Subscribe

Sunday 13 November 2011

Stalking : Justin Bieber (9 pictures and his own updates)

Bermula hari ini Blogpedia akan menyiarkan 1 segmen khas yang diberi nama Stalking. Kami stalking gambar artis, personaliti, orang politik melalui akaun mereka sendiri dan kongsikan bersama anda. Mungkin inilah masanya untuk membuktikan artis kesayangan anda juga tahu buat muka duck-face. ok gurau. Mangsa stalking yang pertama oleh pelapor Blogpedia, Justin Bieber.

Sumber: Twitter Justin Bieber


Uncle & Auntie dari China nyanyi koir lagu Lady Gaga. (VIDEO)

Mula-mula kompius juga tgk intro sbb ramai amoi cina. Tgk tajuk orang2 tua, hah! Gila best clip ni, cuma tak tahan tgk tarian diorg. Set pentas pun canggih. Apapun, jom sama2 nyanyi la, miming kay.

AIM18: Yuna Terima Tiga Anugerah, Termasuk Anugerah Kembara

sumber: Mstar Online


Datuk Sheila Majid (tengah), Yuna (kanan) dan Najwa (kiri) bersama-sama dengan trofi masing-masing di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18, di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu malam. 
- Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menggondol tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada Sabtu. Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat.

Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pula dinobatkan sebagai penerima anugerah Album Terbaik menerusi The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid. Penyanyi Najwa membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Got To Go dan Artis Baru Terbaik menewaskan calon popular lain seperti James Baum dan Reza Salleh. Dalam pada itu, kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Anuar Zain dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) dimenangi oleh trio 3 Suara, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah melalui gandingan mereka di dalam Beribu Sesalan.


Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Anuar Zain.

Manakala, penyanyi Nora menerima anugerah Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Pedoman gandingannya bersama kumpulan VOU. Penerima anugerah lain adalah Adibah Noor untuk Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Rock Terbaik diterima oleh kumpulan API melalui lagu Pelita. Anugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada bekas Timbalan Pengarah Kanan EMI Music Asia Tenggara dan pengasas Pelindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Beh Suat Pheng atas sumbangannya selama lebih 35 tahun di dalam industri muzik tanah air.
Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu dihoskan oleh AC Mizal dan Zizan Raja Lawak.

Pelbagai persembahan menarik yang ditampilkan termasuklah gandingan dua bintang muda Youtube Amerika Syarikat dan Malaysia iaitu Greyson Chance dan Najwa Latif menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga. Manakala persembahan istimewa lain termasuklah Najwa, Yuna, Yassin, Mawi, Hafiz, 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor), Ezad Exists, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Elly AXL's.
Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah AIM18:
1. Artis Baru Terbaik : Najwa
2. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu - Ning Baizura, Jacyln Victor, Shila Amzah - Beribu Sesalan
3. Lagu Rock Terbaik - Lagu: Pelita /Komposer: Loque /Artis: API
4. Lagu Pop Terbaik - Lagu: Sedetik Lebih /Komposer: Edry Abdul Halim /Artis: Anuar Zain
5. Lagu Pop Etnik Terbaik - Lagu: Joget Tak Senang Hati /Artis: Adibah Noor
6. Lagu Nasyid Terbaik - Lagu: Pedoman /Artis: Nora Feat V.O.U
7. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Lagu: You Got To Go /Artis: Najwa
8. Video Muzik Terbaik - Lagu: Susun Silang Kata /Artis: Aizat Amdan /Pengarah: Ahmad Farish
9. Lagu Bahasa melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara - Lagu: Ku Menunggu /Komposer: Mery LC /Artis: Rossa
10. Anugerah Kembara - Yuna
11. Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Pheng
12. Artis Mobile Celcom Terbaik - Sixth Sense
13. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) - Anuar Zain - Sedetik Lebih
14. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) - Yuna - Penakut
14. Lagu Terbaik - Yuna - Penakut
15. Album Terbaik - Album: The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid /Artis: Sheila Majid.


11 November every year : Veteren's Day (20 photos and details)

Seorang anggota tentera sedang memainkan alat muzik trumpet bersebelahan dengan dinding yang mempunyai senarai anggota tentera yang hilang atau mati semasa bertugas ketika persiapan untuk Hari Veteran yang diadakan di sebuah tanah perkuburan Amerika Syarikt di Fort Bonafico, Manila (Filipina).

Seorang anggota tentera wanita sedang menahan sebak semasa memberi tabik hormat pada sebuah majlis memperingati tugas yang diadakan semasa berakhirnya misi ketenteraan mereka di Padang Tentera Udara, Kandahar pada Julai yang lepas.

Seorang pelawat sedang memegang sejambak bunga semasa memperingati Hari Gencatan Senjata di Memorial Perancis - Britith di Thiepval berhampiran Albert, utara negara Perancis. Memorial ini telah dibina untuk memperingati kira-kira 73, 000 anggota tentera dari negara Komanwel yang dipercayai hilang selepas pertempuran Somme semasa Perang Dunia Pertama.

Greyson Chance at Blue Carpet AIM 2011 - 6 gambar



Link lain AIM 2011

International News : Drama tebusan feri Turki berakhir (via Berita Harian)

Sumber: via Berita Harian


Pemberontak Kurdis ditembak mati


ISTANBUL: Seorang pemberontak Kurdis yang merampas sebuah feri dengan 24 penumpang ditembak mati awal semalam manakala semua tebusan berjaya diselamatkan selepas menempuh saat menakutkan selama lebih 12 jam, kata pihak berkuasa. 

