentukan ramalan-ramalan di masa depan berdasarkan kiraan-kiraan astronomi pada sistem cakerawala.
Sumber: Google.com
0 comments:
Post a Comment