Subscribe

Thursday 5 January 2012

Binaan LEGO berdasarkan perkara hits tahun 2011 (10 gambar)

Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

  • April 2011 - The Royal wedding
  • May 2011 - US president Barack Obama and his national security team were picture in a now famous photo watching the mission to kill Osama bin Laden unfold in real time.

Tikus, alat pengesan periuk api di Mozambique (8 gambar)

Pernah dengar ayat 'Tidaklah sesuatu ciptaan Allah itu adalah sia-sia'? Begitulah juga dengan haiwan kebenciaan ramai orang. Tikus telah bekerja sebagai pengesan periuk-api yang beratus-ratus lagi masih tertanam di sekitar negara Mozambique. Semenjak berakhirnya perang di negara itu pada tahun 1992, setiap bulan dicatatkan purata sebanyak 20 kes kecederaan atau kematian dilaporkan. Dilaporkan 60% sebahagian daripada penduduk negara itu berharapkan kepada tanah untuk menjana ekonomi mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan risiko periuk api setiap hari demi sesuap nasi.

Mozambique telah menemui cara paling berkesan dan murah untuk mengatasi masalah tinggalan periuk api yang bersepahan di negara itu. Tikus-tikus yang digunakan telah dilatih sekurang-kurangnya selama 9 bulan di pusat latihan. Ini kerana tikus mempunyai deria bau yang sangat bernilai manakala jisimnya pula cukup untuk tidak meletupkan periuk api yang masih tertanam. DIlaporkan sekumpulan tikus boleh membersihkan seluas 200 meter persegi kawasan yang disyaki dalam tempo masa 2 jam sahaja.

Sebagai ganjaran setiap kali menemui periuk api yang aktif, mereka akan diberikan pisang. Dilaporkan pada tahun 2008 dan 2009 sebanyak 30 ekor tikus telah ditauliahkan dan mereka digelar sebagai Hero Rats. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Vintage : Mesin Taip Chromatik yang boleh mewarna (3 gambar)



Pelukis Tyree Callahan dari Amerika Syarikat telah mengubasuai sebuah mesin taip chromatic 1937, menggantikkan huruf-huruf pada mesin taip tersebut kepada kandungan warna termasuk level hue sebagai fungsi mesin taip-mewarna. Inovasi ini telah dihantar turut serta ke Anugerah Barat 2012 (2012 West Prize) baru-baru ini. Pertandingan itu diadili menerusi tindakan vote paling banyak.

 Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Binaan Gereja di dalam pokok, Perancis (6 gambar)

Gereja yang unik ini terletak di sebuah perkampungan kecil orang Perancis Allouville-Bellefosse, di mana telah menjadikan sepohon pokok oak sebagai binaan utamanya. Sebenarnya ia merupakan pokok oak semulajadi. Di bahagian dalam pokok ini mengandungi 2 bahagian tempat bersembahyang. Tidak siapa tahu berapakah usia sebenar pokok oak ini tetapi dijangkakan ianya berusia 800 hingga 1, 200 tahun.

Dikatakan pada sekitar tahun 1600, pokok oak ini telah dipanah petir sehingga sebahagian pokok ini telah terbakar terutama di bahagian luar dan tengah. Tetapi pokok ini tidak musnah, malah beberapa hari kemudian ia mulai mengeluarkan tunas-tunas baru. Pokok yang dianggap unik ini telah ditemui oleh penduduk kampung dan menganggap kejadian tersebut adalah sebuah keajaiban. Mereka  mula membina gereja di dalamnya dan memanggil kawasan ini adalah kawasan Notre Dame de a Paix (Our Lady Of Peace) da Chambre de I'Ermite (Hermit' Room). Walaubagaimanapun semasa Revolusi Perancis, pohon ini telah mendapat kecaman hebat oleh generasi revolusi. Terdapat cubaan untuk memusnahkan pokok dan gereja ini.

Tetapi berikutan peredaran masa dan perubahan cuaca tidak menentu telah menjadikan pohon setinggi 33 kaki ini mungkin tidak dapat bertahan lagi. Terdapat beberapa bahagian 'tubuh' gereja ini terpaksa menggunakkan sokongan kayu agar tidak musnah dalam jangka masa yang cepat. Sebagai tambahan maklumat, sebuah festival yang dipanggil Feast of The Assumption of The Virgin akan diadakan pada 15 Ogos setiap tahun. Sila klik tajuk post untuk berita lanjut.