“Tidak lama selepas pasukan keselamatan Turki memulakan operasi, perampas berjaya dibunuh,” kata Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu, kepada stesen televisyen NTV.
Beliau berkata, perampas berusia 30 tahun itu adalah anggota pertubuhan militan, merujuk kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. Mutlu menambah lelaki itu turut membawa bahan letupan.

Feri berkenaan, yang dinamakan Kartepe, dirampas kira-kira jam 5.35 pagi waktu tempatan di laut Marmara. Pemimpin PKK, Abdullah Ocalan dipenjarakan di pulau berkenaan. 

Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim, sebelum itu menyatakan ada empat atau lima perampas, tetapi Mutlu berkata hanya seorang yang terbabit dalam rampasan itu. 

“Semua penumpang dan krew selamat,” tambah Mutlu, ketika rakaman televisyen menunjukkan mereka dipindahkan dengan bot. 
Pasukan keselamatan yang bertindak atas arahan Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin, menaiki feri itu di luar pantai Silivri, di barat Istanbul. 

Yildirim berkata, 18 penumpang, lima daripada mereka wanita, empat krew dan dua pelatih berada di dalam feri terbabit, yang sedang dalam pelayaran biasa di utara Laut Marmara apabila ia dirampas. 

Datuk Bandar Ismail Karaosmanoglu, memberitahu rangkaian televisyen NTV perampas memberitahu kapten feri terbabit dia cuma mahukan publisiti media. 

Yildirim menambah perampas turut meminta makanan dan minyak menerusi kapten kapal itu. 

Bahan letupan yang ditemui pada perampas itu akan dianalisis oleh pakar bom. Perkhidmatan bot dan feri antara Istanbul dan Yalova, dibatalkan selepas serangan itu, lapor media. 

Pulau Imrali, lokasi Ocalan ditahan, terletak kira-kira 120 kilometer ke barat daya tempat rampasan dilakukan. Media Turki berkata, perampas merancang menuju ke pulau berkenaan. 

“Kawalan keselamatan dipertingkatkan sekitar pulau Imrali, lokasi pemimpin PKK, Abdullah Ocalan, yang tidak dibenarkan bertemu peguamnya sejak ditahan selama berbulan-bulan,” lapor agensi berita pro-Kurdis, Firat. – AFP 



*****
Makanan Terkenal di dunia.

International News : SEA GAMES 2011, Jakarta (OPENING CEREMONY) - 9 gambar


Tahun 2011 menyaksikan sekali lagi temasya Sukan Asia Tenggara kali ke 26 (SEA GAMES 2011). Kali ini Indonesia menjadi tuan rumah kepada temasya ini, manakala Palembang dan Jakarta merupakan pusat utama perlawanan-perlawanan Sukan SEA kali ini. Ini merupakan kali keempat Indoneia menjadi tuan rumah dan kali terakhir Indonesia menjadi tuan rumah Sukan SEA adalah pada tahun 1997. Sebagai tambahan maklumat, sejurus 2 minggu selepas Sukan SEA ini tamat, Sukan ParaASEAN ke 6 pula akan diadakan di negeri Surakarta (SOLO), Jawa Tengah, Indonesia. Sukan ini merupakan sukan untuk atlit kurang upaya.

Saksikan kemeriahan Opening Ceremony SUKAN SEA ke 26 yang telah berlangsung di Jakarta pada 11 November 2011 yang lepas.


Local News : Tiga beradik dibantu Dr. Rozmey

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS



ALOR SETAR – Kesedihan tiga beradik yatim piatu selepas kehilangan ibu yang maut dalam kemalangan awal pagi kelmarin sedikit terubat apabila mereka diambil sebagai anak angkat oleh seorang pengusaha produk kesihatan terkenal.
Presiden dR. Rozmey Group, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, beliau akan menanggung segala perbelanjaan sara hidup bulanan termasuk belanja sekolah tiga beradik itu.
“Saya berhajat untuk mengambil tiga beradik ini sebagai anak angkat dan perbelanjaan sara hidup setiap bulan akan saya tanggung.
“Sekiranya ketiga-tiga beradik ini cemerlang dalam pelajaran dan mahu melanjutkan pengajian ke universiti, saya juga akan tanggung perbelanjaan untuk menghantar mereka ke sana,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke rumah Abdullah Hassan, 66, bapa saudara kepada tiga beradik yatim piatu iaitu Muhd. Iqmal Roslan, 16; Muhd. Kamil Rizman, 14; dan Muhd. Kamil Radzuan, 13, di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.
Ibu mereka, Basarah Saad, 45, yang merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Alor Teja, Tajar di sini, maut akibat dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Behrang, Perak.
Basarah terkorban selepas dia turun dari bas yang dinaikinya untuk membantu mengeluarkan rombongan sekolah yang terperangkap dalam sebuah bas lain yang terbalik.
****

Local News : Ongkili 'Belasah' Ambiga (dengan selamba)

Ongkili 'belasah' Ambiga



KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.
Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.
Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.
Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya.

**

15 Masjid Terbesar di Dunia (15 Gambar)

Masjid merupakan tempat ibadah bagi umat Islam. Keberadaannya sangat vital sekali. Bahkan dibeberapa tempat, masjid dibangun dengan cukup besar, harapannya adalah agar mampu menampung jamaah yang banyak saat beribadah. Dan inilah 15 masjid terbesar di dunia. (klik)

1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi


2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi

Ziana Zain & Daniella Daniel ( Blue Carpet 2011) - 10 gambar

Sumber : www.budiey.com


Neelofa dan Yuna (Blue Carpet AIM 18) - 12 Gambar

Sumber : Budiey.com

(KLIK untuk ENTRY SEPENUHNYA)

Design : Asal usul logo-logo di sekitar kita. LOL (10 logo)