Subscribe

Thursday 17 November 2011

Vatican mengecam Benetton, iklan mencium mulut (5 gambar)

Hari ini Vatican mengecam tindakan sebuah syarikat pakaian dari Itali, Benetton, yang telah membuat iklan pampangan dengan menggunakan paparan Pope Benedict mencium seorang imam di mulut. Imej-mej lain termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mencium Presiden Venezuela Hugo Chavez. Walaubagaimanapun syarikat pakaian itu berpendapat, kempen itu membawa kepada erti 'UNHATE' (tidak membenci). Imej-imej lain di dalam kempen itu merupakan sokongan firma Itali itu terhadap Yayasan Unhate yang menunjukkan pelbagai pemimpin dunia yang sedang mencium mulut.

Jurucakap Vatican, Federico Lombardi telah memberi penegasan tidak membenarkan manipulasi penggunaan gambar Pope Benedict di dalam kempen tersebut dan sedang mencadangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pakaian itu. Beliau berpendapat,

This is a grave lack of respect for the Pope, an offence against the sentiments of the faithful and a clear example of how advertising can violate elementary rules of respect for people in order to attract an attention through provocation
Terdahulu Benetton telah menjalankan kempen pengiklanan yang disifatkan terlalu kontroversi tetapi pihaknya berharap kempen ini diwujudkan untuk menyumbang ke arah memerangi kebencian dan sekaligus memupuk budaya toleransi di dalam masyarakat.

Paparan di bawah merupakan sebahagian dari kempen yang sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia. Apapun, bagi pihak Blogpedia, paparan sebegini tidak bertepatan dengan budaya sesetengah negara. Semoga perkara sewajarnya dapat dilakukan secepat mungkin.

Gambar Pilihan Editor dari Reuters (10 gambar)


  • A man strolls in front of the Benetton store in downtown Rome, November 16, 2011. Benetton withdrew an advertisement using an image of Pope Benedict kissing an imam on the mouth after the Vatican protested on Wednesday at the Italian clothing firm's latest shock campaign. REUTERS/Stefano Rellandini




  • Yang Weihao (R), a burn victim, reads a book as a girl looks outside the classroom during a break at a primary school in Zhuanji town, Anhui province, China, November 15, 2011. Yang was severely burnt in a fire in June and has to wear a surgical mask and a pair of gloves to prevent the wounds from becoming infected. REUTERS/Stringer



  • Dissident Chinese artist Ai Weiwei reads emails and letters of support on his computer in his studio before leaving for the Beijing government tax bureau, November 16, 2011. 
REUTERS/David Gray

  • Hollywood actress Angelina Jolie chats with her adopted son Pax Thien from Vietnam next to Maddox from Cambodia at a security check point before leaving Con Dao island, off Vietnam's southern coast, November 16, 2011. REUTERS/Stringer




  • A member of the Loya Jirga returns to his seat during the inauguration of Loya Jirga, grand assembly in Kabul, November 16, 2011. REUTERS/Ahmad Masood




  • An ethnic Miao minority man shaves another villager's head with a sickle in the village of Basha in Congjiang county, Guizhou province, China, November 16, 2011. REUTERS/Sheng Li


  • Palestinian supporters of the Fatah movement wave flags during an event marking the 7th anniversary of the late Palestinian leader Yasser Arafat in the West Bank city of Ramallah, November 16, 2011. REUTERS/Mohamad Torokman


  • An inmate works at a prison workshop manufacturing valenki, traditional Russian knee-high sheep-wool felt footwear, at a high security men's prison in the Siberian city of Krasnoyarsk, November 16, 2011. The valenki are worn by inmates in Krasnoyarsk region prisons, and also enjoy great popularity amongst the rural population of Russian who buy them due to their ability to cope with the harsh local climate. REUTERS/Ilya Naymushin


  • Samuel Amoo, 26, works out during a training session at the Afro Boxing Club in the Akpakpa neighbourhood of Benin's capital Cotonou, November 16, 2011. REUTERS/Finbarr O'Reilly


  • Pope Benedict XVI leaves at the end of his weekly audience in Saint Peter's Square at the Vatican November 16, 2011. REUTERS/Stefano Rellandini

Pelajar Disengat Tebuan Ketika Duduki Peperiksaan

JERANTUT 16 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang 'bergelut' menjawab soalan kertas Bahasa Inggeris 2, terpaksa menahan kesakitan apabila pahanya disengat seekor tebuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin di sini semalam.


Kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd. Irfan Abdul Khalid, 17, sedang leka menjawab soalan peperiksaan kertas itu yang bermula pukul 10.30 pagi.


