Subscribe

Wednesday 14 December 2011

Fashion: Koleksi Warna Biru di dalam pemakaian (25 gambar)

Sebelum ini kita melihat fesyen rambut curly atau keriting di sini. Hari ini Jabatan Fesyen Blogpedia akan memberi cadangan untuk koleksi stuff berwarna biru. Dari kasut, beg, aksesori hingga ke make up semuanya bewarna biru. Selamat menikmati gambar-gambar yang menarik.

Sekiranya pembaca mempunyai idea untuk entry label fesyen, bolehlah korang letak cadangan tersebut di ruangan komen blog ini.

Gambar kahwin manusia dengan..Effiel Tower, Diri Sendiri, Dolphin..err

Sebelum ni kita dah baca entry pasal perkahwinan dengan jin yang berlaku di Sukabumi, Indonesia. Kali ini, kita lihat gambar perkahwinan manusia dengan...er..korang tengok sendiri ok. Sila klik tajuk post dan jangan lupa say tahniah dekat diorang.


Bimbala Das kahwin dengan ular sawa di India

Mencipta sut seperti Optimus Prime ! Hebatttt (7 gambar)

Seorang bekas juuruterbang tentera Amerika Syarikat dan juga seorang peminat siri movie Transformer telah mencipta sut seperti Optimus Prime. Peter Kokis, 49 tahun, telah mengambil masa 675 jam untuk mencipta sut Brooklyn Ironhide; menyerupai repika pemimpin Transformers, Optimus Prime. Yang menarik perhatian, sut ini dicipta dari beratus-ratus item barangan kelengkapan rumah seperti spatula, pemegang berus gigi, bahagian-bahagian mesin jahit, berus tandas dan beberapa lagi item yang lain. Terkini, Peter Kokis sedang giat memperagakan sut ini di sekitar bandaraya New York seperti menghadiri acara-acara korporat dan awam. Idea ini asalnya apabila Peter mula mencipta daya kreavitinya sendiri sekitar tahun 2008 apabila beliau dijemput untuk menghadiri parti kostum bertemakan lautan. Klik tajuk post untuk entry penuh.

PEMBETULAN FAKTA: Kebetulan atau sengaja? - Gaun Angry Bird


Ohoi. Ini adalah entry pembetulan fakta pasal pakaian yang dikatakan obses dengan Angry Bird. Sebenarnya, wanita yang memakai pakaian seperti tema Angry Bird ini sebenarnya merupakan isteri kepada Peter Vesterbacka, Ketua Pegawai Pemasaran Rovio. Rovio merupakan syarikat yang telah membina aplikasi permainan Angry Bird. Puan Vesterbacka telah memakai gaun ini semasa menghadiri majlis rasmi acara sambutan kemerdekaan negara Finland.

Suaminya, Peter Vesterbacka pula memakan pakaian vaults lengan panjang Angry Oystercatchers dan memakai tali leher putih dan sut hitam. Sebelum ini, masyarakat internet memberi reaksi yang bercampur-campur  kepada fesyen AngryBird ini. Untuk tambahan maklumat, Rovio telah membuka kedai Angry Bird yang pertama di dunia di Helsinki, Finland.

Klik tajuk untuk entry penuh.

.

Gambar Gerhana Bulan Merah 10 Disember 2011 dari beberapa buah negara (20 gambar)

Saya sendiri telah melihat sendiri keindahan bulan bewarna merah ketika gerhana bulan pada 10 Disember yang lepas. Payah juga mengambil gambar gerhana ni. Tapi apa yang penting, kita dapat menikmati satu lagi fenomena  alam yang sangat cantik. Gerhana bulan merah kali ini merupakan gerhana bulan yang paling lama berada di langit dalam tempoh masa 10 tahun ini. Warna merah merupakan hasil daripada cahaya hari yang melalui ruang atmosfera bumi. Penduduk di benua Asia sangat bertuah kerana berpeluang untuk melihat kualiti jumlah gerhana yang terbaik, manakala di Eropah hanya boleh melihat sebahagian daripadanya. Fenomena ini tidak boleh dilihat di Amerika Selatan mahupun Antartika. Tak apalah, dengan adanya kemajuan internet segalanya berada di hujung jari anda. Gerhana penuh seterusnya dijangka akan berlaku pada tahun 2014. Sila klik tajuk post untuk melihat sekitar beberapa negara yang dapat melihat gerhana bulan merah ini.



  • The moon casts a reddish hue over Lake Pend Oreille during a lunar eclipse as it begins to set behind the Selkirk Mountain Range near Sandpoint, Idaho on December 10, 2011. (Matt Mills McKnight/Reuters)


  • A composite of 12 pictures shows a full lunar eclipse over the skies in Hefei, China on December 10, 2011. The moon turns red as the shadow falls on it during the eclipse. (Stringer/Reuters) #

Upacara Perkahwinan Manusia Dengan Jin, Sukabumi

AMARAN: Entry ini sedikit panjang dan tidak menggalakkan pembaca untuk mempercayainya. Walaubagaimanpun, isu di dalam entry ini merupakan sisi manusia lain di dalam masyarakat lain. Sila klik tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.

