Subscribe

Monday 12 December 2011

Tertawa riang sebelum dihukum mati, China (5 gambar)

He Xiuling baru berusia 25 tahun ketika menjalani hukuman tembak di belakang kepala selepas disabitkan kesalahan mengedar dadah di China. Melihat kepada gambar-gambar di bawah, Xiuling telah meminta pakaian t-shirt berwarna hitam untuk tampil 'kurang gemuk' ketika menerima hukuman. Beliau dilihat sering ketawa dan berjenaka ketika masa-masa terakhir beliau sebelum menghadapi hukuman tersebut. Namun dia dilihat menangis ketika sedang berjalan menuju ke padang hukuman. Xiuling berasal dari kawasan desa yang telah menjadi 'keldai dadah' selepas diperdaya oleh teman lelakinya. Yang mengharukan, apabila dia mempercayai dia hanya menerima hukuman ringan penjara selama 15 tahun.

Xiuling tidak bernasib baik apabila permohonannya meminta hukumannya diringankan telah ditolak oleh kerajaan China. Selepas 9 bulan melalui proses pertuduhan, Xiuling akhirnya dihukum mati dengan ditembak dari belakang kepala. Teman lelakinya masih bebas sehingga kini. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.


0 comments:

Post a Comment