Subscribe

Sunday 20 November 2011

Terapi Rel Keretapi di Rawa Buaya

Saya pernah terbaca isu ini di dalam blog tersohor tanahair. Saya rasa korang pun tahu siapa yang saya maksudkan tu. Di dalam isu yang blogger itu review-kan, beliau berpendapat penduduk yang mengamalkan terapi rel ini sebagai orang yang bodoh. Tak apalah, mungkin masa tu blogger tersebut masih belum faham mana satu yang bodoh, mana satu yang pandai. Saya pun terus mencari pautan lain berdasarkan isu 'bodoh' yang dia telah katakan itu. Dan saya telah menemui info ini.

Ini bukan perkara bodoh seperti membunuh diri beramai-ramai. Negara yang sesak dengan penduduknya sudah pasti menghadapi pelbagai masalah seperti kemiskinan, pengangguran, kebuluran dan sebagainya. Untuk mendapatkan rawatan kesihatan pun belum tentu mampu untuk berulang balik ke hospital. Oleh yang demikian penduduk sekitar Rawa Buaya di Indonesia telah mengambil inisiatif untuk berbaring di atas rel keretapi kerana mereka percaya renjatan kecil eletrik yang dihasilkan oleh rel keretapi ketika keretapi melalui rel di sebelah boleh mengurangkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit sendi, kegemukan dan kolesterol tinggi. Saya percaya kaedah renjatan kecil ini boleh diguna pakai disebabkan di dalam badan kita sendiri memerlukan cas-cas tertentu untuk memastikan kelancaran perjalanan darah.

Menurut penduduk, kaedah terapi ini bermula apabila seorang lelaki penduduk Rawa Buaya yang mengalami pelbagai penyakit termasuk strok yang telah mengakibatkan dia menjadi lumpuh. Beliau tidak dapat bekerja dan mengalami tekanan hidup yang teruk. Rawatan yang diterimanya juga tidak memberi kesan. Akibat tekanan desakan hidup ini, beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan berbaring di atas rel keretapi dan menunggu untuk digilis. (HAHAHAHHA). Kebetulan keretapi sedang melalui landasan di sebelah, beliau terkena renjatan rel dan tiba-tiba beliau merasakan seperti tubuh badannya kembali sihat. Beliau mencuba beberapa kali kaedah ini dan tidak jadi membunuh diri. Khabar ini mula tersebar kepada penduduk di sekitar Rawa Buaya.

Sehingga ke hari ini, terapi rel keretapi ini telah menjadi trend di mana-mana laluan keretapi di Indonesia. Kaedah percuma ini mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutama sekali dengan isu keselamatan. Papan tanda amaran telah dipasang oleh pihak berkuasa. Tetapi penduduk sekitar juga memahami bahaya berbaring di atas rel keretapi ini. Jom tengok gambar berpiknik sambil terapi rel.

0 comments:

Post a Comment