Khamis, 15 Mei 2010, pasukan dari Majalah Misteri melawat seorang ahli spiritual di kaki Gunung Salak, Sukabumi. Menurut khabar yang didengar Misteri, di sana kerap dilakukan upacara perkahwinan manusia dengan jin. Perkahwinan ini dilakukan oleh orang-orang yang pokai atau terdesak keperluan ekonomi. Namun menurut khabar yang lain, manusia berkahwin dengan jin ini juga kerap dilakukan untuk memajukan perniagaan atau usaha seseorang agar lebih maju.

Menjelang Maghrib, Misteri baru tiba di rumah ahli spiritual yang sering mengahwinkan manusia dengan jin ini. Jauh dari keramaian dan hingar bingar, rumah ahli spiritual itu berada di kaki Gunung Salak, Cidahu, Sukabumi. Meskipun jauh dari keramaian kota besar, rumah-rumah di kampung ini nampak kekal, terjaga rapi dan dikira mewah untuk ukuran orang kampung. Tak hanya itu, hampir di setiap rumah ada sebuah kereta dan motor baru yang menampakkan status sosial penduduk kampung ini. Sesuatu yang tak terbayangkan oleh Misteri sebelumnya.

Tak lama berselang, Ustaz Yusuf Kabir, ahli spiritual yang didatangi Misteri ini muncul dari balik ruang tamu rumahnya. Seperti layaknya orang kampung, ustaz Yusuf menyambut ketibaan Misteri dengan hangat. Sejumlah kalimat dan kata-kata sambutan pun keluar dari mulut ustaz Yusuf. Ternyata ustaz yang kerap mengahwinkan manusia dengan jin ini masih cukup muda, usianya diperkirakan belum genap 40 tahun. Meskipun begitu daripada gaya bicara dan auranya nampak jelas bahawa ustaz muda ini mempunyai ilmu metafizika yang cukup.

Setelah cukup berbasa-basi, Misteri langsung mengutarakan maksud kedatangan mereka itu. Nampak ustaz Yusuf seperti berfikir sejenak, entah apa yang ada di kepalanya. Namun sesaat kemudian dia pun berkomentar. "Saya memang sering mengahwinkan orang dengan Jin Islam, tapi saya tidak sependapat jika ini dikatakan musyrik. Perkahwinan ini hanya sebatas usaha manusia untuk memperbaiki kehidupannya," tutur ustaz Yusuf.

Sembunyi kokain dalam perut.




SEORANG lelaki Britain ditahan selepas didapati cuba menyeludup 2kg dadah jenis kokain keluar dari Brazil dengan cara menyembunyikannya di dalam perut.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo semasa dia cuba menaikki pesawat menuju ke Senegal, di barat Afrika.

Sinar X menunjukkan bahawa perut lelaki terbabit penuh dengan 89 kapsul dadah kelas A yang dipercayai ditelan terlebih dahulu. Lelaki tersebut yang namanya tidak didedahkan telah ditahan saat dia cuba untuk melapor diri "check in" untuk menaikki pesawat apabila pihak polis mendapati keganjilan pada pasportnya.

Seorang ketua Polis, Jose Alonso berkata, lelaki tersebut memiliki passport Nigeria dan Britain manakala maklumat di kedua-dua passport tersebut di dapati tidak sepadan.

Sejumlah besar Kokain berjaya disingkirkan daripada perut dan ususnyanya beberapa jam kemudian di hospital selepas ditahan Khamis lalu. Polis mendakwa rampasan itu dianggarkan bernilai £286,000 (RM1.4 Juta) dan dipercayai ia akan dijual untuk pasaran Eropah. 

Lelaki tersebut kini menghadapi hukuman penjara sehingga 15 tahun atas tuduhan menyeludup dadah.

Famous Office : Wikileaks (7 gambar)

Gambar-gambar di bawah merupakan lokasi untuk organisasi Wikileaks. Wikileaks merupakan salah sebuah organisasi yang paling pesat membangun, membentuk semula internet secara drastik, perkaitan budaya internet dan menjadi dinamik secara keseluruhan. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Peraduan mendapatkan iPhone 4S!

Fashion: Hidup seperti dalam zaman Victoria (8 gambar)

Semalam kita telah melihat obsesi seorang rakyat Filipina yang ingin sama sekali menyerupai seperti Superman. Sebelum ini pula, kita sudah melihat obsesi seorang wanita yang mula memakai pakaian dari zaman Victoria. Hari ini pula, Blogpedia sekali lagi akan berkongsi satu lagi obsesi seorang wanita yang juga 'hidup' seperti dari zaman Victoria. Bithynia Julia Wood telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 10, 000 pounds untuk melakukan pengubahsuaian rumahya ke dalam rumah impian yang merujuk pada zaman Victoria.

