Subscribe

Sunday 18 December 2011

105, 400 nyawa tentera terkorban, tentera bersekutu vs. Nazi Jerman (10 gambar)

Gambar-gambar di bawah merupakan suasana perang semasa Perang Dunia Kedua. Gambar berwarna ini dikatakan merupakan pertempuran Burge di Hutan Ardenness semasa musim sejuk. Kelihatan askar-askar yang bertempur berda di dalam keadaan yang letih disebabkan faktor cuaca sejuk. Kedua belah pihak bertarung di dalam cuaca sejuk di dalam usaha memerangi Nazi Jerman dan mengembalikn kuasa-kuasa Bersekutu di antara Disember 1944 dan Januari 1945.Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Melawat ke kilang pembuatan Barbie (20 gambar)

Hari ini Sekolah Blogpedia akan berkongsikan maklumat serba sedikit sejarah Barbie dan gambar-gambar editorial kepada pembaca, terutama sekali yang meminati Barbie. Ternyata penghasilan patung-patung kegemaran di seluruh dunia ini memerlukan komitmen yang tinggi. Tak hairanlah kalau harganya mahal. Terdapat banyak produk telah dihasilkan berteraskan Barbie seperti buku, filem, kosmetik, pakaian dan lain-lain lagi. Manakala pelanggan bukan saja di kalangan kanak-kanak tetapi terdapat juga orang dewasa yang obses dengan Barbie. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Street Photography: Vivian Maier hanya seorang bibik

Gambar-gambar jalanan di bawah merupakan karya Vivian Maier semasa di zaman mudanya. Dia bekerja sebagai pengasuh dan pembersih rumah ketika melakukan hobi merakam gambar jalanan di Chicago. Maier menghabiskan hidupnya mengembara di jalan-jalan di Chicago dengan kamera Rolleflex yang digantungkan di leher dengan subjek-subjek yang menggambarkan bahagian bandar yang berbeza serta cara hidup di Amerika secara umumnya. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Fashion: Koleksi Musim Sejuk (25 gambar)

Rasanya masih belum terlambat nak pamerkan idea-idea pakaian musim sejuk. Menurut laporan semasa, musim salji kali ini lebih banyak kuantiti salji yang turun. Sapa-sapa yang berada di negara empat musim, diharapkan dapat berhati-hati dengan keadaan ini. Ok , sila klik tajuk post.

Ladang anggur yang pelik di Sepanyol. (6 gambar)

Melihat pada gambar pertama secara kasar, saya ingatkan kawasan ini ialah kawasan kubur.Susun atur yang selari dan keadaan tanah yang buat kawasan ladang ini nampak pelik. Pulau Lanzarote adalah sebuah pulau yang terletak kira-kira 125km dari pantai Afrika dan 1, 000km dari Semenanjung Iberia. Pulau ini telah dibentuk oleh letusan gunung berapi kira-kira 15 juta tahun yang lepas. Seluruh pulau terdiri daripada batu gunung berapi dan pasir. Cuaca di sini adalah panas dan kering sepanjang tahun dan hanya purata kurang dari 16 hari hujan pada setiap tahun. SIla klik tajuk post untuk entry penuh.

Prada Store di Jepun. (12 gambar)

Bangunan yang unik ini merupakan cawangan Prada di kota Tokyo, Jepun. Kedai yang menakjubkan ini menggunakan kaca sebagai tema utama hiasan dalamannya. Jacques Herzog menerangkan kepingan kaca ini adalah sebuah alat optik interaktif. Senibina grid membawa skala manusia kepada seni bina. Setiap ruang seperti kawasan lif, tangga, bilik-bilik dan rak-rak peragaan memberikan sebuah ruang dimensi yang berbeza kepada pelanggan. Untuk tambahan maklumat, Tokyo merupakan sebuah metropolitan di mana setiap binaannya mempunyai perkaitan dengan alam sekitar yang tinggi. Setiap institusi pasti mempunyai ruang laman yang minima di dalamnya. SIla klik tajuk post untuk entry penuh.

Taufan Washi melanda selatan Filipina, 17 Disember 2011 (10 gambar)

Pada subuh 17 Disember 2011 semalam, ketika penduduk Mindanao tengah nyenyak tidur, sekali lagi kawasan selatan kepulauan Filipina telah direbut ribut taufan yang diberi nama Taufan Washi.  Setakat ini, dilaporkan seramai 400 orang disahkan terbunuh dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat selepas beribu-ribu lagi dilaporkan hilang. Taufan Washi ini telah mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh serta memaksa berpuluh ribu orang meninggalkan rumah. Angin selaju 90km/h (56mph) telah merempuh Mindanao sehingga memaksa beberapa penerbangan domestik dari dalam dan luar kawasan terpaksa dibatalkan. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Taufan Washi merupakan taufan ke 19 yang telah melanda negara ini untuk tahun ini. :)