Subscribe

Saturday 19 November 2011

200 mayat di sekitar Everest (6 gambar)

Blogpedia masih mencari sebab kenapa mayat-mayat tersebut dibiarkan 'kesejukan' di sana. Menurut sumber, terdapat 200 mayat berselerakan di sepanjang jalan utama menuju ke puncak Everest. Ada yang sudah menjangkau 50 tahun terbiar tetapi tidak rosak kerana faktor kebekuan. Faktor utama kematian mereka ialah semestinya kemalangan dan yang paling tak percaya sekali, mereka mati kerana terlalu lama berehat dan tertidur. Terdapat sumber mengatakan, ada seorang pendaki wanita yang telah tercedera dan kemudiannya meminta tolong. Tetapi beliau akhirnya meninggal dunia, walaupun terdapat pendaki lain di situ. Inilah risiko utama yang paling utama kalau korang nak pergi mendaki gunung Everest. Pendaki lain tidak mahu menanggung risiko hendak menyelematkan korang pula. Kos setiap pendaki menjangkau USD25k sehingga USD60k.

Menurut pengalaman pendaki, pengalaman paling susah nak lalui ialah bila melalui kawasan-kawasan yang mempunyai mayat yang 'kalah'. Kalau tak boleh tahan mental, sure payah nak sampai. Almaklumlah, puncak Everest ialah idaman setiap orang yang ke sana. Orang putih tak reti baca pendinding macam tu la..Semoga mereka yang tewas di dalam perjalanan ini diberkati perjuangannya yang ingin melihat keindahan ciptaan Tuhan. Amin.


0 comments:

Post a Comment