Subscribe

Thursday 1 December 2011

International Exhibition: Tokyo Motor Show 2011 (15 gambar)

Negara matahari terbit Jepun, kini sedang mengadakan pameran kereta Tokyo Motor Show 2011 di Tokyo. Sejumlah kereta dari dalam dan luar negara telah dipamerkan di dalam pameran antarabangsa yang ulung ini. Negara inovatif seperti Jepun tidak kurang hebatnya mempamerkan ciptaan-ciptaan kenderaan yang terbaru. Mata berpinar sekejap melihat kereta-kereta yang dipamerkan. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar seterusnya.

Haiwan belaan yang disayangi, Afrika (10 gambar)

Ko biasa je bela kucing, anjing, kuda, arnab.. tengok mat afrika bela apa pula. Ko ada? Klik tajuk post dan lihat semua gambar. 

Conceptual Photography by Zhang Peng (15 gambar)

Koleksi gambar hasil karya Zhang Peng ini telah mendapat persepsi yang berbeza daripada sesetengah orang. Ada yang kata Zhang Peng cuma mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan dirinya. Tetapi jika dilihat dari segi kemanusiaan, Zhang Peng sebenarnya menggunakan medium fotografi untuk mewakili masyarakat dan isu yang berlaku di sekitar kita. Zhang Peng telah menggunakan pendekatan komposisi seperti kaitan drama, prop teater, penggunaan warna-warna tertentu, sudut mengaburkan perspektif untuk mewujudkan rasa tipu daya dan ilusi dari realiti.

Seperti yang korang lihat pada gambar-gambar di bawah, Zhang Peng telah mewakili emosi dan kepekaannya terhadap masalah sosial. Zhang Peng menggunakan pemanipulasian pada gambar seperti membesarkan bahagian mata subjek dan wajah untuk menambahkan lagi keunikan gambar tersebut. Antara isu jelas yang kita dapat lihat adalah isu pengaruh budaya dari negara barat, perbandingan unsur tradisi tarian cina dan tarian tiang, pembedahan plastik, kes-kes bunuh diri di kalangan wanita dan bermacam-macam lagi. Sila klik tajuk post untuk melihat karya-karya yang pernah digelar sebagai disturbing art ini.

Cimpanzi juga mengalami masalah keguguran bulu. (5 gambar)

Nampaknya bukan hanya manusia yang mengalami masalah keguguran rambut. Cimpanzi juga mengalami nasib serupa. Cimpanzi yang bernama Ashes ini sebenarnya dilahirkan dengan mempunyai bulu yang penuh seperti cimpanzi yang lain. Tetapi ketika umurnya mencapai usia 1 tahun, dia mula kehilangan bulu di seluruh permukaan kulitnya. Fenomena ini dikenali sebagai penyakit alopecia universalis di mana manusia juga mempunyai masalah ini. Kini Ashes sudah berusia 13 tahun dan ditempatkan di Zoo Mysore, Kartanaka di India. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar lain.

tambahan : Pertandingan Fotografi bertemakan 'Tak Nak Merokok'. Klik!

Elizabeth Taylor dan koleksi barang kemasnya. (20 gambar)

Tipulah kalau wanita menolak barang kemas di dalam hidupnya. Kalau tidak segantang emas, setiap wanita pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebentuk cincin emas di dalam hidupnya. Begitulah juga dengan pelakon Hollywood yang terkenal, Elizabeth Taylor. Beliau memulakan kemasyhurannya semasa di zaman kanak-kanaknya lagi apabila dia diminta untuk menanggalkan bulu mata yang dikatakan palsu. Keistimewaan pada matanya yang cantik itu telah menjadikan dia seorang pelakon yang masyhur sehingga akhir hayatnya. Beliau juga dikenali sebagai selebriti yang mempunyai beberapa kali perkahwinan. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
“I was taught by my parents . . . if you want to have a love affair you get married. I guess I’m very old-fashioned”
Bila menyebut soal barang kemas, Elizabeth Taylor sememangnya mempunyai koleksinya yang pelbagai dan mempunyai nilai yang tinggi. Beliau bukan saja suka membeli barang kemas malah juga kerap menerima hadiah barang kemas dari pelbagai pihak. Sebuah buku telah ditulis mengenai beliau dan obsesi mengumpul barang kemasnya itu iaitu 'Elizabeth Taylor: My Love Affair with Jewelry'. Walaubagaimanapun, koleksi barang-barang kemas ini akan dilelong pada 13 Disember depan. Ini menepati dengan hasrat beliau ketika di akhir hayatnya.
“I feel as though I’m only the custodian of my jewelry. When I die and they go off to auction I hope whoever buys them gives them a really good home.”

Dapat jari yang baru (3 gambar)

Melihat pada gambar pertama, seolah tiada apa yang istimewa pun. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry. James Byrne, 29, telah kehilangan ibu jari tangannya semasa sedang menggergaji kayu. Pada mulanya pakar bedah cuba untuk mencantumkan semula ibu jari yang telah terputus tetapi darah tidak dapat mengalir ke bahagian yang terputus itu. Oleh yang demikian, doktor bedah telah mencadangkan supaya ibu jari tangannya itu digantikan dengan ibu jari kakinya. Kesan kehilangan ibu jari kaki hanyalah sementara waktu sahaja tetapi sekiranya kita kehilangan ibu jari tangan, kita akan kehilangan upaya untuk melakukan gerakan fizikal seperti menggenggam sesuatu benda.

tambahan: Pertandingan Fotografi bertemakan 'Tak Nak Merokok'. (KLIK)

Keindahan Pulau Flores, Indonesia (20 gambar)

Melihat pada gambar pertama sememangnya hati sudah terpaut dengan Flores yang terletak di Indonesia. Flores dikatakan merupakan sebuah pulau yang mempunyai pelbagai hal kepercayaan mistik, budaya yang yang unik serta asal usul penduduk kepulauan itu sendiri. Tanah kepulauan itu juga dipercayai mengalami peningkatan tanah setiap tahun. Mungkin kesan dari gerakan plat-plat bumi yang sememangnya Indonesia berada di dalam Lingkaran Api Pasifik. Pegangan agama yang utama di sini ialah Kristian Katolik dan juga kepercayaan Pagan.


Pulau yang mempunyai kepanjangan 350 kilometer dan 40 kilometer lebar ini sememangnya amat menarik untuk dilawati. Saya pernah mengeluarkan entry pasal aktiviti menangkap ikan paus tahunan di sini. Ok! klik pda tajuk post dan melihat semua gambar Pulau Flores ini!
  • One of the highlights in Ende is the multihued Kelimutu Lakes. Two of the adjacent lakes display turquoise water during this season, as the other one is dark brown.

Festival Musikal Disney Live, Jakarta (10 gambar)

Gandaria City Exhibition Hall, Jakarta, telah mengadakan event Disney Live! Mickey Music Festival di mana menampilkan watak-watak utama di dalam Disney seperti Mickey Minnie Mouse, Donald Duck, Aladdin, Genie, Little Mermaid, Buzz Lightyear dan askar-askar hijau dari Toy Story. Festival muzikal seumpama ini dapat mendedikasikan bukan sahaja kepada remaja atau orang yang lebih tua tetapi juga menghiburkan kanak-kanak dan seluruh seisi isi keluarga. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.