Subscribe

Saturday 31 December 2011

Kesan buruk radiasi nuklear sejak 60 tahun yang lepas, Kazakhstan (12 gambar)

Lebih 60 tahun yang lepas, Kesatuan Soviet telah meletupkan senjata nuklear mereka yang pertama dipanggil First Lightning, di sebuah kawasan fasiliti nuklear di utara Kazakhstan (pernah dikenali sebagai Kazakh SRR. Kawasan ujian yang dikenali sebagai Semipalatinsk Polygon telah menjalani 456 buah siri letupan selama 40 tahun kewujudannya. Kesannya, penduduk yang tinggal di kawasan sekitar telah mengalami kesan buruk sehingga ke akhir hayat mereka. Kesan radiasi nuklear telah memusnahkan 3 generasi penduduk di kawasan sekitar pusat ujian tersebut. Dilaporkan lebih 1 juta penduduk telah dijangkiti kesan radiasi tersebut yang mewujudkan masalah kesihatan seperti penyakit tiroid, kanser, kecacatan pada janin, penuaan pra-matang dan penyakit kardiovaskular. Jangka hayat penduduk di kawasan tercemar ini juga adalah tujuh tahun kurag daripada purata kebangsaan negara Kazakhstan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
 

Kawasan terbiar dan ditinggalkan kesan bencana alam, Jepun (20 gambar)

Bangsa Jepun terkenal sebagai bangsa paling kuat di dunia. Tempoh masa 50 tahun adalah terlalu singkat untuk membina sebuah bangsa yang hebat. Selepas ledakan Hiroshima dan Nagasaki, mereka diajar dan mengamalkan kehidupan yang serba pantas. Tahun 2011 ialah tahun dukacita untuk negara Jepun. Selepas dihentam tsunami dan gempa bumi, satu lagi kesan besar iaitu krisis radiasi nuklear telah mengubah struktur sebahagian besar negara Jepun. Sebuah bandar versi Chernobyl di Fukushima telah wujud. Sila klik tajuk post untuk melihat perubahan drastik kepada negara Jepun.

Ruang tempat tinggal atau pejabat dari kontena kargo (11 gambar)

Hanya tidak sampai RM 3,000 setiap satu, anda mampu membina beberapa buah ruang untuk menarik pelanggan berkunjung ke restoren bergerak anda. Mungkin juga kontena kargo ini boleh dijadikan ruangan pejabat dan cyber cafe. Senang dipindah-pindahkan. Jom kita lihat contoh binaan dan hiasan yang sesuai dipraktikkan di dalam kontena kargo terpakai ini. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Wedding Colors: Ungu, Emas + Putih

Derpina & Derp.

Set Chess Mario Buatan Tangan.

Jom buat cover timeline Facebook

Conteng buku

Vintage : Televisyen LG gaya retro



Gaya retro di dalam teknologi kini semakin berkembang. Terbaharu, LG telah mencipta tv CRT berukura 14 inci dengan sentuhan ciri-ciri retro di dalamnya. Uniknya tv ini boleh dilihat di dalam visual warna, sephia dan hitam putih. Walaubagaimanapun, produk LG ini hanya masih dijual di dalam pasaran Korea dengan harga USD 216.00 sebuah.

Fashion: Warna eyeshadow untuk dicuba (7 gambar)

Bosan dengan warna pembayang mata anda? Apakata korang mencuba pula warna-warna seperti gambar-gambar di bawah. Bermula dari sederhana seadanya, ke smokey eyes sehinggalah ke peringkat bewarna warni, semuanya ada. Sayang juga kalau palet warna pembayang mata tidak digunakan. Kalau masih bercuti di rumah, jom main mekap-mekap. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Fashion: Fesyen Color Block (25 gambar)

Apakah maksud Color Block? Color Blockingis merupakan kombinasi berlainan warna di mana setiap warna tersebut akan menyokong antara satu dengan yang lain. Contoh jelas seperti pakaian seragam sekolah. Untuk tips jelas pemilihan warna, sila lihat Roda Warna di bawah. Sila klik tajuk post untuk melihat contoh pakaian fesyen color block ini.

Rekaan luaran khemah yang menarik (11 gambar)

Dekat pasaran sekarang terdapat bermacam-macam rekaan khemah yang menarik. Sekurang-kurangnya bole generate semangat nak beriadah di dalam hutan bersama kawan-kawan. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Friday 30 December 2011

Khinzir tersunyi di dunia, Jepun.


