Subscribe

Showing posts with label Art. Show all posts
Showing posts with label Art. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Seni menggunakan Rubik's Cube (7 gambar)

Siapa yang tidak mengenali Rubik's Cube. Permainan memerlukan ketangkasan jari dan akal ini boleh dikatakan dilalui oleh semua manusia di zaman ini. Artis dari Space Invander Perancis telah mencipta beberapa karya hasil seni dengan menggunakan ribuan rubik ini. SIla klik tajuk post untuk berita penuh.

Monday, 9 January 2012

Ukiran skulptur dari pisang. (8 gambar)

Buah pisang ialah buah pisang yang agak fragile la juga kalau dalam bidang seni ni. Korang rasa berapa lama telah diperuntukkan untuk mengukir pisang pelbagai bentuk seperti di bawah? Korang pun tahu kan pisang tak boleh terdedah sangat dengan udara apabila sudah terbuka, mudah menjadi hitam dan rosak. Apa kata kita lihat seni skulptur yang telah dihasilkan dari pisang ini. Sila klik tajuk post untuk full entry.

Sunday, 8 January 2012

Anugerah 'Buku Kehidupan' dan Rama-Rama, David Kravoc (6 gambar)

Uniknya hasil ekspresi seni oleh David Kravoc ini. Beliau telah ditugaskan untuk mencipta sebuah anugerah sebagai tanda penghormatan kepada bekas pengarah organisasi Kanak-Kanak Chabad di Chernobyl. Anugerah  ini dipanggil sebagai 'Book Of Life" yang mendapat inspirasi dan diilhamkan oleh kehidupan seorang lelaki yang bernama Rabbi Yossy Raichik di mana beliau telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa kanak-kanak dari kesan buruk bencana Chernobyl. Arca logam ini mempunyai halaman yang dipenuhi dengan kata-kata motivasi dan komposisi kiasan rama-rama sebagai subjek. Ianya mewakili sejumlah 2, 547 kanak-kanak yang telah dibantu oleh Rabbi Yossy Raichik. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan entry.

Saturday, 7 January 2012

Hasil karya dari selotep kertas, Mark Khaisman (10 gambar)

Dikatakan karya yang menggunakan selotep kertas ini merupakan satu-satunya yang ada di dunia. Gaya seni yang dianggap ganjil ini diekspresikan oleh artis Max Zorn. Beliau menggunakan beratus-ratus pita selotep untuk menghasilkan potret-potret yang cantik ini. Inspirasi beliau bermula apabila dia telah melihat seorang kawa yang bekerja sebagai pereka kereta dan sering menggunakan pita yang nipis untuk melekatkan paparan idea mereka di papan besar. Selepas dari itu, Maz mula menakluk jalan-jalan di bandar dengan menghiaskan lekatan seni yang sangat unik ini. Selain dari pita selotep kertas ini, dia juga menggunakan jenis-jenis pita yang lain. Sila klik tajuk post untuk melihat post penuh.

Thursday, 5 January 2012

Festival Seni Gothik, Jerman (10 gambar)

Ada sesapa reader sini peminat dunia gothik tak? Saya minta maaf kalau frasa yang digunakan dalam entry ni adalah tidak tepat. Kurang pasti pasal dunia gothik ni. Apapun saya nak kongsikan sebuah festival seni gothik yang dipanggi Wave Gotik Treffen Festival yang diadakan setiap tahun di Jerman. Festival seni ini merupakan sebahagian daripada intipati muzik 'gelap' dan merupakan acara terbesar di dunia dari majoriti Goth. Beratus band dan artis dari pelbagai latarbelakang akan mengambil bahagian menyertai festival ini pada setiap tahun. Selain daripada konsert nyanyian, festival ini juga mengadakan pameran seperti barangan dari zaman pertengahan, konsep gothik serta kebudayaan masyarakat itu sendiri. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Seni Potongan Daun oleh Lorenzo Duran (5 gambar)

Amazing dan sangat super! Itulah yang mampu dikatakan apabila melihat hasil seni oleh Lorenzo Duran. Hasil tangan ini boleh dijadikan hadiah istimewa mana-mana hari peristiwa pun. Potongan-potongan halus yang dilakukan adalah sangat teliti dan sudah pasti memerlukan passion seni yang sangat dalam. Artis seni dari Sepanyol itu mengatakan sebelum memotong daun-daun tersebut, beliau terlebih dahulu akan mengeringkan di dalam acuan khusus untuk mendapat bentuk yang bagus. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Tuesday, 3 January 2012

Skulptur dari potongan kayu sebatang pokok (2 gambar)

Street Art: Kempen Anti Plastik, Slovenia (3 gambar)

Ini merupakan sebuah kempen di tepian jalanan yang sangat menarik. Ia boleh dipraktikkan oleh sesiapa saja yang mencintai alam sekitar. Sebenarnya projek seni yang diberi nama The Rise Of The Fall di Slovenia ini diilhamkan oleh Miha Artnak. Beliau telah menggantikan daun pokok yang asal dengan cebisan-cebisan plastik terpakai dan beliau berharap semoga projek seni ini memberikan mesej yang jelas kepada dunia tentang kepentingan alam sekitar dan pencemaran alam. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.


