Subscribe

Sunday, 20 November 2011

Tippi, Si Gadis Rimba

Selama 10 tahun Tippi si Gadis Rimba menjadikan sebuah kawasan liar di Nairobi sebagai tapak permainannya. Ibubapanya merupakan jurugambar hidupan liar secara bebas. Tippi dilahirkan di Nairobi pada tahun 1990. Blogpedia belum mendapat maklumat terkini tentang yang sedang berusia 21 tahun. Beliau kini tinggal di Perancis dan pernah menerbitkan sebuah buku pengembaraan beliau. Terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan ibubapa Tippi membiarkan Tippi bermain-main dengan binatang liar seperti gajah, buaya, ular, harimau bintang dan beberapa lagi jenis binatang liar. Tetapi mungkin disebabkan keistimewaan pada diri Tippi yang boleh 'berkomunikasi' dengan haiwan liar ini membuat Tippi tidak pernah mengalami kecelakaan disebabkan binatang buas ini. Tippi juga berkawan dengan kanak-kanak dari kaum Bushmen. Dia mempelajari cara hidup kaum Bushmen di Kalahari sehingga beliau boleh berbahasa seperti mereka.

Tetapi bila mencapai usia 10 tahun, Tippi sekeluarga berpindah ke Madagascar kemudian menetap di Perancis. Tippi tidak pernah melupakan tempat kelahirannya itu dan berhasrat untuk pulang ke Afrika suatu masa nanti.


0 comments:

Post a Comment