Jurugambar AP, David Guttenfelder telah membuat kerja journalis untuk National Geographic di sebuah kawasan yang telah dicemari dengan bahan nuklear. Di dalam gambar ini, kelihatan seekor khinzir berada di tepi jalan di dalam sebuah kawasan petempatan penduduk pusat bandar Namie yang terletak 6 kilometer dari pusat reaktor nuklear yang telah tercemar. Dilaporkan seluruh penduduk Namie kini telah berpindah untuk mengelakkan dari kesan nuklear yang berbahaya setelah bencana alam gempa bumi telah melanda sebahagian Jepun, tahun 2011.

Hiasan Dalaman: Rekaan dinding kontemporari (6 gambar)

Wall panel yang menarik ini merupakan salah sebuah idea yang menarik dan boleh dipraktikkan bagi mereka yang inginkan kelainan pada dinding rumah, pejabat mahupun bilik spesifikasi yang diinginkan. Yang menariknya, rekaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan senang dilakukan. Tak perlu lagi berdepan dengan bau cat dinding yang memeningkan kan? Idea ini diberikan oleh Anne Kyrro Quinn (website). Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Penggayaan mewah dan matang oleh kanak-kanak, majalah Vogue (7 gambar)

Gambar-gambar di bawah pernah mendapat bantahan daripada masyarakat antarabangsa. Majalah Vogue dikatakan telah mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan majalah mereka. Tapi dari sudut lain, saya rasa semua dari kita pernah menjadi kanak-kanak seperti di bawah. Memakai alat solek, pakaian ibu, berkasut tinggi sepanjang hari dan macam-macam lagi cara untuk kelihatan seperti wanita bergaya. Mungkin apabila kanak-kanak ini digayakan dalam majalah glamour sudah tentu nampak seperti pengeksploitasian. Walaupun sebenarnya ia adalah jelmaan impian masa lepas tentang setiap dari kita. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Persediaan pengikut kaum Mayan untuk bencana 2012 (17 gambar)

Mengikut kepercayaan kaum Mayan, mereka meramalkan penghujung tahun 2012 ialah hari pembinasaan bumi. Ala yang macam korang selalu paste-paste dekat facebook pasal kiamat 2012. Haiz... tapi apapun mari kita lihat persediaan menghadapi bencana ramalan Mayan oleh pengikut mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

 

Cara Menanam Bunga Yang Cool (5 Gambar)

Cool sangat cara penanaman bunga ni dan sesuai untuk mereka yang mempunyai ruang rumah kecil tetapi suka menanam bunga atau tumbuhan yang lain. Cara yang diunik ini diilhamkan oleh Patrick Morris di mana bunga telah ditanam secara terbalik dan boleh digantungkan di siling rumah. Sesuai untuk jenis bunga yang ringan seperti orkid. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Pesta Buih, Lancashire (6 gambar)

Tahun ini musim salji tidak berapa menjadi di sesetengah kawasan di dunia akibat pemanasan global. Tetapi kali ini pula, dunia dikejutkan pula dengan fenomena hujan buih di beberapa kawasan pantai di Blackpool. Sepanjang Anchorsholme, Cleveleys berhampiran resort Lancashire, kawasan ini seolah-olah telah ditutupi dengan permaidani yang berupa buih. DIkatakan buih-buih tersebut merupakan kesan pencemaran seperti tumpahan minyak dari sisa industri perkilangan mahupun perkapalan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Wednesday 28 December 2011

Photography - Shapes-Pattern Photography (10 gambar)

Tuesday 27 December 2011

Taman Arboretum yang unik, Philadelphia. (5 gambar)

Pecinta alam sekitar sekali lagi dihidangkan dengan pemandangan menarik dari dunia atas pokok di hutan Adventure Morris Tree Arboretum, Philadelphia. Taman yang uni ini mempunyai trek jalanan di atas pokok, ruang peninjau, jambatan gantung dan kawasan permainan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Adventure  Tree mempunyai laluan pejalan kaki sebanyak 450 kaki yang diperbuat daripada keluli dan kayu cedar serta diterangi oleh lampu LED. Taman yang cantik ini telah direka dan dibina oleh Metcalfe Architecture & Design yang pernah memenangi beberapa anugerah antarabangsa termasuk American Association of Museums Excellence di dalam Exhibition Design Award. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Serangan bom semasa malam perayaan, Nigeria (6 gambar)

Kumpulan masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan sebuah radikal agama di Nigeria yang telah mengakibatkan sekurang-kurangya 40 nyawa telah terkorban apabila serangan bom disasarkan kepada penganut yang keluar dari gereja semasa malam krismas yang lepas. Dikatakan kumpulan radikal Boko Haram yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan ini. Mereka juga bertanggungjawab mengebom 3 buah gereja sebelum ini yang telah mencatat 504 nyawa telah terkorban. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Pesta Seni Kerbau Jantan, China (3 gambar)

