Subscribe

Saturday 19 November 2011

Forest Of Dean, hutan kuno paling mistik. (8 gambar)

Puzzlewood atau Forest of Dean merupakan sebuah hutan kuno beratus hektar yang terletak di Gloucestershire, England. Hutan kuno ini sangat terkenal dengan keindahan semulajadi dan nilai sejarah. Terletak di sempadan Severn, Wye dan daerah Gloucester itu sendiri. Forest of Dean pernah menjadi inspirasi J.R.R Tolkien untuk menghasilkan sequel Lord Of The Rings dan menggelarkan hutan kuno ini sebagai Middle Earth. Forest of Dean juga pernah menjadi tempat penggambaran untuk sequel Harry Porter. Kekerapkalian publisiti tentang hutan ini telah mewujudkan tanggapan bahawa hutan ini betul-betul mempunyai kuasa mistik, bunian, ahli sihir dan hobbits. Antara filem lain adalah sepeti Merlin, Labyrinth Gedref dan The Nightmare Begins.

Hutan ini juga pernah mewujudkan situasi tegang apabila Kerajaan Konservatif di England mencadangkan untuk menswastakan hutan ini. Pada tahun 1993, kerajaan bercadang untuk menjual 42 batu persegi hutan ini tetapi mendapat tentangan protes daripada penduduk tempatan dan sesetengah aktivitis. Terkini Suruhanjaya Perhutanan di England telah mengambil alih untuk menguruskan hutan kuno ini termasuk 30 buah hutan yang lain. Jom tengok keindahan hutan popular ini.

0 comments:

Post a Comment