Subscribe

Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Cahaya Aurora musim baru, Norway (3 gambar)

Tommy Eliassen seorang jurugambar amatur, menggunakan kamera nikon D700 dan lensa 14-24mm dan telah menunggu berhari-hari untuk gambar cahaya aurora musim baru ini. Gambar ini diambil di Ifjord, Finnmark (Norway). Cuaca hari-hari sebelum itu adalah keruh, menurut beliau. Dia bertuah kerana akhirnya mendapat gambar yang indah seperti ini. Ifjord mempunyai penduduk seramai 10 orang, terletak 130km dari bandar.

Smber: (LINK)

Erupsi Gunung Berapi Nyamulagira - Republik Congo (6 gambar)

Beruntungnya dapat melihat momen-momen erupsi gunung berapi. Terbaru 12 November yang Nyamulagira telah mula mengeluarkan lava, namun masih belum membahayakan. Ia terletak di Taman Negara Virunga, antara taman hutan yang tertua di Afrika. Sehingga kini Nyamulagira masih mengeluarkan lava tetapi tidak mengalir jauh dari situ. Walaubagaimanapun, pihak taman negara telah mengisytiharkan taman negara dan kampung sekitar dalam keadaan berjaga-jaga. Taman Negara Virunga terkenal dengan spesies cimpanzi dan gorila yang diancam kepupusan.

Pada masa yang sama, saintis dan kakitangan taman negara mula mendirikan khemah untuk tujuan kajian erupsi ini. Khemah untuk para pelancong juga disediakan.

Sumber : (link)

LINK menarik : (satu), (dua), (tiga)


Friday, 11 November 2011

Most Natural In The World : 7 Wonders Natural (10 gambar)


  • Rakyat jelata Australia telah berbangga kerana kawasan terumbu karang Great Barrier Reef telah dianugerahkan sebagai kawasan terumbu karang yang terbesar sekali dunia. Ianya boleh dilihat dari angkasa lepas dan dipercayai menjadi struktur tunggal yang terbesar dan terhasil daripada organisma hidup. Inya terdiri daripada 3,000 terumbu tunggal, 900 buah pulau dan berkeluasan 1, 616 kilometer. Ianya sudah dinobatkan menjadi sebuah Tapak Warisan Dunia dan dianggarkan akan menjana $1 billion setahun, hasil dari sektor pelancongan.




  • Walaupun dikatakan terdapat aktiviti penebangan hutan secara berleluasa di Hutan Amazon, tetapi ianya masih mempunyai kawasan seluas 2.7 juta kilometer persegi dan terletak rentasan di antara 9 buah negara. Ia juga mewakili lebih separuh daripada kawasan hutan hujan yang ada di planet ini. Hutan Amazon disaliri oleh sungai Amazon yang mana merupakan sungai yang terbesar di dunia dan dinobatkan sebagai kawasan lembangan saliran yang paling besar di dunia.