Subscribe

Wednesday 23 November 2011

Jakarta Fashion Week (12 rekaan baju ohwsem!)

Pada 12 hingga 18 November 2011 yang lepas, Minggu Fesyen Jakarta telah diadakan dengan jayanya di Pacific Place Shopping Mall, Jakarta Selatan. Minggu Fesyen Jakarta merupakan festival tahun yang diadakan untuk mempamerkan bakat-bakat industri kreatif dari negara Indonesia. Matlamat utama festival ini juga adalah sebagai menjadikan kotaraya Jakarta sebagai hub fesyen bertaraf global. Penggemar fesyen, media tempatan dan asing, golongan sosialis, selebriti dan orang awam telah datang menjayakan majlis ini. 

Lebih 150 pereka tempatan, serantau dan antarabangsa telah mengambil bahagian di dalam Minggu Fesyen Jakarta ini. Pereka berprofil tinggi seperti Biyan, Oscar Lawalata, Tex Saverio, Ghea Panggabean, Sebastian Gunawan dan Sally Koeswanto juga mengambil bahagian mempamerkan koleksi terbaru mereka.

Minggu Fesyen Jakart 2012 ini sepenuhnya dianjurkan dan dihoskan oleh Azura Activation Company, merupakan salah sebuah anak syarikat Femina Group yang telah aktif sejak tahun 1971 di dalam mempromosikan industri fesyen Indonesia sama ada melalui editorial dan acara-cara yang lain. KLIK tajuk post untuk melihat 12 jenis rekaan, sebahagian dari hasil rekaan dari Indonesia ini. Cantik!!!

Pembedahan panjangkan kaki



SEPANJANG menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah, Sara Vornamen yang kini berumur 29 tahun kerap menjadi bahan ejekan rakan-rakan kerana ketinggiannya yang hanya 152 sentimeter. Pelbagai gelaran menghina seperti pendek diberikan kepadanya dan ejekan itu berterusan sehingga wanita berkenaan memasuki alam pekerjaan sebagai seorang peguam. Walaupun pengalaman itu turut dikongsi mereka yang mempunyai ketinggian rendah tetapi Vornamen mengambil keputusan nekad untuk melalukan sesuatu yang dramatik bagi mengubah hidupnya.

Berbekalkan tekad itu, beliau mendaftar diri di sebuah hospital ribuan kilometer dari Britain di sebuah kawasan terpencil di Siberia untuk menjalani pembedahan. Pembedahan kosmetik yang pada era perubatan moden terkini masih dianggap kontroversi itu melibatkan pemotongan tulang kaki untuk menambahkan ketinggian pesakit. Bagi Vornamen, impiannya tercapai dan kini dia memiliki lebih keyakinan diri selepas berjaya menambah ketinggian sebanyak 7.6 sentimeter.
Berikutan sebab tersebut, klinik di bandar Kurgan, di kawasan paling terpencil di Eropah Timur menjadi terkenal dengan teknik pembedahan kerangka Ilizarov yang menjanjikan penambahan ketinggian sehingga 30.48 sentimeter. Sejak sedekad lalu, sebanyak 10,000 pesakit, kebanyakannya dari negara maju termasuk Britain, Australia dan Mesir membanjiri hospital yang mendapat jolokan ‘kilang panjangkan kaki’ itu. Di dalam bilik pembedahan di hospital itu, senarionya tidak ubah seperti sebuah bilik penyiksaan dengan tulang kering pesakit dipatahkan dan disambungkan dengan menggunakan pin besi.
Teknik itu membentuk satu acuan dan menggunakan jejari besi dari sebuah kerangka besi yang menembusi daging untuk membetulkan kedudukan tulang. Berbanding teknik konvensional yang merapatkan kedua-dua bahagian tulang supaya tulang baru dapat tumbuh dan menyambung bahagian yang patah, Kerangka Ilizarov merenggangkan lagi dua bahagian tulang itu. Dengan menghalang hujung tulang patah bersambung, badan manusia akan menghasilkan sel-sel tulang baru untuk menyambung bahagian yang patah. Pada setiap hari, ketika tulang baru mula terhasil, bahagian yang patah itu akan direnggangkan lagi.
Melalui proses itu, pakar-pakar pembedahan dapat memanjangkan tulang kaki sehingga hampir 5 sentimeter hanya dalam tempoh sebulan. Mereka tidak lokek membayar sehingga £75,000 (RM483,000) dan menahan kesakitan selama setahun semata-mata kerana ingin menambahkan ketinggian beberapa sentimeter.