Pelajar itu dikatakan tidak menyedari seekor tebuan tiba-tiba muncul dan menyengat pahanya.


Ibu pelajar terbabit, Normah Hasim, 61, berkata, selepas disengat, anaknya mula berasa sakit namun dia sempat menepis serangga itu dan membunuhnya.


"Sewaktu menahan kesakitan, anak saya sempat menjawab soalan kerana bimbang dia tidak dapat menghabiskan kertas peperiksaan itu.


"Namun, beberapa minit kemudian, anak saya mendapati air keluar dari telinga dan hidungnya menyebabkan dia meminta kebenaran untuk keluar ke tandas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Dinding dekat sini semalam.


Normah memberitahu, Mohd. Irfan bagaimanapun tidak memaklumkan kejadian itu kepada guru pengawas peperiksaan sehingga badannya kian lemah dan segera dibawa oleh guru ke Hospital Jerantut.


Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, pegawai perubatan memaklumkan anaknya mengalami alahan namun tidak serius dan boleh kembali ke sekolah selepas diberi suntikan dan ubat.


Kata ibu tunggal itu lagi, anaknya pernah disengat tebuan sebelum ini tetapi kesan yang paling teruk kali ini, dia mengadu badannya kesejukan selain hilang selera makan.


"Saya berterima kasih kepada guru yang segera menghantar anak saya ke hospital dan berharap agar anak saya dapat menamatkan peperiksaan SPM kerana ini melibatkan masa depannya," kata Normah.


Sementara itu, Pengarah Hospital Jerantut, Dr. Devaraj Salam berkata, pelajar itu mengalami alahan akibat sengatan tersebut iaitu beberapa bahagian badannya menjadi bengkak dan kemerahan termasuk di mata dan lengan.


SUMBER : Utusan

Sekolah Khusus Mencari Jodoh

Ingin menikah tapi kesulitan mencari jodoh? Atau sudah punya pasangan, tapi kesulitan menghadapi calon mertua yang galak? Datang saja ke “sekolah perjodohan” di Jepang, Sekolah Infini. Di sekolah yang terletak di Tokyo ini, para siswa, baik itu pria maupun wanita, diajarkan bagaimana menyiapkan rencana menuju perkawinan.






Meski baru setahun berdiri, sekolah ini dibanjiri banyak siswa, sementara bangku yang disediakan hanya 30 perterm. Para siswa diajarkan bagaimana cara berbicara, bersikap, dan membawa diri mereka secara elegan. Tujuannya bukan saja untuk memperoleh simpati dari pasangannya, tapi juga dari orang tua calon pasangan.


Di Jepang, terjadi perubahan cara pandang terhadap pernikahan; lembaga ini tak menarik lagi bagi muda-mudi negara itu. Menurut data statistik pemerintah, dua per tiga perempuan di bawah usia 34 tahun masih belum menikah. Padahal saat ini di Jepang terdapat kurang lebih 3.800 perusahaan pencari jodoh. 
“Sebelumnya, orang mudah untuk menikah karena banyak dukungan dari keluarga dan lingkungan, yang secara tidak langsung memaksa mereka untuk menikah. Tapi saat ini, orang cenderung mempunyai terlalu banyak pilihan dan tidak bisa menentukan pilihannya,” ujar Etsuko Satake, Kepala Sekolah Infini.


Di Infini, Instruktur memberikan kritik terhadap penampilan para murid. Apakah itu cara berpakaian, postur, bahkan hal-hal kecil seperti bagaimana mereka menyilangkan kakinya, atau bahkan bagaimana mereka keluar dari mobil. Perempuan dan laki-laki diajarkan materi yang berbeda. Dari bagaimana menata meja dengan baik sampai cara menunjukkan emosi secara lebih ekspresif. Selain itu, dalam simulasi kencan, para instruktur menilai bagaimana penampilan mereka dan menunjukkan apa yang salah.


Sekolah tersebut mematok biaya sekitar 200 ribu yen atau sekitar 2.217 dolar AS untuk akses kelas tak terbatas. “Saya mencari seorang pria yang menghasilkan lebih dari 10 juta yen per tahun, bukan memintaku untuk hidup dengan orang tuanya dan merawatku dengan baik,” ujar Mei Oda, salah seorang karyawan kontak yang merupakan siswi di Infini.


Seorang pengamat mengatakan, dengan posisi ekonomi Jepang dalam kondisi reses, banyak wanita yang menginginkan perkawinan dan stabilitas ekonomi yang mungkin terjadi. Dan secara lebih aktif mencari pasangan melalui biro-biro perjodohan.

