Subscribe

Friday 11 November 2011

People Of : Zuckerberg dan kekayaannya USD6.9 billion !!!!

Pemuda ini mencatat kekayaan yang luarbiasa hasil dari ideanya mencipta Facebook. Mari kita tinjau agak-agak apa yang boleh dia beli dengan kekayaannya yang bernilai 6.9 billion itu. Maaf gambar panjang. SUMBER.

eh, apa ni?

People Of : New York City (20 gambar)

Mari kita melihat gambar-gambar wajah dari Kota New York, negara Amerika Syarikat. Ada 20 keping gambar semuanya.

(KLIK UNTUK MELIHAT ENTRY SEPENUHNYA)                                     apa ni?

Most Natural In The World : 7 Wonders Natural (10 gambar)


  • Rakyat jelata Australia telah berbangga kerana kawasan terumbu karang Great Barrier Reef telah dianugerahkan sebagai kawasan terumbu karang yang terbesar sekali dunia. Ianya boleh dilihat dari angkasa lepas dan dipercayai menjadi struktur tunggal yang terbesar dan terhasil daripada organisma hidup. Inya terdiri daripada 3,000 terumbu tunggal, 900 buah pulau dan berkeluasan 1, 616 kilometer. Ianya sudah dinobatkan menjadi sebuah Tapak Warisan Dunia dan dianggarkan akan menjana $1 billion setahun, hasil dari sektor pelancongan.




  • Walaupun dikatakan terdapat aktiviti penebangan hutan secara berleluasa di Hutan Amazon, tetapi ianya masih mempunyai kawasan seluas 2.7 juta kilometer persegi dan terletak rentasan di antara 9 buah negara. Ia juga mewakili lebih separuh daripada kawasan hutan hujan yang ada di planet ini. Hutan Amazon disaliri oleh sungai Amazon yang mana merupakan sungai yang terbesar di dunia dan dinobatkan sebagai kawasan lembangan saliran yang paling besar di dunia.

Local Book : Fixi Publisher (Malaysian's Publisher)


Fixi ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya baru yang bersifat urban dan masakini. Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia ‘fiksi’ yang diambil dari perkataan Bahasa Inggeris ‘fiction’ yang diambil dari Bahasa Perancis Lama ‘ficcion’ yang diambil dari Bahasa Latin ‘fictionem’ … untuk menunjukkan yang tidak ada apa-apa yang original dalam dunia ini. Sasaran mereka ialah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu novel setiap bulan.

Setelah hampir setahun sebanyak 10 novel yang di terbitkan. 3 yang pertama ialah Pecah, Kougar dan Cekik. 7 yang lain adalah Dendam, Kasino, Ngeri, Jerat, Zombijaya, Tabu dan Kelabu novel terakhir untuk tahun ini.

**********************************************************************************
Pembelian boleh dilakukan di Kedai Fixi secara online payment. Selain itu, Novel-novel terbitan Fixi turut dijual dikedai-kedai utama di Malaysia seperti MPH, Popular, Kinokuniya.
**********************************************************************************
Jika anda berminat untuk menulis novel Fixi, inilah syarat-syaratnya:
• Sekitar 60,000 perkataan.
• Tema: Urban & kontemporari. Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.
Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk, dan sebagainya.
• Fikir ‘pulp’
• Judul harus satu perkataan saja.


Sila hantar sinopsis dan dua bab awal ke info@fixi.com.my (Amir Muhammad) untuk tindakan seterusnya!

PrintScreen : Luahan Dato' Chef melalui fanpage facebooknya.

Bagi yang masih ketinggalan atau belum sempat mengetahui hal sebenar berhubung isu Chef Riz dan rancangan realiti MasterChef Malaysia, sila klik link di bawah:

Chef Riz dituduh memalsukan profile dirinya?

Chef Wan bengang dengan tindakan anaknya.

Kat bawah ni merupakan luahan hati Dato Chef Wan tentang isu yang telah menimpa Chef Riz dan keluarganya. Apapun diharapkan DCW boleh bersabar. Suka dengan bebelan beliau. Orang tua katakan..




Sumber: Facebook Fanpage Dato Chef Wan


.

International News : Paris Hilton Kagumi Keindahan Bali

Ditulis 10 Nov 2011 pukul 09:26 oleh : Indonesia Travel 


Begitu mendarat di Bali, aktris, model, bintang reality show, dan sosialita asal Amerika, Paris Hilton mengungkapkan kegembiraannya. Melalui time line akun Twitter miliknya, Paris Hilton mengungkapkan kedatangannya di Pulau Dewata pada Rabu malam, 9 November 2011. Ia begitu senang karena ini merupakan kunjungannya yang pertama di Bali.

"Just landed in #Bali! So excited to be here for my first time! I've been wanting to come here forever! This is going to be amazing! #YES!" ungkap pewaris jaringan hotel Hilton dan bintang film House of Wax itu membocorkan.

Ungkapan Hilton tersebut lantas menjadi sebuah kejutan dan bahan perbicangan di situs microblogging terutama bagi penggemarnya di Indonesia. Tidak disebutkan di hotel mana Paris menginap tetapi melalui akunnya ia mengutarakan kekagumannya pada keindahan panorama, hotel, dan pelayanan massage dan spa di Bali. Berikut kutipan pernyataannya di Twitter. 

