Salah satu terapi yang baik untuk emosi, rakyat Jepun biasanya akan datang selepas waktu bekerja. Ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang sibuk dengan kerja formal harian dan tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk memelihara kucing di kediaman mereka sendiri. Di kafe ini, bayaran yang dikenakan adalah murah bermula sehingga $5-$8, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman sambil dikelilingi oleh berpuluh ekor kucing.
Walaubagaimanapun, terdapat rules yang perlu diikuti oleh para pengunjung kafe kucing ini. Ini termasuklah perlu menanggalkan kasut dan memakai selipar yang disediakan oleh pihak kafe. Pekerja kafe akan membuat semburan pembasmi kuman pada tangan pengunjung untuk mengelakkan jangkitan. Pengunjung juga tidak dibenarkan menggunakan flash ketika mengambil gambar, menarik ekor kucing dan mengganggu anak kucing yang sedang tidur. Hmmm...seronoknya kalau ada kafe macam ni. Tapi bagi mereka yang alah kepada bulu kucing, bolehlah menggunakan mask/penutup mulut dan hidung ketika berkunjung. Kalau tak boleh juga, boleh sekadar tengok gambar pada wall facebook kawan anda yang telah datang berkunjung. Haha..ok sila lihat 30 keping gambar dalam bentuk kolaj.
Sumber : DCP
(KLIK UNTUK MELIHAT ENTRY SEPENUHNYA)
0 comments:
Post a Comment