SUMBER: mrcoppas.com

FFM24: Tiga anugerah untuk Merong Mahawangsa




17 Nov - Bertemakan "Gemilang Filem Malaysia", malam perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) semalam menyaksikan filem epik terbitan KRU Studios, "Hikayat Merong Mahawangsa" memenangi tiga anugerah iaitu Poster Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Lagu Tema Asal Terbaik menerusi lagu nyanyian Anuar Zain berjudul "Sedetik Lebih".
Selain daripada itu, pengarah filem "Libas", Jurey Latiff Rosli telah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan. Manakala Pelakon Harapan telah dimenangi oleh Nadiyatul Nisaa dan Salehhudin Bakar untuk kategori masing-masing.
Pelakon cilik terkenal Mia Sara Nasuha telah memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem "Sekali Lagi" yang turut dilakonkan oleh Lisa Surihani dan Shaheizy Sam.
Sebanyak sepuluh anugerah trofi telah disampaikan di malam Anugerah Gemilang Cipta yang diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana dan ia disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
FFM yang mengangkat martabat dan karya hasil seni penggiat filem tempatan bakal mempertandingkan 32 kategori pada tahun ini dan baki 22 kategori akan diumumkan pada malam Anugerah Gemilang Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini.
Berikut adalah senarai pemenang bagi Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24:
Poster Terbaik: "Hikayat Merong Mahawangsa" (KRU Studios)
Kesan Visual Terbaik: Yusry Abdul Halim - "Hikayat Merong Mahawangsa" (KRU Studios)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Mia Sara Nasuha - "Sekali Lagi" (Metrowealth Pictures)
Pelakon Harapan Wanita: Nadiyatul Nisaa - "Cun" (Tayangan Unggul)
Pelakon Harapan Lelaki: Salehhudin Bakar - "Hantu Bonceng" (Excellent Pictures)
Lagu Tema Asal Terbaik: Sedetik Lebih - Edry Abdul Halim - "Hikayat Merong Mahawangsa" (KRU Studios)
Pengarah Harapan: Jurey Latiff Rosli – "Libas" (MDAG Marketing)
Filem Pendek Terbaik: "The Other One" (Ng Ken Kin)
Filem Animasi Terbaik: "Altitude Alto" (Mushroomhead)
Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik: "Great Day" (Woohoo Pictures Sdn Bhd)

Revolusi fesyen pakaian pramugari (7 gambar)

Bila tengok gegambar pramugari ni, tiba-tiba terfikir. Rasanya pakaian dulu lebih cantik dan attaractive. Rasa lebih yakin nak naik flight bila musim hujan. Hahahaha. Saksikan revolusi pakaian pramugari dari pelbagai negara.

**berilah komen, penat cari artikel. ahaha

sumber: google.com.


Bosan dengan kucing dan anjing? Jom try bela ni pula. (4 gambar)

Ini ialah Capybara. Haiwan comel ini berasal dari keluarga guinea pig dan merupakan rodensia yang terbesar di dunia. Capybara boleh membesar sehingga 4 kaki 3 inci (130 cm) panjang dan mencapai berat sehingga 65 kg !!! Makanan kegemaran haiwan ialah rumput dan tumbuhan akuatik. Sama seperti spesies rodensia yang lain, haiwan ini merupakan perenang yang baik dan mampu tidur di dalam air dalam jangka masa yang lama. Kini menjadi trend di barat, Capybara dijadikan sebagai haiwan belaan di dalam rumah. Peihhhh!!!

Ahli Astronomi Purba (5 gambar)

Hari ini Sekolah Blogpedia akan memberi sedikit maklumat tentang aktiviti nenek moyang kita suatu ketika purbakala. Astronomi ialah salah satu bidang sains yang tertua mengkaji objek-objek cakerawala dan fenomena yang berlaku di luar atmosfera Bumi. Ini berkenaan dengan evolusi, fizik, kimia, meteorlogi dan gerakan objek cakerawala. Jom kita lihat info-info terkenal dalam astronomi purba dulu kala.

  • Lukisan dinding gua ini adalah lukisan yang tertua dan terkenal (dipercayai berusia 16,000 hingga 20, 000 tahun) yang telah ditemui di Lascaux, Perancis. Pada mulanya ia dianggap sebagai simbol sihir yang digunakan untuk membantu pemburu pergi berburu. Tetapi akhirnya telah didapati ia sebenarnya adalah titik-titik lukisan yang mewakili gambarajah buruj sekumpulan binatang. 

