Subscribe

Saturday 10 December 2011

Keganasan kartel dadah di Mexico (10 gambar)

Entry ini mengandungi gambar-gambar bersifat keganasan. Melihatnya adalah risiko pembaca sendiri.

Blogpedia pernah memaparkan terowong yang digunakan oleh pengusaha dadah di sempadan Amerika Syarikah dan Mexico DI SINI. Kali ini Blogpedia akan memberi kongsi pula gambar-gambar sekitar pertempuran yang seringkali berlaku di antara kartel dadah, orang awam dan pihak berkuasa kerajaan Mexico. Seperti mana yang korang tahu, Mexico merupakan kawasan raja segala kartel dadah di Benua Amerika dan mungkin juga antara yang terbesar di dunia. Perang dadah Mexico ini adalah konflik bersenjata yang sudah lama berlaku dan saban tahun mangsa daripada konflik ini terus bertambah. Sejak beberapa dekad, kartel Mexico menguasai pasaran dadah dunia. Walaupun telah ramai kartel yang telah ditangkap dan dihukum, perniagaan mereka tetap diteruskan malah semakin besar empayarnya.

Mexico seumpama menjadi titik pertemuan kartel-kartel dan juga mempunya rangkaian jenayah terancang di seluruh di dunia. Sejak sekian lama, Mexico menjadi port penyeludupan heroin dan ganja serta kegiatan perdagangan manusia. Kartel-kartel ini semakin besar empayarnya kerana ada penglibatan rahsuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Mexico. Di Mexico, cengkaman kuasa politik telah beransur hilang apabila adanya campur tangan daripada kartel dadah.

Kartel ialah rangkaian antarabangsa, pengeluar atau pengusaha dadah yang terlibat menguasai pasaran selain mengawal harga dadah. Isu jenayah bukan saja berlaku di kalangan mereka, tetapi juga melibatkan orang awam. Menurut sumber, mana-mana individu yang dilihat menjadi ancaman kepada kartel ini  akan menghadapi ancaman bunuh dan biasanya mereka akan dibunuh. Kartel Mexico ini amat ganas dan tidak mengenal mangsa wanita atau kanak-kanak. Mereka membunuh tanpa belas kasihan malah terdapat juga pertempuran di antara kumpulan-kumpulan kartel yang bersaing di dalam pasaran.

Selain ancaman kepada penduduk sekitar, orang-orang media seperti wartawan juga menerima bahana yang sama. Dilaporkan sebanyak 9 nyawa wartawan dipercayai telah dibunuh kerana pihak kartel ini tidak mahu pihak akhbar menyiarkan sebarang aktiviti dadah di dalam media. Pada gambar pertama, merupakan pembunuhan kejam ke atas pasangan penulis blogger yang dipercayai telah menyiarkan kegiatan kartel-kartel dadah ini.

This sign was left on the bridge, translated from Spanish: 'This is going to happen to all those posting funny things on the internet' (LINK)

Menara Kambing, Afrika Selatan (5 gambar)

Kambing-kambing posing lentok baik punya. Seorang pengusaha ladang keju dan wain di Afrika Selatan telah mendedikasikan sebuah menara untuk kambing-kambing yang ada di persekitran kambing itu. Charles Back berkata, monumen ini dibina untuk keselesaan dan kegunaan kambing ladang yang suka memanjat. Menara ini dibuat daripada batu-bata dan berbumbungkan logam. Terdapat tangga spiral yang diperbuat daripada kayu dan juga tetingkap. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

Tahukah anda, Blogpedia mempunyai label Kerajaan Binatang? Sila klik DI SINI untuk melihat perihal binatang yang lain.

Letupan Mentos campur Coca Cola (6 gambar)

Entry slowpoke kot. Tapi korang pernah nampak video clip dekat Youtube pasal Mentos dan Coca Cola. Goncang-goncang dan ada letupan muntahan coke? Inilah yang pernah dilakukan oleh sekumpulan 1, 500 orang pelajar dari Universiti Belgium. Peristiwa ini telah dicatatkan di dalam Guinness Book Of Record sebagai Air Pancutan Mentos Coca Cola terbesar di dunia. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.


