Subscribe

Friday 16 December 2011

Untuk lelaki: Fesyen rambut lelaki mengikut style lelaki Colombia (15 gambar)

Menurut sumber, gambar-gambar di bawah merupakan fesyen terkini bagi lelaki-lelaki di Colombia. Golongan ini juga dikenali sebagai Cholombians.Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Hadiah Xmas dari Nuffnang.

Busana Melayu di dalam majlis perkahwinan gay (3 gambar)

Nampak laman web perkahwinan gay ni dekat wall facebook. Amat sayu hati apabila busana Melayu dipakai di dalam majlis perkahwinan songsang ini. Semoga lelaki Melayu ini diluruskan jalan hidupnya. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh. :)


Menghias ruang rumah dengan perabot vintage. (35 gambar)

Selain daripada fesyen pakaian, orang yang suka idea stuff vintage ni juga kadang-kadang suka sehingga ke bahagian perabot pula. Item seperti kabinet, bakul kain, tong sampah, sangkar burung, beg tangan, teko dan pelbagai lagi. Sila klik tajuk post untuk melihat peralatan dan perabot vintage yang menarik ini.

Derma 1 klik untuk iklan ini.

Melawat ke kem latihan penyerang berani mati Taliban, sempadan Afghanistan. (8 gambar).

Sebelum ini Blogpedia telah menyiarkan pengalaman jurugambar Barat untuk menyelami dunia Yakuza di Jepun selama 2 tahun. Beliau telah diberi peluang untuk mengambil gambar dan menulis sedikit tentang ritual-ritual dan cara kehidupan minoriti Yakuza tersebut. Kepada yang belum membaca entry tersebut, korang boleh dapatkan ianya di SINI.

Pusat barangan APPLE terbesar di New York City. (10 gambar)

New York kini telah mendapat lagi sebuah tarikan pelancong mahupun orang awam yang menakjubkan. Mereka yang obses dengan barangan Apple kini wajib untuk melawat ke pusat runcit Apple di Terminal Grand Central di Manhattan. Di hari pelancaran, beratus-ratus orang sanggup beratur serta berkhemah semalaman demi mendapatkan gajet yang diimpikan. Mempunyai saiz 23, 000 kaki persegi, Apple juga mempunya stesen servis standard Apple, dua Bar Genius, ruang untuk menyimpan barang peribadi pelawat, bilik latihan mahupun ruang khas untuk mempelajari penggunaan produk dari Apple. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Once Upon A Time : Wajah depan website popular di dunia dulu-dulu. (9 gambar)

Internet mula bangkit pada tahun 90-an. Saya sendiri mula menggunakan internet seawal tahun 1995. Saban masa, internet sentiasa bertukar wajah demi mengaut keuntungan melalui talian maya ini. Pelbagai jenis medium telah wujud di dalam internet seperti evolusi media sosial, e-dagang dan hiburan melalui video.


Untuk akses ke website, kita perlu melalui frontpage atau pintunya terlebih dahulu. Entry kali ini ialah kita melihat semula interface yang mula-mula sekali digunakan oleh website popular di internet. Sila klik tajuk post untuk melihat post penuh.




  • While the company's design doesn’t seem to have changed a whole lot, its services and capabilities sure have. Created by Stanford PhD students Sergey Brin and Larry Page, Google officially launched Sept. 4, 1998. The interface was so simple because the founders didn’t know HTML and were looking for a quick design.

Fashion: Fesyen Pelajar tahun 1969

Ohoiii.. dah lama dah. Tapi kita boleh dapatkan idea mix and match bentuk, fabrik dan style dari fesyen pada zaman 1969 tu. Sekarang ni pun sebenarnya fesyen tema vintage dah popular semula. Untuk pengetahuan peminat fesyen semua, sebenarnya tema vintage tidak pernah mati dan dijangkakan akan evergreen sepanjang zaman. So, what would you say? SIla klik tajuk post dan melihat entry sepenuhnya. Pakaian dorang dulu sopan-sopan la juga kan? Bell Bottom is FTW.

Melancong ke angkasa menjelang 2016, Rusia. (6 gambar)

Kalau korang pernah bercita-cita hendak menjadi angkasawan tapi tak dapat, korang ada peluang kedua lagi untuk bermimpi tinggi di awanan. Ehem..Beberapa hari yang lepas, Rusia telah mengumumkan rancangan untuk membina hotel di angkasa sejauh 217 kilometer dari paras bumi. Hotel angkasa ini akan menempatkan 7 tetamu di dalam empat kabin di dalam satu masa dan kabin ini juga mempunyai tingkap yang besar untuk melihat pemandangan Bumi. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Hospital bersalin bertemakan Hello Kitty, Taiwan. (4 gambar)

Ini mungkin cerita slowpoke juga. Hahaha. Kita biasa melihat obses manusia pada Hello Kitty dari segi perhiasan rumah, perhiasan kereta dan macam-macam lagi. Di Taiwan, sebuah hospital bersalin bertemakan Hello Kitty telah dibina dengan tujuan untuk mengurangkan tekanan ibu ketika bersalin. Bermula dari selimut sehinggalah sijil kelahiran bayi dan juga pakaian seragam yang dipakai oleh kakitangan hospital, semuanya bertemakan Hello Kitty. Lif dan dinding hospital juga lengkap dengan poster watak Hello Kitty dan berwarna merah jambu.  Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Atendan penerbangan mak nyah, Thailand (6 gambar)

Golongan mak nyah atau transeksual di Thailand kini berpeluang menjawat jawatan sebagai atendan penerbangan (baca: pramugari (wanita) atau pramugara (lelaki). Sebuah syarikat penerbangan Thai, PC Air, telah mengupah golongan ini selepas sebelum ini hanya mengupah atendan penerbangan lelaki dan perempuan sahaja. Mengambil iniasitif positif, PC Air mengambil langkah menerima 4 orang atendan transeksual selepas menerima lebih daripada 100 permohonan. Klik tajuk post untuk berita penuh.

Serangan berani mati Hari Asyura, Afghanistan. (13 gambar)

Semasa hari Asyura awal Disember lepas di Aghanistan, negara itu dikejutkan dengan serangan pengeboman berani mati yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 59 orang awam. Menurut laporan, kedua-dua letupan  telah disasarkan kepada pengikut mazhab Syiah dan serangan ini disifatkan sebagai serangan mazhab yang pertama sepanjang satu dekad ini. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.