Keadaan selepas serangan bom atom ke atas Hiroshima & Nagasaki (20 gambar)

Jepun telah mengadakan ulangtahun ke 65 untuk tragedi bom atom tentera Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Rasa gerun tengok gambar-gambar selepas kedua-dua bandar utama itu telah dibom. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Pada 6 Ogos 1945 semasa Perang Dunia Kedua, pihak tentera Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom atom ke atas bandar Hiroshima, Jepun. Dianggarkan sebanyak 140, 000 orang telah terbunuh sepanjang sebulan tersebut selepas pesawat pejuang American B-29 Enola Gay telah mengebom kawasan bandar padat tersbeut. 3 hari kemudian, 80, 000 nyawa terkorban apabila tentera Amerika Syarikat juga mengebom bandar Nagasaki juga. Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Semenjak tragedi bom atom tersebut, semua senjata nuklear telah diharamkan di seluruh dunia.


Bila ahli politik bergaduh di dalam parlimen (10 gambar)

Inilah yang akan terjadi bila ahli politik tak berapa matching pendapat sesama mereka. Ingat budak-budak je boleh gaduh. Ini belum lagi kalau 'top-top perang' yang masuk campur. Hahaha. Ok guys, no harm. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.




Wedding Colors: Kelabu + Kuning

Jangan tipu girlfriend gila anda. (6 gambar)

Ouch !!!

Encik Philosoraptor

Keadaan-keadaan yang tak berapa bijak (8 gambar)

Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Festival Seni Gothik, Jerman (10 gambar)

Ada sesapa reader sini peminat dunia gothik tak? Saya minta maaf kalau frasa yang digunakan dalam entry ni adalah tidak tepat. Kurang pasti pasal dunia gothik ni. Apapun saya nak kongsikan sebuah festival seni gothik yang dipanggi Wave Gotik Treffen Festival yang diadakan setiap tahun di Jerman. Festival seni ini merupakan sebahagian daripada intipati muzik 'gelap' dan merupakan acara terbesar di dunia dari majoriti Goth. Beratus band dan artis dari pelbagai latarbelakang akan mengambil bahagian menyertai festival ini pada setiap tahun. Selain daripada konsert nyanyian, festival ini juga mengadakan pameran seperti barangan dari zaman pertengahan, konsep gothik serta kebudayaan masyarakat itu sendiri. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.


Dunia Makro Pasir Pantai (5 gambar)

Mungkin sebelum ini kawan-kawan dihidangkan gambar-gambar makro seperti kuman, fauna dan flora. Kali ini The Blogpedia akan menghidangkan dunia makro pepasir di pantai pula. Gila cantik bentuknya. Subjek di bawah telah melalui proses pemakroan sebanyak 250 kali. Pasir yang terdapat di pesisir pantai merupakan berasal dari pecahan coral, siput atau material dari gunung berapi seperti sisa volkano. Semua pecahan pasir ini terjadi secara biologikal seperti hempasan ombak, hakisan dan lain-lain lagi. Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Copy Paste : Fountain bridge in Seoul


Betulkah anjing boleh memakan apa saja? (13 gambar)

Mengejutkan! Saya pernah tengok doktor haiwan mengeluarkan sisa pepejal plastik dari kerbau-kerbau di India, tetapi ini kan anjing! Inilah hakikatnya, anjing juga boleh memakan apa saja. Barang kemas, plastik? Ianya lebih dari itu! Dikatakan, anjing boleh memakan apa saja yang menjadi bahan permainannya! Gambar-gambar entry ini menunjukkan sejauh mana kebenarannya. Sila klik tajuk post untuk entry penuh! Anda pasti terkejut!

Populasi pelik obor-obor menutup pusat reaktor nuklear (10 gambar)

The Blogpedia pernah melaporkan tentang fenomena rumpai laut yang pelik di SINI. Kali ini The Blogpedia berkongsi pula fenomena populasi obor-obor yang dianggap pelik. Sila klik tajuk post untuk entry penuh. Jumlah populasi obor-obor ini dikatakan menghasilkan fenomena yang pelik sehingga boleh menyebabkan beberapa pusat reaktor nuklear di Jepun, Scotland dan Israel telah ditutup. Ini berikutan apabila loji-loji ini telah mengambil air dari laut atau sungai-sungai yang berkaitan untuk menyejukkan reaktor mereka. Tetapi sejumlah ribuan obor-obor telah ditemui di dalam saluran penyejukan tersebut sehingga tersumbat.