Tuesday, 20 December 2011

Arca seni pelik dari cantuman bahagian badan haiwan (8 gambar)

Kata orang, kalau hendak melakukan sesebuah kerja seni biarlah bertempat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Seorang artis skulpter, Enrique Gomes De Molina telah dihukum penjara selama 5 tahun dan didenda sebanyak $ 250, 000 selepas disabitkan di atas kesalahan mengimport sebahagian dari spesis terancam seperti bahagian-bahagian badan haiwan, haiwan eksotik; ular kobra, pangolins, burung enggang, tengkorak babirusa dan orang utan dari seluruh dunia termasuklah Bali, Indonesia, Thailand, Filipina dan China. Dia juga dikenakan denda di atas kesalahan memiliki kulit burung raja udang Jawa, raja udang Collred, burung hud-hud, beberapa jenis helang dan lain-lain lagi. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Tuesday, 13 December 2011

Ekspresi seni oleh seekor monyet, Pocket. (6 gambar)

Lukisan-lukisan di bawah merupakan hasil karya seekor monyet jenis caphucin. Lukisan ini adalah berbentuk abstrak dan eksperimental yang telah dijual dengan harga 250 pounds untuk sekeping. Monyet caphucin yang menghasilkan karya dengan menggunakan ekor, tangan, kaki dan juga berus ini mempunyai stailnya yang tersendiri. Keunikan haiwan menjadi artis seni lukis ini telah mula dikesan apabila seorang sukarelawan Story Book, Charmaine Quinn telah memberikannya cat warna kanak-kanak bukan toksik kepada Pocket Warhol, monyet chapuchin ini. Pocket dilihat sangat suka apabila aktiviti mewarna dilakukan olehnya. Hasil karya Pocket mendapat pasaran di Eropah dan Israel. Tetapi dikatakan, hasil karya Pocket ini akan diberikan kepada sebuah agensi di Israel untuk membangunkan tempat suci bagi orang-orang Israel.

Sila klik tajuk post untuk melihat gambar entry tentang Pocket yang unik ini. Monyet yang berbakat ini akan mempunyai pameran seni di mana 40 buah lukisannya akan dipamerkan di Sadie's Diner dan Juice Bar di Adeilade, Australia pada awal tahun hadapan.

Seni lakaran makhluk mimpi buruk (10 gambar)

Jika J.K Rowling mendapat inspirasi menulis siri Harry Porter melalui kehidupan tumbesar anak-anaknya, seorang bekas ilustrator komik. Dave DeVries pula telah mencipta lukisan berdasarkan makhluk mimpi buruk imaginasi anak-anak saudaranya. Ianya bermula apabila anak saudaranya selalu melukis gambaran mimpi buruk ini dan Dave telah melihatnya. Dengan adanya kemahiran seni yang ada padanya, semua makhluk mimpi buruk itu telah ditransformasikan ke lukisan pelbagai warna.

Ilham doodles ke kanvas ini bermula pada tahun 2005 dan bertajuk Engine Monster. Dan terkini, lukisan-lukisan itu pula telah menjadi sebuah buku ketebalan 48 mukasurat dan mula diperkatakan oleh masyarakat internet. Sila klik tajuk post untuk melihat transformatif doodles ke alam kanvas yang seterusnya telah dibukukan.

Derma klik, boleh? Tekan sini.


Thursday, 1 December 2011

Conceptual Photography by Zhang Peng (15 gambar)

Koleksi gambar hasil karya Zhang Peng ini telah mendapat persepsi yang berbeza daripada sesetengah orang. Ada yang kata Zhang Peng cuma mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan dirinya. Tetapi jika dilihat dari segi kemanusiaan, Zhang Peng sebenarnya menggunakan medium fotografi untuk mewakili masyarakat dan isu yang berlaku di sekitar kita. Zhang Peng telah menggunakan pendekatan komposisi seperti kaitan drama, prop teater, penggunaan warna-warna tertentu, sudut mengaburkan perspektif untuk mewujudkan rasa tipu daya dan ilusi dari realiti.

Seperti yang korang lihat pada gambar-gambar di bawah, Zhang Peng telah mewakili emosi dan kepekaannya terhadap masalah sosial. Zhang Peng menggunakan pemanipulasian pada gambar seperti membesarkan bahagian mata subjek dan wajah untuk menambahkan lagi keunikan gambar tersebut. Antara isu jelas yang kita dapat lihat adalah isu pengaruh budaya dari negara barat, perbandingan unsur tradisi tarian cina dan tarian tiang, pembedahan plastik, kes-kes bunuh diri di kalangan wanita dan bermacam-macam lagi. Sila klik tajuk post untuk melihat karya-karya yang pernah digelar sebagai disturbing art ini.

