Pasar sihir ini diumpamakan sebagai farmasi apabila tidak dapat sembuh selepas rawatan dari hospital. Mereka menjual pelbagai jenis kepala haiwan seperti kepala buaya, monyet dan kucing. Haiwan eksotik seperti burung hantu, sesumpah dan pelbagai jenis ular juga dijual di sini.
Perubatan secara tradisional ini mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan mereka sendiri. Bekalan ubat-ubatan ini diperolehi dari seluruh Afrika Barat seperti Ghana, Burkino Faso, Benin, Ivory Coast dan Nigeria. Kebanyakan bomoh dan peniaga di sini mewarisi ilmu sihir dan perniagaan secara turun temurun.
Mereka menggunakan tangan kiri monyet atau tapak tangan gorila kemudian dimasak dengan pelbagai jenis herba. Kemudian serbuk dihasilkan dan dijual kepada mereka yang bekerja sebagai penjaga gol di dalam sesebuah pasukan bolasepak. Mereka percaya serbuk dari tangan kiri monyet dan tapak tangan gorila mampu menjadikan mereka sebagai penjaga gol yang hebat.
0 comments:
Post a Comment