Subscribe

Saturday 19 November 2011

Forest Of Dean, hutan kuno paling mistik. (8 gambar)

Puzzlewood atau Forest of Dean merupakan sebuah hutan kuno beratus hektar yang terletak di Gloucestershire, England. Hutan kuno ini sangat terkenal dengan keindahan semulajadi dan nilai sejarah. Terletak di sempadan Severn, Wye dan daerah Gloucester itu sendiri. Forest of Dean pernah menjadi inspirasi J.R.R Tolkien untuk menghasilkan sequel Lord Of The Rings dan menggelarkan hutan kuno ini sebagai Middle Earth. Forest of Dean juga pernah menjadi tempat penggambaran untuk sequel Harry Porter. Kekerapkalian publisiti tentang hutan ini telah mewujudkan tanggapan bahawa hutan ini betul-betul mempunyai kuasa mistik, bunian, ahli sihir dan hobbits. Antara filem lain adalah sepeti Merlin, Labyrinth Gedref dan The Nightmare Begins.

Hutan ini juga pernah mewujudkan situasi tegang apabila Kerajaan Konservatif di England mencadangkan untuk menswastakan hutan ini. Pada tahun 1993, kerajaan bercadang untuk menjual 42 batu persegi hutan ini tetapi mendapat tentangan protes daripada penduduk tempatan dan sesetengah aktivitis. Terkini Suruhanjaya Perhutanan di England telah mengambil alih untuk menguruskan hutan kuno ini termasuk 30 buah hutan yang lain. Jom tengok keindahan hutan popular ini.

Potraiture of Homeless People (6 gambar)

Ini adalah koleksi seorang jurugambar yang berasal dari Manchester, England. Lee Jeffries pada mula adalah seorang jurugambar genre sukan, tetapi beliau telah meninggalkan genre tersebut dan mula beralih kepada street photography. Beliau amat terkenal dengan potraitur hitam dan putih subjek orang-orang yang tidak berumah dan tinggal di jalanan. Karya beliau dianggap sangat hebat kerana mempunyai soul yang sukar digambarkan. Kita boleh melihat kesusahan-kesusahan hidup subjek melalui ekspresi dan penampilan seperti kerut kening, kuku yang kotor dan sebagaiknya. Beliau terlebih dahulu akan berbual-bual dengan subjek tentang kesusahan hidup sehingga telah hilang tempat tinggal. Lee Jefrries telah banyak berjalan-jalan mengambil gambar di sekitar Eropah dan Amerika Syarikat. Beberapa potrait yang terbaik dari beliau.

Tiang-tiang bumi di China (8 gambar)

Bila tengok tiang-tiang semula jadi ni, teringat kat satu scene dekat movie Avatar. Dalam Avatar ianya dipanggil sebagai monoliths terapung. Kawasan yang indah ini terletak di Taman Negara Hutan Zhangjiajie, China. UNESCO telah mengikhtiraf kawasan hutan yang indah ini sebagai Tapak Warisan Dunia. Taman ini mempunyai cuaca sub-tropika, mampu menarik ribuan pelancong sepanjang tahun. Ada juga direktor filem yang datang ke sini untuk membuat shot-shot filem mereka. Menurut sumber, tiang-tiang natural ini wujud dari hakisan yang berlaku semasa musim salji mencair sejak bertahun-tahun lamanya. Direkodkan tiang yang telah diukur boleh mencapai sehingga 3, 544 kaki ketinggian. Indah sungguh ciptaan Allah ni.

Barbie Jahat. (5 gambar)

Gambar-gambar di bawah tidak sesuai untuk tatapan kanak-kanak. 

Gambar-gambar Barbie di bawah merupakan sebuah projek fotografi oleh seorang jurugambar anak patung Mariel Clayton. Beliau mempunyai sebab yang tersendiri kenapa Barbie telah dijadikan watak yang jahat di dalam karya ini. Beliau berpendapat karya Barbie yang jahat ini merupakan persepsi bahawa wanita bukan  mangsa psiokologi yang jahat. Wanita yang dilihat lahiriah sebagai lembut juga mampu bertindak di luar kawalan sekiranya kesabaran melebihi batasan yang sepatutnya. Kita tahu sejak berkurun lamanya isu gender memang berleluasa di mana-mana ceruk dunia pun. (klik)

Festival Fesyen Islamik Kuala Lumpur (7 gambar)

Berita Fesyen - Pada 14 sehingga 18 November sedang berlangsung Festival Fesyen Islamik Kuala Lumpur yang bertemakan 'Oriental Charm'. Festival ini bertempat di Hotel  JW Mariot Hotel, Kuala Lumpur. Cantik-cantik sungguh pakaian yang diperagakan, unik dan ekslusif. Jom lihat koleksi Oriental Charm 2011.

Once Upon A Time In China (15 gambar - part 1)

2-3 hari lepas kita dah tengok keadaan Iraq di masa lampau di entry Part 1 dan Part 2. Kali ini, Blogpedia membawa anda ke negara China semasa 200 tahun yang lepas. Memang bangsa China ni unik habis, aku rasa macam like wow! Tapi dulu-dulu orang China ni besau-besau kan. Dan tak ada lah sepet sangat. Jom kita telusuri zaman dulu-dulu di China.

Bunuh semut atas nama seni (4 gambar)

Lukisan pada gambar pertama  nampak biasa, tapi sebenarnya ia dihasilkan dari hasil pembunuhan semut beramai-ramai. Ini semua kononnya atas nama seni lukisan, kata seorang artis seni Chris Truman yang berasal dari kampung California. Untuk dedikasi kepada adik lelakinya, Chris Trueman telah membunuh sebanyak 200, 000 ekor semut !!! Walaupun ini nampak seperti tidak berperi kemanusiaan, tapi tak apalah, komuniti koloni semut memang lagi ramaiiiiiii dari manusia. Sebelum menghasilkan lukisan ini, beliau mengambil masa yang lama untuk mengejar dan membunuh semut. Tapi segera diselesaikan bila dia telah mendapat mendapatkan bekalan semut dari seorang lelaki yang menjual semut sebagai makanan cicak. Jom kita tengok gambar-gambar lain.