  • Stoneage ini adalah sebuah monumen purba pertama yang telah dikenal pasti oleh pakar astronomi. Sesetengah pihak berpendapat bahawa monumen ini telah dibina dan dibina semula oleh tiga budaya yang berlainan sekitar 3, 000 hingga 5, 000 tahun yang lepas. Tiada maklumat yang tepat diperolehi tentang kegunaannya sehingga kini. Ada yang berpendapat ia adalah monumen simbolik untuk pergerakan matahari terbit pada pada musim panas dan musim sejuk, fungsi terbit dan terbenamnya bulan dan lain-lain lagi. Stoneage juga dikatakan sebagai alat untuk meramalkan keadaan gerhana bulan.
  • Stoneage South ini sebuah kawasan bulatan batu misteri yang telah ditemui di Nabta, Mesir. Ia dipercayai berusia 7, 000 tahun dan merupakan sebuah balai cerap astronomi purba. Seperti Stoneage di England, ia juga dikatakan sebagai alat simbolik untuk mengukur matahari terbit dan terbenam ada pertengahan musim panas. Laman ini dipercayai sudah lama ditinggalkan, sebelum kebangkitan Kerajaan Lama Mesir lagi.  Mungkinkah orang Mesir purba memperolehi ilmu astronomi ini dari tamadun yang lebih lama di Sahara?
  • Disebabkan terlalu banyak persoalan yang timbul bila penemuan-penemuan purba ini diperolehi, ruang luas telah terbuka terhadap banyak spekulasi. Manusia zaman baru mempercayai Piramid Mesir merupakan mesin masa, merupakan pangkalan kegiatan UFO ataupun pintu gerbang masa dari dimensi dunia yang lain. Bagi puak kaum Maya, mereka sendiri telah mencipta sistem kalendar mereka sendiri dengan menggunakan peristiwa-peristiwa yang mengaitkan dengan astronomi untuk menetapkan sesebuah tarikh yang paling sesuai bagi upacara-upacara misteri mereka. 

  • Bukit Wyoming di Amerika Syarikat mempunyai binaan batu kuno yang dipanggil Big Horn Medicine Wheel, atau lebih dikenali sebagai Stoneage Amerika. Binaan yang sama juga boleh didapati di Moose Mountain Wheel di Alberta, Canada. Kedua-dua binaan dipercayai tempat-tempat suci dari masyarakat Orang Asli Amerika. Big Wheel Horn ini dikatakan berusia 1,000 hingga 1, 400 AD, manakala Moose Mountain pula berusia sekitar 2, 000 tahun. Masyarakat pada masa itu percaya binaan kuno ini adalah untuk menentukan ramalan-ramalan di masa depan berdasarkan kiraan-kiraan astronomi pada sistem cakerawala.
Sumber: Google.com

Seni Kematian oleh Ai Wei Wei (4 gambar)


Persembahan Ai WeiWei di Jerman ini telah mengakibatkan keadaan kurang selesa di kalangan penduduk di bandar Rhinelands Ems Bad. Terdapat beberapa panggilan kecemasan telah dibuat pada minggu-minggu pertama pameran Carte Blanche ini. Ia dilaporkan sebagai realisme yang menggerikan, adu penduduk di bandar itu. Ai Weiwei sebenarnya adalah seorang artis seni dari negara China berkonsepkan kontemporari, seni arca, senibina, filem, fotografi serta kritikan politik, budaya dan sosial.

Beliau dikatakan agak kontroversi di negara beliau dan sesetengah pihak menganggap beliau ialah seorang aktivitis politik dan selalu membuat kritikan-kritikan pedas terhadap pemerintah negara China terutama di dalam isu demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau pernah ditahan dan tidak dibenarkan meninggalkan negara China dan pada masa yang sama studio seni Ai Weiwei juga telah digeledah oleh pihak berkuasa China. Menurut wartawan BBC di Beijing, Michael Bristow, Ai Wei Wei adalah seorang artis berprofil internasional tetapi dia telah menggunakan keistimewaan posisi untuk mengecam sistem pemerintahan negara itu.

Sunflower Seeds, Ai Weiwei, 2010.


sumber: (link)

10 rekahias untuk bilik anak anda (10 gambar)

Nowadays, ibubapa juga turut mengambil kisah tentang hiasan dalam bilik anak-anak mereka. Terdapat juga sebilangan ibubapa yang bimbangkan keselamatan anak-anak mereka ketika bermain di luar rumah. Di bawah merupakan inisiatif supaya anak-anak anda tidak merasa bosan ketika berada di bilik mereka sendiri terutama pada masa belajar dan berehat. 10 cadangan rekahias.

sumber : (link)

**komenlah secubit dua












UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun

PUTRAJAYA 17 Nov. - Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini. - Bernama

SUMBER: (link)

Gambar Anugerah Industri Muzik 18 (20 gambar)

via : BN