Subscribe

Wednesday 14 December 2011

Mencipta sut seperti Optimus Prime ! Hebatttt (7 gambar)

Seorang bekas juuruterbang tentera Amerika Syarikat dan juga seorang peminat siri movie Transformer telah mencipta sut seperti Optimus Prime. Peter Kokis, 49 tahun, telah mengambil masa 675 jam untuk mencipta sut Brooklyn Ironhide; menyerupai repika pemimpin Transformers, Optimus Prime. Yang menarik perhatian, sut ini dicipta dari beratus-ratus item barangan kelengkapan rumah seperti spatula, pemegang berus gigi, bahagian-bahagian mesin jahit, berus tandas dan beberapa lagi item yang lain. Terkini, Peter Kokis sedang giat memperagakan sut ini di sekitar bandaraya New York seperti menghadiri acara-acara korporat dan awam. Idea ini asalnya apabila Peter mula mencipta daya kreavitinya sendiri sekitar tahun 2008 apabila beliau dijemput untuk menghadiri parti kostum bertemakan lautan. Klik tajuk post untuk entry penuh.


Terbaharu, Peter Kokis telah membina empat lagi set sut termasuk ciptaan asal ini. Beliau masih mengekalkan penggunaan item seperti sut Brooklyn Ironhide ini. Bagi Peter, memperagakan sut ini juga dapat menggembirakan semua orang terutama peminat-peminat Tranformers yang masih kecil walaupun dia terpaksa memakai sut yang sangat berat. Tambahan maklumat, Peter selalu menghabiskan masa yang banyak di dalam gym demi membina stamina semasa memperagakan sut yang berat itu.


0 comments:

Post a Comment