Baru berusia 42 tahun, beliau juga sering dilihat memakai pakaian dan membawa payung seperti zaman tersebut. Bithynia telah melakukan pengubahsuaian dengan hiasan seperti pada zaman abad ke 19. Sila klik tajuk post untuk melihat berita penuh.

Bithynia berpendapat beliau telah dilahirkan pada era yang salah dan menganggap sedang hidup di dalam era abad ke 19 di mana Britain sedang menghadapi pasca era perindustrian yang pesat. Secara peribadi, beliau mempunyai seorang perunding imej yang akan berbincang dengan beliau tentang fesyen era Victoria yang bakal digayakan. Dan kebanyakan barangan yang dibeli adalah diperolehi dari laman web ebay.com.

PEMBETULAN FAKTA: Kebetulan atau sengaja? - Gaun Angry Bird


Ohoi. Ini adalah entry pembetulan fakta pasal pakaian yang dikatakan obses dengan Angry Bird. Sebenarnya, wanita yang memakai pakaian seperti tema Angry Bird ini sebenarnya merupakan isteri kepada Peter Vesterbacka, Ketua Pegawai Pemasaran Rovio. Rovio merupakan syarikat yang telah membina aplikasi permainan Angry Bird. Puan Vesterbacka telah memakai gaun ini semasa menghadiri majlis rasmi acara sambutan kemerdekaan negara Finland.

Suaminya, Peter Vesterbacka pula memakan pakaian vaults lengan panjang Angry Oystercatchers dan memakai tali leher putih dan sut hitam. Sebelum ini, masyarakat internet memberi reaksi yang bercampur-campur  kepada fesyen AngryBird ini. Untuk tambahan maklumat, Rovio telah membuka kedai Angry Bird yang pertama di dunia di Helsinki, Finland.

Klik tajuk untuk entry penuh.

.

Satu lagi kes rasis di Kota London (8 gambar + 1 video)

Sebuah lagi kes rasis dari London dilaporkan selepas video hangat wanita INI telah mendapat banyak kritikan dari seluruh dunia. Sebenarnya isu rasis berlaku di mana-mana ceruk dunia, cuma kecanggihan muatnaik video ke internet telah menambahkan lagi kehangatan isu ini. Terbaharu seorang wanita berambut perang yang belum dikenal pasti identitinya telah mengeluarkan kata-kata kesat dan berbau perkauman. Yang menarik perhatian, ketika beliau hendak cuba meluru ke arah seorang lelaki di dalam bas yang sedang bergerak, wanita tu telah jatuh terlentang terlebih dahulu. Memang tak elok ketawakan orang terjatuh, tetapi padan muka dengan wanita tu bila dah malu sendiri kebetulan dengan sikap perkauman yang dia tunjuk. So, sila tekan tajuk post untuk melihat momen-momen percakaran mulut dan sebuah video. Ahaks.

Fashion : Curly Hair (20 Gambar)

Berita fashion lagi. Kali ni Blogpedia memaparkan jenis-jenis curly/keriting rambut, mostly untuk rambut yang panjang. Tak perlu complicated sangat curly tu sampai boleh rosakkan rambut. Korang boleh apply natural curly pada rambut dan sapukan perm rambut supaya nampak segar. Tapi apa pun, sebab lakukan apa-apa pada rambut terutama sekali penggunaan chemical, dapatkan nasihat dari hair dresser terlebih dulu. Takut pula struktur kulit kepala tak sesuai dengan kimia yang bakal digunakan. Ada juga yang buat curly nampak keras saja perfomance rambut tu. Maybe korang boleh tengok-tengok dulu jenis-jenis curly yang ada. Yes, sudah pasti bila curly rambut, anda akan nampak lebih matang dari umur sebenar. Sila klik pada tajuk post untuk entry sepenuhnya. Selamat menjaga kecantikan.


Once Upon A Time In Japan. (20 gambar)

Dah lama tak buat entry label Once Upon A Time. Kali ni Blogpedia nak berkongsikan suatu masa dulu di negara Jepun. Menariknya kali ini, saya berikan gambar sebelum dan sesudah dari negara Jepun. Seperti mana yang diketahui, Jepun dan rakyatnya telah menjalani satu tempoh yang paling pesat dalam sektor perindustrian dan pembinaan pembandaran berbanding mana-mana negara lain di dalam era moden di dunia. Selepas mengalami kekalahan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua, inovasi teknologi negara Jepun yang digabungkan dengan pertumbuhan penduduk dan kekurangan ruang fizikal telah menyebabkan harga hartanah telah melambung tinggi  dan pembangunan metropolis gergasi telah tumbuh di mana-mana bahagian Tokyo. Sila klik tajuk post untuk melihat post sepenuhnya.

Entry lain di bawah label Once Upon A Time ada di SINI.


Fakta pasal Edward Scissor's Hand (10 Fakta)

Kalau minat Johnny Depp, pasti tahu filem Edward Scissor's Hand. Filem jari-jari dia yang jadi gunting tu? Kan? Berikut adalah 10 fakta yang mesti korang tak tahu dan saya pun baru tahu. LOL. Klik tajuk post untuk entry penuh.