Subscribe

Friday 2 December 2011

Rampasan 32 tan marijuana & terowong pengedaran dadah di sempadan US-Mexico (10 gambar)

Sebuah lagi kejayaan terbesar pihak tentera Mexico apabila telah menemui rangkaian terowong pengedaran dadah di beberapa buah bandar dan di sempadan Amerika dan Mexico. Terowong yang dilengkapi rel kereta, bekalan air dan eletrik dan tempat tinggal ini telah diserbui pada November 2011 yang lepas. Sejumlah 32 tan marijuana yang bernilai jutaan dollar telah dirampas di dalam operasi ini. Sila klik tajuk post untuk melihat keadaan terowong ini.

Sejarah KODAK (9 gambar)

Hari ni Sekolah Blogpedia akan memberitahu tentang serba sedikit sejarah Kodak yang merupakan perintis pertama di dalam industri fotografi secara filem dan digital. Kodak atau Eastman Kodak Company memulakan penubuhannya pada tahun 1880 oleh Georga Eastmen. Bersama dengan rakan fotografi yang lain mereka telah mencipta filem fotografi seumpamanya di dunia. Ini termasuklah Thomas Edison, William Walker, Hannibal Goodwin dan Emile Reynaud.

Namun beberapa tahun kebelakangan ini, Kodak juga menghadapi isu-isu persaingan di dalam bidang penghasilan gajet fotografi. Berpusat di Rochester, New York sejak 120 tahun yang lalu, Kodak kini hanya mempunyai 19, 000 pekerja di seluruh dunia. Berbanding di awal kewujudannya, seramai 50, 000 telah pernah berkerja di Eastmen Kodak Company ini. Kepesatan teknologi digital pada hari ini telah mengakibatkan mereka telah kehilangan ratusan juta setiap tahun. Terdapat spekulasi menyatakan, Kodak juga diramal akan mengalami kebangkrapan.

Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Festival Digital terbesar di dunia, 12ribu orang telah menghadiri (15 gambar)

kredit to: Ahmad Yoshiko

Pada hujung November 2011 yang lepas, lebih 12, 000 orang telah datang menghadiri festival digital DreamHack Winter 2011 di Jonkoping, Sweden. Peserta telah dibahagikan kepada 3 bahagian dewan yang besar. Dewan yang paling besar memuatkan seramai 5,000 peserta. Festival ini merupakan acara LAN (Local Area Network) terbesar di dunia yang pertama kali dicatatkan. Dilaporkan pihak penaja CISCO telah menyediakan sebuah sistem modem pada kelajuan sehingga 120Gbps! 

Kerja-kerja pendawaian untuk 12, 000 peranti telah dibuat dengan begitu berhati-hati. Festival yang mengambil masa selama 4 hari ini mempunyai pelbagai jenis acara termasuklah konsert muzik, pameran barangan komputer dan lain-lain lagi. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar suasana festival digital yang terbesar pernah dicatatkan di dalam Guinness Book Of Records ini.

Famous Office : Facebook (15 gambar)

Dalam internet ada macam-macam versi pejabat Facebook. Tapi saya kongsikanlah yang paling cantik dan rasanya boleh dipercayai. Antara company yang terkaya di dunia. Silat klik tajuk post dan melihat tataria ruang pejabat Facebook ini.

Meluncur pasir di Huacachina, Oasis Amerika (7 gambar)

Tempat yang mengkagumkan ini dibina di tengah-tengah sebuah padang pasir yang terletak di daerah Ica. Kawasan ini digelar Huacachina atau sebagai kawasan oasis Amerika. Ramai pelancong datang setiap hari sama ada untuk berehat mahupun melakukan luncuran pasir (sand surfing). Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar keindahan oasis Amerika ini.

Derma Klik untuk iklan ini. (KLIK)

Pameran Beribu-ribu Anak Patung Terpakai (10 gambar)

Saya rasa sesiapapun yang menyukai anak patung akan menyukai tempat ini. Supergila banyak anak patung dalam pameran ini. Gambar-gambar di bawah merupakan projek yang diilhamkan oleh seorang jurugambar Michael Wolf. Ia bermula apabila dia bersama keluarga telah datang melancong ke Amerika Syarikat dan kemudian membelikan sekarung anak patung terpakai untuk anaknya. Sila klik tajuk post untuk meneruskan pembacaan.

Sukan Sabung Anjing atau Dog Fighting, Afghanistan (6 gambar)

Dog fighting atau bahasa lain yang mungkin korang mudah nak faham 'sabung anjing', kini telah aktif semula di Afghanistan. Aktiviti ini telah diharamkan dan dihentikan kerana dianggap sebagai satu tindakan yang kejam terhadap haiwan. Namun pada tahun 2001, dog fighting bernafas semula. Sila klik tajuk post untuk meneruskan pembacaan.