Wednesday, 30 November 2011

Seni Gula Getah, Seattle ( 4 gambar )

Hari ni memang berniat nakal sikit nak ganggu mood selera makan korang. Takanla saya sorang-sorang tanggung derita tengok gambar-gambar ni kan. Hahahaha. Sila klik tajuk post utk melihat semua gambar. Kawasan Wall Gum Seattle ini merupakan salah satu tarikan pelancongan di Amerika Syarikat. Namun yang demikian, kawasan ini juga dikatakan medan penyebaran bermacam-macam jenis Virus.


Sunday, 27 November 2011

Ciptaan Origami paling amazing di dunia (10 keping origami)

Origami, dari Oru bermaksud 'lipatan' dan Kami bermaksud 'kertas' merupakan seni tradisional lipatan kertas dari negara Jepun. Matlamat utama seni origami ini adalah untuk mewujudkan satu perwakilan objek yang menggunakan lipatan-lipatan geometri dan corak-corak tertentu dan sebaik-baiknya tidak menggunakan gam atau memotong kertas origami tersebut. Di bawah merupakan 10 ciptaan origami yang dianggap terbaik di dunia setakat ini. Sila klik tajuk post untuk melihat ciptaan origami yang lain.

Sila derma satu klik untuk iklan ini. TQ. :)

Saturday, 26 November 2011

VIDEO : Tutorial pindahkan gambar ke kayu, best!



Camni punya simple, sendiri boleh buat. Jom buat.

Projek Seni bawah laut yang hebat! (9 gambar + 1 video)

Mula-mula saya dah tengok gambar dan video lekat dekat mana-mana website tapi tak tergerak hati nak tengok paparan videonya. Hari ni macam blessed sangat bila broadband pun laju lebih dari selalu dan tiba-tiba tekan ON pada paparan youtube. Ya Allah, seriau pun ada bila tengok vid ni. Tapi rasa macam (tah macamana nak describe) cantik sangat perjalanan shot video ni. (iklan)

Sebenarnya ini ialah projek seni Guillaume Nery bersama teman wanitanya. Mereka menggunakan kamera Canon 5D Mark II dan mengambil masa 4 hari untuk menghasilkan video ini. Lokasi bagi sinkhole ini terletak di Dean's Blue Hole, Bahamas. Sinkhole ini mempunyai kedalaman sehingga 633 kaki ke dasar laut. Walaubagaimanapun freediver bertaraf dunia ini menegaskan beliau sebenarnya tidak sampai pun ke dasarnya. Matlamat mereka adalah memberi penekanan kepada imej yang berhubung dengan keindahan bawah laut dan pergerakan inovatif sebuah kamera. Sila tekan tajuk post dan melihat semua gambar dan anda WAJIB menonton video mereka. Muzik latar yang digunakan pun memang buat video ini 100+ best sangat.

Post ini diletakkan di bawah label PERKARA HEBAT di dalam Blogpedia2u. Sila tekan  DI SINI untuk melihat perkara-perkara hebat yang lain.

Sunday, 20 November 2011

Bila guru cek buku nota pelajar.. (10 pelajar)

Masa saya pernah jadi pelajar dan pernah juga jadi guru sementara, saya selalu melihat lukisan-lukisan dekat buku latihan kawan-kawan mahupun bekas-bekas pelajar. Masa dekat universiti, tak berapa banyak karya yang saya lihat. Di bawah ialah hasil sketch Andrea Joseph dan sebahagian pelajar lain semasa berada di bangku sekolah. Beliau suka melukis bila tiba subjek yang kurang diminatinya, matematik dan fizik. Setiap kali dia merasa bosan,dia akan melukis apa saja objek dan bila tiba hujung tahun, kelihatan buku nota beliau seperti sebuah koleksi artwork.


Monday, 14 November 2011

Kieron Williamson: 106k berjaya diraih dalam masa kurang dari 11 minit (6 gambar)

Pada satu pagi, Kieron diberi pelepasan untuk tidak menghadiri seisi persekolahan kerana menghadiri majlis penjualan hasil karyanya sendiri di Picturecraft, Holt. Beliau seorang kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun disifatkan sebagai seorang yang genius oleh sesetengah pihak kerana hasil karya beliau begitu laris. Beliau telah berjaya menjual beberapa lukisan lanskap dalam masa 10 minit 50 saat dengan berjumlah sebanyak 
 £ 106,260. 00 (RM 532, 362. 20). 

Pembeli lukisan karya beliau bukan hanya dari orang perseorangan masyarakat setempat, malah urusan penjualan juga dilakukan melalui talian. Dilaporkan pada hari itu talian di Picturecraft amat sibuk dengan panggilan dari penggemar lukisan beliau seperti dari China dan Amerika Syarikat. Sila lihat gambar seterusnya: 



Kieron begitu gembira di samping hasil karya yang telah mencatat jualan £ 106,260. 00 kurang dari 11 minit.
 
  Para penggemar lukisan beliau sedang menanti di luar pusat galeri Picturecraft sebelum majlis bermula.