Subscribe

Monday 12 December 2011

Urutan badan cara Thai (8 gambar)

Wuhai! Siap buat aksi akrobatik lagi. Dekat Malaysia banyak juga pusat-pusat urut yang mengamalkan cara Thai untuk perkhidmatan mengurut mereka. Harga yang ditawarkan pun agak berpatutan, tetapi terpulang kepada kemampuan tukang urut untuk memberi hasil urutan yang berbaloi. Ahaks! Sila klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.



Takut melihat Santa Claus (8 gambar)

Lawatan untuk melihat Santa Claus seharusnya menjadi acara kemuncak keseronokan perayaan Krismas untuk kanak-kanak.Tapi tak semua kanak-kanak berani   itu duduk di pangkuan Santa Claus sambil mengambil gambar kenangan. Ada yang menangis dan cuba untuk lari apabila melihat wajah Santa Claus yang mempunyai raut wajah yang besar. Haha..Sila klik tajuk post dan melihat wajah kanak-kanak ini ketika berada di dalam pangkuan Santa Claus.

Hiasan rumah bertemakan merah untuk Krismas. Tekan SINI.


Taman Negara Erawan, Thailand. (4 gambar)

Taman Negara Erawan ini terletak di Kanchanaburi, barat negara Thailand. Taman negara ini meliputi 550 kilometer persegi gunung ganang dan lembah. Erawan mempunyai air terjun yang bertingkat-tingkat dan merupakan antara air terjun yang tercantik di Asia Tenggara. Erawan bermaksud gajah putih berkepala tiga mengikut mitos Hindu. Uniknya, pada musim panas kawasan ini akan berkeadaan sejuk di antara bulan November sehingga Febuari. Selain tarikan air terjun, di sini juga terdapat 4 buah gua iaitu Gua Mi, Gua Rua, Gua Wang Bahdan dan Gua Phartat. Kawasan taman negara ini juga mempunai pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang ditemui di kawasan lain. SIla klik tajuk post untuk melihat entry sepenuhnya.

KLIK DI SINI.


Replika kambing yang ditakuti (3 gambar kambing hijau)

Kadang-kadang di sudut bumi mana sekalipun, manusia selalu tidak mengamalkan berfikiran secara kritis. Apakah manusia sudah malas untuk berfikir? Inilah yang terjadi kepada sebilangan penduduk di Shoreham-by-Sea. Sekumpulan replika kambing biri-biri telah diletakkan di sebuah bulatan jalan. Pemandu di kawasan sekitar daerah itu membuat aduan tentang kewujudan kambing biri-biri yang disangkakan hidup dan berpendapat sekiranya kambing-kambing itu tidak ditangkap, ia boleh mengakibatkan kemalangan.

Kemudian bila pihak berkuasa mewarna kambing-kambing replika tersebut dengan warna hijau, keadaan ini menyebabkan pemilik kenderaan terkejut dan terpaksa brek mendadak. Laporan demi laporan diterima oleh pihak berkuasa yang telah meminta kambing-kambing tersebut dilepaskan di tempat yang sesuai. Yang sebenarnya, kehadiran kambing palsu tersebut merupakan sebahagian daripada tajaan oleh pihak taman negara di daerah itu.

Isu kambing palsu ini telah menjadi bualan hangat di dalam forum-forum internet di kalangan mereka yang tinggal dan melalui jalan itu setiap hari. Hahahah. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Tertawa riang sebelum dihukum mati, China (5 gambar)

He Xiuling baru berusia 25 tahun ketika menjalani hukuman tembak di belakang kepala selepas disabitkan kesalahan mengedar dadah di China. Melihat kepada gambar-gambar di bawah, Xiuling telah meminta pakaian t-shirt berwarna hitam untuk tampil 'kurang gemuk' ketika menerima hukuman. Beliau dilihat sering ketawa dan berjenaka ketika masa-masa terakhir beliau sebelum menghadapi hukuman tersebut. Namun dia dilihat menangis ketika sedang berjalan menuju ke padang hukuman. Xiuling berasal dari kawasan desa yang telah menjadi 'keldai dadah' selepas diperdaya oleh teman lelakinya. Yang mengharukan, apabila dia mempercayai dia hanya menerima hukuman ringan penjara selama 15 tahun.

Xiuling tidak bernasib baik apabila permohonannya meminta hukumannya diringankan telah ditolak oleh kerajaan China. Selepas 9 bulan melalui proses pertuduhan, Xiuling akhirnya dihukum mati dengan ditembak dari belakang kepala. Teman lelakinya masih bebas sehingga kini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

My Private Moon yang owsehm. (17 gambar)

Saya dah puas dah cari details pasal My Private Moon ni. Tak jumpa-jumpa lagi info pasal gambar-gambar ni. Kebanyakan website yang saya jumpa pun hanya mempamerkan gambar-gambar BULAN ini. Seronok sangat, kalau boleh saya pun nak la juga benda ni. Oklah selamat menikmati gambar-gambar. Sila tekan klik pada tajuk post untuk melihat entry penuh.

Tolong bagi 1 klik dekat SINI.


Fashion: Clutch Purse / Dompet klac (20 gambar)

Dompet wanita boleh didapati di mana saja di dalam pelbagai bentuk dan harga. Perubahan demi perubahan berlaku dalam gaya dan tekstur yang berkaitan dengan musim dan tata fesyen yang lain. Bermula dari tas bahu sehinggalah ke beg galas, beg sememangnya direka khas untuk kegunaan seharian dan jangka masa yang tertentu. Tetapi dompet klac merupakan beg yang sesuai digunakan sepanjang masa. Jika sebelum ini kita melihat clutch dipakai ketika menghadiri majlis makan malam, sekarang tidak lagi apabila pereka beg mula memperkembangkan lagi idea seni pembuatan beg clutch ini.

Klac datang dalam bentuk kotak persegi, segi tiga, bentuk jantung, ditutupi dengan satin, manik atau hiasan lain serta mempunyai compartment yang minimal. Biasanya dibuat dari kulit, gentian plastik mahupun fabrik. Secara ringkas, beg atau dompet mula dipakai sejak zaman Babylon ketika menghadiri upacara keagamaan. Pada zaman itu, orang beranggapan bahawa mempunyai dompet adalah suatu trend menunjukkan kemampuan di mana secara logiknya beg digunakan untuk membawa wang dan barang-barang berharga.

Kemudian pada awal tahun abad ke 18, wanita mula membawa rekaan beg tangan yang moden antaranya seperti clutch. Dan sehingga kini, clutch masih menjadi pilihan wajib ada di dalam senarai aksesori para wanita. Kunci, selfon, pen, wang, alat solek disimpan seminima mungkin di dalam clutch. Sila klik tajuk post untuk melihat clutch yang menarik menerusi Blogpedia2u. Selamat melihat-lihat!