"Wow! Love the hotel I'm staying at here in #Bali. Absolutely incredible, total paradise right on the beach. So beautiful! Loves it!".

Just had the best massage & now laying out by the pool w/ @CheyCheyTozzi. Laughing & loving life! So much fun to have girl time together!

I love #Indonesia! #Bali rocks! True Paradise! So happy and relaxed! :) #YES!

I've traveled to some of the most beautiful places on Earth, but #Bali is one of the most incredible places I've ever been. Love it! #YES!

Kedatangan Paris Hilton ke Indonesia selain berlibur adalah untuk menghadiri pembukaan Rob Peetoom HairSpa Bali pada Kamis malam  (10/11/2011) yang berlokasi di kawasan Kerobokan Bali. Rob Peetoom merupakan penata rambut ternama asal Belanda. Paris datang sebagai tamu karena merupakan teman pemilik tempat tersebut.

Bali semakin mendunia setelah digunakan sebagai lokasi syuting film “Eat, Pray, Love” yang dibintangi Julia Roberts. Bukan saja artis Hollywood yang terlena keindahan Bali, terakhir pembalap dunia MotoGp,  Jorge Lorenzo (24) juga  terpikat dengan Bali, bahkan berencana membeli rumah pribadi di Bali.


Local News : 11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.
Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:
1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.
3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.
4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.
5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.
8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.
9)Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.
10)Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.
11)Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.

Fashion : Hana Tajima (10 gambar)

She's In Fashion

Local News : Chef Wan Berang Dengan Tindakan Chef Riz

Baca di sini < 
Chef Wan Berang Dengan Tindakan Chef Riz
PETALING JAYA: Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan anak lelakinya serta melemparkan kata-kata 'pedas' ekoran tindakan anaknya yang didakwa menipu mengenai pengalaman bekerja di luar negara dalam resumenya. Chef Wan berkata, anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz) yang kini menjadi juri dalam rancangan masakan popular di saluran Astro Ria, Master Chef Malaysia perlu menghadapi akibat daripada perbuatannya itu.Beliau telah memarahi anaknya lelaki tunggal itu pada malam Selasa lalu sambil menyifatkan tindakan Chef Riz itu lebih teruk daripada seorang pelajar yang menipu dalam kelas.“Sebagai orang dewasa, dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar. Satu perkara yang memalukan. Tapi nak buat apa, nasi sudah menjadi bubur,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.Sebelum ini, Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria. Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyatan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.Terbaru, resume terkini Chef Riz dilihat turut diubah dengan mengeluarkan nama dua restoran berkenaan sebaliknya beliau menulis pengalaman kerjanya sebagai Chef Eksekutif di MXM International, Restauran Marcos Italian dan Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan pengarah kulinari di Real Food Corporataion Meatworks Steakhouse. Dia turut memohon maaf atas ketelanjurannya dalam resumenya di laman sosial Facebook miliknya dan pihak Astro Ria juga dikatakan telah menerima penjelasannya dengan hati yang terbuka.Sementara itu, Chef Wan berkata anak sulungnya itu perlu memohon maaf kepada semua dan menerima tindakannya yang kurang bijak itu.“Bukan senang menjadi bapa ini, walaupun berat kita perlu cuba yang terbaik. Kita perlu ingat vabaran akan datang bertubi-tubi,” katanya dalam posting terbaru di akaun Facebooknya dan beliau turut cuba ditenteramkan oleh peminatnya yang mahukan dia memaafkan Chef Riz.

Sumber : mStar Online

Fashion : Gaddafi Fashion by Muammar Gaddafi (12 gambar)

Seluruh dunia sudah maklum tentang kematian Muammar Gaddafi, bekas presiden Libya yang telah memerintah 4 dekad lamanya. Namun terdapat satu keunikan yang terdapat pada diri beliau iaitu, Sense of Fashion. Barat menganggap Gaddafi Fashion ini sebagai Crazy Clothes. Mungkin Lady Gaga juga patut menerima selaran ini. Beliau amat cintakan Africa, lihat saja lencana berbentuk benua Africa yang terdapat di bahagian kiri pakaiannya. Malah beliau juga selalu dilihat memakai tenunan kain tradisional masyarakat Africa. So long Gaddafi!



Infographic : 10 kegunaan Marijuana (Bidang Perubatan) - 4 GambarGraphik

Dilaporkan marijuana mempunyai beribu lagi kegunaan di dalam bidang perubatan. Kali ini Blogpedia berkongsi info 10 kegunaan menggunakan marijuana ataupun ganja di dalam bidang perubatan. DAN JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN GANJA UNTUK TUJUAN PENAGIHAN DADAH!

K_LIK<

(KLIK UNTUK MEMBACA ENTRY SEPENUHNYA)

Photography - The Beauty of The Philippines (26 Gambar)



  • Whale Shark II - Lars Grepstad
  • Smiles Behind The Shadows - Paul Quimbao
  • What Hard Work - Carlo Leonardia
  • Lighting Over Manila - Brandon Hoover
  • Philipines 1 - Roman Isakov
  • Philippines 2 - Roman Isakov