Comel je tengok kerbau-kerbau ini diwarnakan. Mula-mula ingatkan replika, tetapi sebenarnya ia adalah kerbau realiti. Inilah yang berlaku di sebuah wilayah Yunnan, China. Ini adalah sebuah pesta kecil oleh sebuah kumpulan minoriti rakyat China yang telah melukis pelbagai bentuk bewarna warni pada badan seluruh badan kerbau masing-masing. Mereka mempercayai lukisan pada lembu jantan ini berupaya untuk melindungi kampung mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Hadiah istimewa sempena krismas semasa perang dunia kedua oleh tentera Perancis (3 gambar)

Semasa Perang Dunia Kedua, juruterbang tentera Perancis telah menghasilkan beratus-ratus hadiah krismas berupa permainan kanak-kanak dalam masa tempoh 3 hari untuk diberikan kepada kanak-kanak British. Hal ini telah ditemui oleh penyelidik Muzium Udara Yorkshire melalui gambar-gambar yang telah ditemui. Pada Disember 1944, Lt Lemarchand yang berkhidmat dengan bahagian mekanik Skuadrom Perancis yang berpangkalan di RAF Elvinton, North Yorkshire yang telah mencetuskan idea ini selepas melihat sebuah pokok krismas besar yang telah didirikan di Stesen Keretapi York. Lt Lemarchand dan beberapa orang yang lain telah menghasil mainan buatan tangan sebanyak 204 buah dalam masa kurang daripada 3 hari. Menggunakan alatan minimal seperti pisau cukur, mereka telah bekerja siang dan malam untuk menghasilkan permainan ini untuk diberikan kepada sebuah rumah sakit kanak-kanak York yang terletak hanya beberapa batu dari pengkalan mereka. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Monday 26 December 2011

Iklan anti merokok yang super menarik (20 gambar - Part 2)

Sambungan kedua dari entry pertama iklan anti merokok. Ngeri beteyy..

Beautiful Wedding Ideas (30 pictures)

Melihat sambutan Hari Natal di Baitul Laham Palestin (20 gambar)

Mungkin terlambat sikit hendak wish Selamat Hari Natal kepada pembaca Blogpedia yang merayakannya. Korang hati-hati bila pergi keluar beraya sebab cuaca hujan lebat sekarang ni. Saya pun baru habis bercuti2, jom tengok entry baru tak baru la ni. Rasanya korang dah baca dekat blog lain pun. Tapi lets Blogpedia keluarkan entry pasal perayaan Natal ini.

Untuk entry perayaan Natal ni, saya nak kongsi sedikit info pasal kepercayaan masyarakat beragama Kristian tentang tanah suci Baitul Laham Palestin, di mana mereka mempercayai Baitul Laham merupakan tempat kelahiran bagi Jesus. Sejumlah orang-orang alim saban tahun akan datang melawat dan bersembahyang di Gereja Nativity. Kelihatan persediaan-persediaan petugas akan melakukan tugasan mereka sepanjang lawatan-lawatan dari luar ini. Ada sumber yang mengatakan, Baitul Laham tidak lagi menjadi tempat yang popular yang lawatan sempena perayaan Natal ini disebabkan sekatan dan campurtangan pihak zionis di kawasan ini. Di samping itu juga, terdapat mazhab di dalam agama Kristian tidak merayakan 25 Disember sebagai kelahiran Jesus, tetapi mereka merayakaannya pada 7 Januari pada setiap tahun.

Apapun, jom kita tengok sambutan perayaan Natal di Baitul Laham ini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Wednesday 21 December 2011

Hiasan cupcake bertemakan X-Mas (25 gambar - part 1)

Sempat lagi nak buat hiasan cupcake ni. Comel-comel semuanya. SIla klik tajuk post untuk melihat semua gambar. Enjoy.

Gambar Hari Ini - 1

Kucing tidurkan bayi manusia. (1 video)

Alat Permainan Vintage (13 gambar)

Nampaknya saya kena buka lagi lagi satu slot label yang diberi nama Vintage sebab saya dah kerap juga buka entry berkaitan dengan Vintage. Ok nanti saya buka label tersebut khas untuk anda yang sukakan vintage. So kali ini saya nak share pula alat permainan vintage. Gila cool ok, rasanya fun sangat tengok ciptaan-ciptaan orang zaman dulu dulu ni. Ok sila klik tajuk post dan vintagekan diri anda!

Derma 1 klik untuk hari ini. Terima Kasih.