Menurut laporan, populasi massive ini berlaku kebiasaannya pada musim panas dan musim bunga. Setengah saintis berkata, suhu air laut pada masa itu akan meningkat serta perubahan iklim pada masa itu juga boleh meningkatkan jumlah populasi haiwan ini.

Copy Paste : What people think success looks like

sumber

Sekolah Elit Sukan di China (15 gambar)

Terdapat banyak benda yang menarik dari negara China yang telah dilaporkan di The Blogpedia kan? Teringin juga saya hendak kongsikan dari negara yang lain. Rata-rata rujukan saya juga mempamerkan banyak paparan dari negara China. Kali ini mari kita tinjau sekolah sukan elit di negara besar itu. Difahamkan sukan merupakan 'perniagaan' yang sangat diambil kira. Salah sebuah sekolah elit tersebut adalah Sekolah Shichahai yang melatih lebih dari 300 elit. Terdapat kontroversi yang mengatakan sejumlah peruntukan khas telah disediakan oleh kerajaan negara China untuk melahirkan atlit elit bertaraf sukan Olimpik.

Latihan sukan bermula pada usia yang muda. Ibubapa mula menghantar anak mereka di antara 6 hingga 18 tahun ke sekolah-sekolah sukan khas ini. Walaubagaimanapan saringan akan dibuat untuk mengambil bakal pelajar yang benar-benar diyakini boleh mencapai sasaran yang digariskan. Di seluruh negara, China telah mencatatkan seramai 600 orang pelatih yang berusia antara 6 hingga 18 tahun. Pada sebelah pagi mereka akan melalui sekolah harian biasa, manakala 4 jam di sebelah petang akan diperuntukkan untuk latihan sukan. Ibubapa juga hanya dibenarkan melawat anak-anak mereka pada setiap hujung minggu, tetapi ada juga yang sanggup berpisah jauh semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya di dalam sukan Olimpik di samping mengaut ganjaran mewah sekiranya memenangi sebarang pertandingan. Yang menariknya, ibu bapa para atlit yang sangat berpotensi dan miskin akan diberikan sebuah rumah yang dibina di kapung halaman mereka. Ini telah menjadi tanggungjawab oleh Biro Sukan Tempatan sebagai sokongan moral kepada atlit.

Sila klik tajuk post untuk melihat bagaimana latihan mereka dilakukan.

Wedding Colors: Mustard, Kelabu + Putih

Melawat ke penjara negara Norway (10 gambar)

Dikatakan, kebanyakan penjara di negara-negara Eropah tidak melaksanakan hukuman mati. Seperti contoh seorang penjenayah bernama Anders Behring Breivik (32 tahun) telah disabitkan kesalahan membunuh ke atas 100 nyawa di Norway hanya akan menjalani hukuman penjara maksimum selama 21 tahun dan akan dibebaskan selepas itu. Ini bermakna dia akan berusia 53 tahun ketika selesai menjalani hukuman maksimum tersebut. Di Norway, penjara maksimum adalah selama 21 tahun SAHAJA.Walaubagaimanapun, mengikut sumber terbaharu, hukuman penjara tersebut boleh dipanjangkan lagi mengikut keadaan semasa banduan terbabit. Contohnya sekiranya banduan tersebut mempunyai masalah mental dan mendatangkan risiko selepas dibebaskan, banduan tersebut akan dihantar ke sebuah institusi penjara yang lain.

Menurut kajian, rakyat Norway mempunyai jangka hayat purata 81 tahun. Ini bermakna, Anders mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup bebas di luar. Yang buat seronoknya ialah fasilitis yang terdapat di dalam penjara. Korang tengok sendiri dengan menekan tajuk post. Seperti sebuah bilik asrama universiti!

Hello.

Seni Potongan Daun oleh Lorenzo Duran (5 gambar)

Amazing dan sangat super! Itulah yang mampu dikatakan apabila melihat hasil seni oleh Lorenzo Duran. Hasil tangan ini boleh dijadikan hadiah istimewa mana-mana hari peristiwa pun. Potongan-potongan halus yang dilakukan adalah sangat teliti dan sudah pasti memerlukan passion seni yang sangat dalam. Artis seni dari Sepanyol itu mengatakan sebelum memotong daun-daun tersebut, beliau terlebih dahulu akan mengeringkan di dalam acuan khusus untuk mendapat bentuk yang bagus. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.