Makanan Ringan dari tanah, Indonesia (5 gambar)

Terdapat sebuah kampung di Tuban, bahagian Jawa Timur, Indonesia, menghasilkan makanan ringan dari tanah. Walaupun penduduk di situ percaya tanah yang menjadi bahan utama makanan diberi nama 'ampo' itu adalah bersih dan diperolehi dari kawasan tanah sawah padi berhampiran. Walaupun belum ada bukti perubatan, penduduk kampung di situ percaya ambo mampu menjadi ubat yang mujarab terutama sekali untuk wanita yang sedang mengandung. Ambo mampu membentuk struktur kulit bayi yang elok ketika masih di dalam kandungan lagi.


Daisy, pengadil bolasepak wanita termuda di dunia

Daisy dari Somerset, Inggris dinyatakan sebagai pengadil bola sepak wanita yang paling muda di dunia menurut Guinness. Daisy yang mendukung Championship Inggris dari sisi Watford, menerima kelayakan level 9 dari Persatuan Bola sepak di hari ulang tahunnya tahun ini. Daisy telah melakukan kursus pelatihan dua minggu untuk total 16 jam sebagai persyaratan untuk memimpin pertandingan dan-pertandingan itu pertandingan bolasepak dibawah usia 11 tahun. Daisy juga harus lulus ujian pilihan ganda sebelum melakukan tujian pratikal yang melibatkan analisa sebuah pertandingan di DVD. 



Di pertandingan pertamanya sebagai wasit FA yang cakap atau memiliki kelayakan, Daisy memberikan sebuah penalti kepada musuh pasukan sekolahnya sendiri. 


Aku tertarik dengan bolasepak ketika berusia 10 tahun dan pindah dari sekolah khusus perempuan ke sekolah dasar (sekolah campuran ). Lalu aku memutuskan untuk mengambil (pelatihan) pengadil kerana aku berfikir hal itu bakal mengembangkan seluruh mentalitasku terhadap pertandingan-pertandingan dan membuatku menjadi pemain yang lebih baik. Teman-temanku ok-ok saja dengan itu kerana mereka tahu aku orang yang mahir olah raga. Bahkan beberapa temanku bangga terhadap aku, ujar Daisy.

Daisy yang bermain untuk Bishops Lydeard , berharap dirinya boleh menjadi pengadil untuk orang dewasa dan menjadikannya sebagai pekerjaan part-time ketika dirinya berusia 16 tahun. Pengadil yang lulus ujian atau berkelayakan di Inggris sendiri ada sekitar 25, 502 orang dimana hanya ada 407 pengadil perempuan disana.

Perabot Dalaman & Luaran Hari Ini (10 gambar)

Trofi Lagu Terbaik lagu Penakut oleh Yuna, akan ditarik balik.

Trofi Anugerah Lagu Terbaik yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik oleh RIM/AIM. Ini dipastikan sendiri oleh Yuna menerusi laman Twitternya. Menurut artikel akhbar, pihak RIM/AIM telah membuat perkiraan yang salah dan pemenang jatuh kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain. Sangat haizz.....



sumber:


NAMPAKNYA, bulan ini memang bulan kontroversi. Yalah, kalau ada saja acara anugerah, pastinya ada kontroversi menyusul. Ibaratnya, anugerah dan kontroversi itu sungguh sinonim sekali, bagai isi dengan kuku. 

Belum habis orang ramai bercerita mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu Terbaik, timbul pula ketidakpuasan hati sesetengah pihak apabila nama Jurey Latiff Rosli diangkat sebagai Pengarah Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang baru berlalu. (baca selanjutnya)

Koleksi terbaru paduan Emporio Armani dan Rihanna (5 gambar)

Jenama pakaian terkenal, Emporia Armani telah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi antarabangsa Rihanna di dalam penghasilan fesyen terbaru syarikat pakaian itu. Ini termasuk rekaan pakaian dalam, seluar jeans serta kemeja T. Keistimewaan koleksi  ini ialah kemeja T-nya mempunyai lambang yang menggabungkan huruf pertama nama Rihanna, R, dengan lambang Emporio Armani iaitu helang.