8 tips penggunaan internet dari seorang nenek (8 gambar)

klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Plug point mengikut negara



kena beli extension yang sesuai la ni kan? hmmm

Fashion: Gaya santai dan formal untuk lelaki (15 gambar)

Kali ni kita tengok cara pemakaian santai untuk lelaki yang sesuai dipraktikkan di Malaysia secara umumnya. Gaya baju corak petak-petak, jeans dan singlet pada bahagian dalam sentiasa evergreen sehingga ke hari ini. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar seterusnya.

Elaklah berpakaian seperti ini.


Saat kejatuhan seorang selebriti Hollywood terkenal (8 gambar)

Cuba lakukan ini:
Lihat satu persatu gambar dan sebut dialog ni : Oh Mak Kau!

Anda boleh melakukannya!


Perspektif seorang pemain pasukan sorak (6 gambar + 1 video)

Mungkin kita dah biasa tengok pemandangan permukaan tanah dari atas langit melalui arial photography. Tapi pernah ke tidak terfikir untuk melihat pemandangan sekitar melalui atlit sukan seperti ahli jimnastik ke, pemain bola sepak ke?? Kali ini, Blogpedia berkongsi kepada pembaca tentang bagaimana pula pemandangan sekeliling melalui pemain pasukan sorak. Saya yang mula-mula lihat ni pun rasa gayat bila tengok gambar-gambar ni. Walaupun hanya beberapa kaki dari atas tanah, tapi pemandangan yang dirakamkan melalui kamera mini yang dipasang di atas topi keledar khas ini adalah sangat menarik. Pasukan sorak Louisiana State University telah melaksanakan projek ini ketika mereka sedang membuat persembahan di hadapan penonton sebanyak 95, 000 orang di Arkansas. 

Gambar-gambar yang dirakamkan ini merupakan pemandangan dari seorang pembimbing sorak posisi paling atas di dalam step corak pyramid. Klip 90 saat ini telah berjaya merakamkan aksi-aksi pasukan sorak ketika sedang dilambung ke udara dan mendarat dengan tepatnya ke posisi yang telah ditetapkan dan juga keadaan sekeliling. Sila klik tajuk post dan melihat gambar-gambar serta video 90 saat dari pasukan ini.

Post ini berlabelkan Perkara Hebat. Sila KLIK DI SINI untuk melihat perkara hebat yang lain di blogpedia2u.

Projek Sepadang Lampu sempena krismas (4 gambar)

Dalam beberapa post Blogpedia pasal perhiasan sempena perayaan Krismas, saya rasa entry kali ini ialah entry hiasan yang paling cool pernah saya lihat. Muzium Holburne di Bath telah mencipta idea seperti di dalam gambar yang para pembaca dapat lihat di bawah. Projek yang indah ini telah dijalankan oleh pakar lampu Bruce Munro dengan menggunakan sejumlah 5, 000 biji lampu mentol yang ditanam di sekeliling muzium tersebut. Pelbagai jenis warna cahaya lampu telah digunakan dan projek ini juga dibuka untuk orang ramai melihatnya sebagai pameran. Projek yang dipanggil Field Of Light ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada semua yang datang mengunjungi pameran ini. Ini bukan kali pertama Bruce Munro melaksanakan projek sebegini. Harap-harap satu hari nanti, saya boleh buat hiasan rumah macam ni. Tapi agak-agak berapa ribu yang diperlukan untuk lampu yang seindah ini??? Sila klik tajuk post untuk melihat semua gambar.

Deserts berasaskan biskut OREO (20 gambar)

Sila klik tajuk post untuk melihat idea-idea lain makanan deserts berasaskan biskut oreo ini. Sebenarnya adunan semua sama, cuma ditambahkan dengan biskut oreo. Ohoiiiii sedap!


Fashion : Pengaruh Polka Dot (15 gambar)

Fesyen Polka Dot mula popular di Britain sejak abad ke 19 lagi. Polka dot mempunyai corak yang terdiri daripada pelbagai bulatan penuh dan secara amnya mempunyai saiz dan jarak yang agak rapat berhubung setiap diameter.  Polka dot biasanya dilihat pada pakaian, permainan, perabot dan konteks-konteks yang lain. Sebelum ini, gaya polka dot mula-mula digunakan di dalam pakaian penari dan penghibur Flamenco. Kemudian pemuzik Randy Rhoads telah menghiaskan gitar Flying V dengan corak ini. Ahli gusti profesional juga turut menggunakan polka dot berwarna kuning di dalam latar pakaian berwarna hitam ketika berada di dalam WWF. Di bawah ialah gambar-gambar contoh bertemakan polka dot ini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.