Subscribe

Wednesday 9 November 2011

Famous In The World : Angry Bird (Sejarah dan Kejayaan)

Dekat twitter, dekat facebook, Blogpedia banyak melihat update-update tentang permainan Angry Bird. Bermacam-macam produk berteraskan Angry Bird, dari selipar sehinggalah ke pelapik kusyen kereta telah dipasarkan di seluruh dunia. Sehingga kini permainan ini telah mencatat sebanyak 500 juta download dari internet di seluruh dunia. Permainan ini dimajukan oleh Syarikat Rovia Mobile beribu pejabat di Finland. Pada mulanya permainan ini dikeluarkan oleh iOS Apple’s pada tahun 2009. Ianya boleh dibeli dari aplikasi Apple Store. Android juga telah memiliki permainan ini.

Sehingga kini, kumpulan Rovia sentiasa mengemaskini versi permainan ini secara berasingan mengikut sempena musim perayaan dan promosi. Permainan ini dicipta dengan menggabungkan elemen mampu milik berikutan harganya yang rendah, graphik yang menarik dan mampu membuat para pemain menjadi geram. Permainan ini dicipta untuk komputer peribadi, ipad, konsol permainan dan juga barangan yang menampilkan watak-watak setiapnya.


dapatan: Wiki AngryBirds

(KLIK UNTUK ENTRY SEPENUHNYA)
  

Most Beautiful In TheWorld - 10 Buah Bangunan

Sekarang Blogpedia menghidangkan 10 buah bangunan yang dikatakan antara yang tercantik di dunia. Masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Let survey.




1. Mezquita de Cordoba, Kordoba, (Sepanyol).
Masjid Cordoba yang terletak di Cordoba, Sepanyol merupakan sebuah ereja yang besar yang sebelum ini adalah merupakan sebuah masjid. Pembinaan gereja ini telah mengambil masa selama 2 abad untuk disiapkan. Faktor yang menarik di sebalik binaan ini adalah tiangnya yang melengkung serta berwarna warni, seperti berbelang dan penggunaan bahan mozaik yang pelbagai bentuk serta terdapat barisan hiasan yang menarik diperbuat daripada batu marmar dan bahan onyx.

2. Hoover Dam, Black Canyon (Colorado River, Amerika Syarikat).
Binaan empangan ini dikatakan merupakan salah satu keajaiban seni moden yang paling cantik di dunia. Empangan ini terletak di antara negeri Arizona dan Nevada. Binaan empangan ini terkenal dengan reka bentuk seni  dan menekankan  kesederhanaan. Bukan sahaja rekaan dalaman yang cantik tetapi juga bahagian luar adalah sangat menarik kerana diperbuat daripada marmar bercorak terazo yang diimport dari negara India.



3. Shwedagon Pagoda (Yangoon, Myanmar).

Di negara Myanmar suatu ketika dahulu mempunyai tradisi menderma emas kepada pihak pagoda. Ini berlaku sekitar kurun ke 15. Oleh yang itu, pagoda ini telah dibina sebagai tempat ritual penduduk beragama Buddha. Binaan ini dihiasi dengan ribuan batu berlian dan delima dan dikatakan binaan di bahagian luar pagoda ini mempunyai hasil-hasil karya seni yang tidak mampu ditandingi setakat ini. Rekabentuk dalaman siling adalah sangat bagus dan terdapat juga perhiasan-perhiasan relik Buddha purba.

Chef Riz memalsukan profailnya?? (MasterChef Malaysia)

Anda pasti mengenali Chef Riz di dalam realiti tv astro MasterChef Malaysia. Beliau merupakan salah seorang host dan juri di dalam pertandingan realiti tersebut. Walaubagaimanapun, menurut laporan dari TheMalaysianInsider.com, profil yang terletak di laman web rancangan realiti tersebut adalah palsu.


Menurut pihak Astro Ria, Chef Riz sendiri telah mengakui sendiri pernah bekerja di dua buah restoren yang terkenal di Amerika Syarikat selama setahun bermula Januari 2005 sehingga Disember 2005. Kemudian bekerja pula di Le Meridean selama 2 tahun bermula Mac 2006 sehingga Julai 2008. Isu ini bermula apabila pihak The Malaysian Insider menerima email balas dari Pamela Lewy, Pengarah Komunikasi Mario Botoli. Hal ini disangkal oleh Chef Riz dan meminta masa untuk memeriksa sendiri isu ini.


Berita lain.






Diharapkan semuanya selesai dengan baik. Program realiti MasterChef Malaysia itu sendiri sangat menarik perhatian penonton Astro Ria. Program ini diadakan pada setiap Sabtu - Rabu setiap minggu dari pukul 9 malam sehingga 10 malam. Peserta penyertaan terdiri daripada pelbagai latarbelakang rakyat Malaysia.




gambar pautan: beautifulnara.com

berita asal : TheMalaysiaInsider.com

FamousInMalaysia : Miss Malaysia World

Malaysia sudah menghantar wakil Miss Malaysia World sejak tahun 1979 sehingga sekarang. Bermakna sudah seramai 30 jelitawan yang terdiri dari berbilang kaum telah dinobatkan menjadi Miss Malaysia. Walaubagaimanapun, selepas tahun 1995, mufti Selangor telah mengeluarkan fatwa untuk tidak membenarkan peserta berketurunan Melayu ataupun beragama Islam dari menyertai pertandingan ulung di Malaysia ini. Semua sudah tahu tentang tanggungjawab wajib sebagai seorang Islam dari segi kepentingan aurat dan tuntutan agama. Wan Fazira Wan Chek (Erra Fazira) - Miss Malaysia 1994 dan Rahimah Orchient Yayah -Miss Malaysia 1995 merupakan peserta beragama Islam yang terakhir telah dibenarkan untuk mengikuti pertandingan ini.


Anda boleh melihat senarai Miss Malaysia World dari tahun 1979 sehingga 2010 di sini. Hanya beberapa orang bekas Miss Malaysia yang berjaya menempah nama di peringkat negara dan antarabangsa selepas dari pertandingan ini. Agak-agak korang, yang lain-lain ni mereka ke mana? Mari kita lihat Miss Malaysia yang sudah gah di mata Malaysia mahupun dunia.


Michelle Yeoh - Miss Malaysia 1983
Erra Fazira - Miss Malaysia 1994
Lina Teoh - Miss Malaysia 1998
Deborah Priya Henry - Miss Malaysia 2007
Soo Wincci - Miss Malaysia 2008


(KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT ENTRY SEPENUHNYA)


carian imej : Google.com


FamousInTheWorld: Suri Cruise who loves fashion (14 gambar)

Suri, anak kepada pasangan pelakon Hollywood terkenal Tom Cruise dan Kate Holmes kini telah berusia 5 tahun. Suri merupakan salah seorang kanak-kanak yang terkenal di dunia. Walaupun baru berusia 5 tahun, beliau begitu menyukai fashion. Emm.. mungkin pengaruh dari dunia popular Hollywood ibubapanya. (KLIK UNTUK MELIHAT ENTRY SEPENUHNYA..)