Dikejar gelombang ombak setinggi 30 kaki, Britain (5 gambar)

Seorang pemuda Richarf Sills secara tidak sedar terdapat sebuah ombak massive sedang meluruh ke arah semasa beliau sedang mendayung untuk menanti ombak seterusnya. Kejadian ini berlaku di Pantai Fistral, Newquay. Ombak pada gambar pertama dikatakan ombak gelombang yang terbesar dan paling berbahaya pernah dicatatkan. Ia digelar sebagai The Widow Maker dan dianggarkan ketinggian sehingga 30 kaki.

Fenomena The Widow Maker hanya berlaku beberapa semasa musim sejuk di antara bulan April dan September setiap tahun. Seorang jurugambar amatur telah berjaya merakam dan mengambil gambar saat-saat Richard Sills, seorang peluncur profesional, dikejar oleh gelombang ombak yang sungguh besar itu. The Widow Maker dianggap sebagai gelombang terbesar di United Kingdom, terkenal dengan keganasan ombaknya dan hanya peluncur air bertaraf profesional saja yang mampu menawannya.
sumber
KLIK TAJUK POST UNTUK ENTRY LENGKAP.


Pasukan Harimau Muda disambut meriah, LCCT (12 gambar)

SEPANG - Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini hari ini. Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas. Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok. Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.
KLIK TAJUK POST UNTUK BERITA PENUH


Gambar Bangunan Rumah Baginda Rasullullah SAW (7 gambar)

Gambar-gambar di bawah merupakan gambar rumah Baginda Rasulullah SAW dan isterinya Siti Khadija R.A yang mereka duduki selama 28 tahun. Ianya hanyalah sebuah rumah sederhana tetapi seluruh umat tahu, di sinilah bermulanya kehidupan Rasulullah bersama isteri tercintanya. Lihat paparan selanjutnya..

  • Lokasi ini dipercayai runtuhan pintu masuk ke kamar Rasulullah SAW dan Siti Khadijah R.A

Alasan Titus Bonai Goyang Jaring Gawang Lawan





Aksi Titus Bonai di lapangan bersama tim nasional Indonesia U-23 dalam laga SEA Games XXVI cabang sepak bola sejauh ini sangat memukau. Penampilannya di lapangan tergolong khas dan unik, mulai dari pergerakan, gaya rambut, selebrasi, hingga kebiasaannya setiap Indonesia memperoleh kesempatan untuk melakukan tendangan penjuru.
Setiap corner atau tendangan bebas saya pasti goyang jala. Tapi bukan ada apa-apa seperti mistik. Itu hanya membuat saya lebih termotivasi. --Titus Bonai
Seperti sebuah ritual, Tibo, begitu Titus Bonai kerap disapa, selalu menggoyang jaring lawan sebelum tendangan penjuru untuk Indonesia dieksekusi. Dia masuk ke area gawang lawan, menggoyang-goyang jaring bagian dalam dan kemudian keluar lagi sesaat sebelum berebut bola di depan gawang.

Berbagai spekulasi dan penilaian muncul terhadap aksi Tibo ini. Ada yang menilai aksi itu menghibur, ada pula yang menanggapinya serius. Namun sebenarnya, apakah alasan Tibo melakukan aksi tersebut? Dalam wawancara khusus Kompas.com dengan Tibo, pekan lalu, dia mengungkapkan alasannya.

"Setiap corner atau tendangan bebas saya pasti goyang jala. Tapi bukan ada apa-apa seperti mistik. Itu hanya membuat saya lebih termotivasi. Ada delapan gol musim lalu. Dengan goyang jala itu, saya seperti percaya bisa bikin gol," ungkapnya sambil tertawa.

Tibo membantah aksinya seperti ritual mistik. Itu hanya kebiasaan unik sebagai salah satu alasan untuk membuat sepak bola menjadi menyenangkan baginya.

Aksi itu sudah menjadi kebiasaannya bahkan sebelum bermain untuk timnas U-23. Tibo sudah melakukannya sejak debutnya dalam PON 2008 di Kalimantan Timur hingga bermain untuk Persipura Jayapura.



sumber