Subscribe

Saturday 31 December 2011

Kesan buruk radiasi nuklear sejak 60 tahun yang lepas, Kazakhstan (12 gambar)

Lebih 60 tahun yang lepas, Kesatuan Soviet telah meletupkan senjata nuklear mereka yang pertama dipanggil First Lightning, di sebuah kawasan fasiliti nuklear di utara Kazakhstan (pernah dikenali sebagai Kazakh SRR. Kawasan ujian yang dikenali sebagai Semipalatinsk Polygon telah menjalani 456 buah siri letupan selama 40 tahun kewujudannya. Kesannya, penduduk yang tinggal di kawasan sekitar telah mengalami kesan buruk sehingga ke akhir hayat mereka. Kesan radiasi nuklear telah memusnahkan 3 generasi penduduk di kawasan sekitar pusat ujian tersebut. Dilaporkan lebih 1 juta penduduk telah dijangkiti kesan radiasi tersebut yang mewujudkan masalah kesihatan seperti penyakit tiroid, kanser, kecacatan pada janin, penuaan pra-matang dan penyakit kardiovaskular. Jangka hayat penduduk di kawasan tercemar ini juga adalah tujuh tahun kurag daripada purata kebangsaan negara Kazakhstan. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.
 

0 comments:

Post a Comment