Subscribe

Sunday 20 November 2011

Tippi, Si Gadis Rimba

Selama 10 tahun Tippi si Gadis Rimba menjadikan sebuah kawasan liar di Nairobi sebagai tapak permainannya. Ibubapanya merupakan jurugambar hidupan liar secara bebas. Tippi dilahirkan di Nairobi pada tahun 1990. Blogpedia belum mendapat maklumat terkini tentang yang sedang berusia 21 tahun. Beliau kini tinggal di Perancis dan pernah menerbitkan sebuah buku pengembaraan beliau. Terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan ibubapa Tippi membiarkan Tippi bermain-main dengan binatang liar seperti gajah, buaya, ular, harimau bintang dan beberapa lagi jenis binatang liar. Tetapi mungkin disebabkan keistimewaan pada diri Tippi yang boleh 'berkomunikasi' dengan haiwan liar ini membuat Tippi tidak pernah mengalami kecelakaan disebabkan binatang buas ini. Tippi juga berkawan dengan kanak-kanak dari kaum Bushmen. Dia mempelajari cara hidup kaum Bushmen di Kalahari sehingga beliau boleh berbahasa seperti mereka.

Tetapi bila mencapai usia 10 tahun, Tippi sekeluarga berpindah ke Madagascar kemudian menetap di Perancis. Tippi tidak pernah melupakan tempat kelahirannya itu dan berhasrat untuk pulang ke Afrika suatu masa nanti.


Muzium Mayat Kering di Thailand - (9 gambar)

Ini adalah sisi pemandangan Life Museum yang terletak di Wat Siam Lopburi, Thailand. Muzium ini dibina adalah merupakan tuntutan akhir dari si mati sebelum mereka mati. Mayat kering yang dipamerkan di dalam muzium ini merupakan pesakit AIDS dan HIV. Dilaporkan kes HIV/ AIDS pertama kali dikesan pada tahun 1984. Mangsa kebanyakan adalah pekerja seks, pengguna jarum suntikan dadah, mereka yang mengamalkan seks bebas, homoseksual serta pelancong yang datang melancong ke negara ini.

Sebelum mati, si mati terlebih dahulu akan menandatangani sebuah dokumen yang membenarkan mayat mereka dikeringkan dan dipamerkan sebagai memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kesan akibat penyakit yang berbahaya ini. Yang peliknya, walaupun sudah bertahun-tahun dikeringkan, masih terdapat cecair yang keluar dari tubuh yang dipamerkan. Apabila anda berpeluang ke Thailand, jangan lupa singgah ke muzium ini. Itu pun kalau anda tidak lemah semangat.

Alien bernama Leon Botha. (7 gambar)

Leon Botha bukanlah seekor alien, tapi sebenarnya dia adalah seorang pemuda yang baru berusia 24 tahun. Beliau dianggap pelik oleh orang-orang yang melihat kerana figura beliau adalah seperti alien. Namun sebenarnya beliau menghidap satu penyakit yang dipanggil Progeria di mana pengidap ini mengalami penuaan yang begitu mendadak sekali. Leon dicatatkan sebagai pengidap yang paling lama hidup kerana pengidap penyakit ini dijangkakan hanya dapat bertahan selama 13-14 tahun untuk hidup. Progeria juga ialah proses penuaan 7 kali lebih cepat berbanding kitar hidup seorang manusia normal. (KLIK)

Leon semasa hayatnya juga seorang pencinta seni. Beliau mampu bermain instrumen, artis lukisan, jurugambar dan beberapa lagi bidang seni yang lain. Pemuda Afrika Selatan yang istimewa ini telah menjalinkan banyak kerjasama seni bersama penggiat seni yang lain. Contoh gambar-gambar di bawah merupakan projek fotografi beliau bersama Gordon Clark seorang veteren dari Hollywood Syarikat yang kini telah tinggal di Afrika Selatan. Mesej kemanusiaan banyak diperolehi daripada projek fotografi bersama Leon Botha ini.  Menghasilkan karya berbentuk metafora dan gabungan emosi oleh Leon Botha telah menjadi karya ini betul-betul berada di dalam kelasnya tersendiri. Para pembaca boleh membaca selanjutnya projek ini di laman web Gordon Clark (KLIK). Leon Botha telah meninggal dunia pada usia 26 tahun sehari selepas ulangtahunnya berikutan kompilasi oleh penyakit Progeria itu.

Once Upon A Time In China (15 gambar - part 2)

Ini merupakan sambungan kedua Once Upon A Time In China selepas part 1. Eh Part 1 & Part 2 dekat Iraq dah tengok? Nantikan pula gambar masa lampau dari beberapa buah negara lain.

Pameran Bot Tradisi Orang Arab (6 gambar)

Bermula 18 November yang lepas, kerajaan Arab Saudi telah mengadakan Pameran Bot Tradisional kali pertama di Kampung Budaya Katara, Qatar.Sejumlah 60 buah kapal tradisional orang arab telah dipamerkan dan ada kapal bot yang sudah berusia 100 tahun turut dipamerkan.

Bila guru cek buku nota pelajar.. (10 pelajar)

Masa saya pernah jadi pelajar dan pernah juga jadi guru sementara, saya selalu melihat lukisan-lukisan dekat buku latihan kawan-kawan mahupun bekas-bekas pelajar. Masa dekat universiti, tak berapa banyak karya yang saya lihat. Di bawah ialah hasil sketch Andrea Joseph dan sebahagian pelajar lain semasa berada di bangku sekolah. Beliau suka melukis bila tiba subjek yang kurang diminatinya, matematik dan fizik. Setiap kali dia merasa bosan,dia akan melukis apa saja objek dan bila tiba hujung tahun, kelihatan buku nota beliau seperti sebuah koleksi artwork.