Seramai 10, 000 orang telah menghadiri festival menangkap ikan ini yangdi adakan di tepi sungai Matan Fada. Beribu-ribu nelayan dengan hanya menggunakan jaring ikan dan sejenis peralatan tradisional yang dipanggil gourds akan digunakan selama 45 minit berlangsungnya pertandingan ini. Ikan paling besar semestinya akan mendapat hadiah yang paling besar. Pada tahun 2008, seorang peserta telah ditarik balik kemenangannya dan dipenjara kerana menipu. Beliau telah menggunakan ikan yang lebih dulu ditangkap dari kawasan luar. Buktinya apabila insap pada ikan tersebut menunjukkan ikan tersebut sudah lama mati sebelum pertandingan.
Semasa perayaan, perahu akan dipenuhi dengan pemain alat muzik dram untuk memberi semangat kepada nelayan yang bertanding. Festival ini merupakan gabungan pameran pertanian dan sebagai tanda berakhirnya musim menanam dan menuai hasil pertanian. 8 gambar untuk dinikmati. oh! Gagahnya abang hitam ni!
0 comments:
Post a Comment