Subscribe

Wednesday 30 November 2011

Pemilik kamera Canon 1000D sudah ditemui

Heboh sepanjang minggu ni pasal kamera dslr Canon 1000D yang telah dijumpai di dalam laut. Kamera itu dipercayai telah terjatuh ke dalam laut. Sudah pasti kamera itu tidak boleh lagi digunakan tetapi yang menariknya gambar-gambar di dalam memory card kamera itu tidak musnah. Terdapat lebih 50 keping gambar digital di dalamnya. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Cara pengkebumian yang unik dari Toraja, Indonesia (6 gambar)

Suku kaum Toraja yang berasal dari Sulawesi Selatan (Indonesia) mempunyai cara pengkebumian jenazah yang unik. Suku kaum ini berpegang teguh pada adat tradisi dan yang paling ketara bila tiba musim perayaan dan adat pengebumian jenazah. Mereka akan mengorbankan berpuluh-puluh kerbau dan babi semasa perayaan tersebut untuk dinikmati oleh masyarakat sekitar. Sila klik tajuk post untuk melihat seluruh entry.

Pasal dendam, macam-macam boleh jadi. (2 gambar)

Inilah kesan yang buruk kalau mempunyai teman lelaki yang tak betul. Seorang lelaki seolah-seolah seperti membalas dendam ke atas bekas teman wanitanya kerana menipu. Wanita itu telah mengambil keputusan untuk menyaman bekas teman lelakinya yang merupakan seorang artis tatoo. Menurut laporan, Fitzgerald terlebih dulu memberikan minuman alkohol kemudian meminta bekas teman wanitanya itu untuk menandatangi borang persetujuan sebagai bersetuju dengan bentuk tatoo yang akan dicacahkan kepadanya. Brovent meminta imej Narnia untuk reka tatoo di bahagian belakang tubuhnya. Sila klik tajuk post untuk terus membaca.

Mengembalikan duit yang dicuri selepas 60 tahun (3 gambar)

Mungkin disebabkan rasa bersalah, seorang lelaki berusia telah 'menghantar' semula wang yang pernah dicurinya dari sebuah kedai kira-kira 60 tahun yang lepas. Sepucuk sampul surat berisi not $ 100 dan nota ringkas telah dihantar ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Sila klik tajuk post untuk membaca entry sepenuhnya.

Kali pertama terkena cahaya matahari, operasi menyelamat (4 gambar + 1 video)

Kali ini berita pasal haiwan anjing pula. Gambar-gambar di bawah merupakan saat-saat sejumlah anjing jenis baka Beagles dilepaskan dari sangkar mereka buat kali pertamanya. Perkara ini telah mengambil perhatian masyarakat yang sayangkan haiwan peliharaan. Anjing-anjing ini sebenarnya adalah digunakan untuk tujuan ujian makmal di Sepanyol.  Sila tekan tajuk post untuk melihat seluruh isi berita.

Meja Kerja untuk ruang yang terhad (5 gambar)

Menepati gaya hidup pantas masa kini, ramai individu yang telah menjadikan rumah mereka juga sebagai pejabat mini mereka. Dengan adanya sambungan internet ke rumah, mesin faks dan telefon, segala urusan kerja dapat dilakukan dengan sempurna meskipun tidak perlu ke pejabat. Ini lazimnya berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam talian. Kali ini Blogpedia memberi cadangan perabot yang sesuai bagi ruang rumah yang kecil atau sederhana. Sila klik tajuk post untuk melihat cadangan-cadangan perabot ini.

Post ini dilabelkan pada label Interior Design. Sila klik DI SINI untuk melihat entry yang lain.

Binaan sekolah dari bahan semulajadi, Pakistan

Nama sekolah ini ialah Sekolah Tipu Sultan Merkez Gili yang terletak di Jar of Maulwi, Pakistan. Sekolah yang berasaskan bahan-bahan semulajadi ini merupakan cedokan ilmu kejuruteraan 'Ziegert Roswag Seiler Achictekten Ingeniure', sebuah institusi kejuruteraan yang baru menerima Anugerah Holcim pada tahun ini.

Pada fasa pertama, bangunan dua tingkat dibina dengan bongkah dinding yang dihasilkan dari tanah liat, pasir, jerami padi, air dan tanah biasa. Selain daripada itu, keistimewaan bangunan ini ialah mempunyai ruangan dalaman yang dilindungi oleg faktor kelembapan dari tanah atau pun limpahan air hujan. Pada bahagian atas binaan ini merupakan kerangka-kerangka buluh yang dipenuhi dengan campuran yang dipanggil campuran Gili.

Hasil gabungan struktur bahan-bahan semulajadi ini mampu menyerap kelembapan, manakala dinding yang dilapik dengan struktur tanah mampu mengurangkan suhu ruang dalaman sebanyak 8 darjah celsius semasa musim panas yang biasanya mencatat sehingga 40 darjah celsius. Idea binaan dari Jerman ini mampu memberi panduan teknikal kepada penduduk kampung untuk teknologi pembinaan yang sesuai dengan faktor sekeliling. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan proses membina sekolah dari bahan-bahan semulajadi ini.

Suasana Pusat Pemulihan Dadah di China (8 gambar)

Reuters.com adalah medium terbaik sekiranya korang hendak melihat gambar-gambar sesebuah masyarakat. Sememangnya bidang photojournalism banyak memberi jasa kepada manusia. Masa tengok gambar Pusat Pemulihan Dadah di Yunan ini, saya terdetik tertanya senario photojournalism di Malaysia ini sendiri. Memang payah nak jumpa gambar-gambar macam ni. Ada pun setakat gambar event atau berita semasa untuk surat khabar. Tapi untuk subjek seperti human interest, rasanya payah nak jumpa. Harap-harap di masa depan nanti ada pihak yang boleh buat macam organisasi seperti Reuters ni.

Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan suasana di dalam pusat pemulihan dadah di China ni. Ada pembaca komplen asik cerita oversea je pun. Bila nak dalam negara pula?? habis, dah kurang sumber maklumat. Hahaha.. Di pusat pemulihan dadah ini, pelatih akan diberikan jadual harian tertentu sebagai proses pemulihan. Contohnya seisi latihan fizikal pada gambar akhir yang bertujuan dapat membantu mengurangkan kemarahan kesan dari ketagihan. Ada juga sesi outdoor seperti pada gambar pertama ni, dorg tengah main helang menangkap ayam dekat padang. Maybe ada yang cakap macam budak-budak la pula, tapi sebenarnya ini semua melatih pelatih pusat pemulihan ini keluar dari zon ketagihan mereka. Tidak secara total, tapi langkah-langkah telah diambil. 

Saya kira di mana-mana pusat pemulihan pun ada melatih para penghuni pusat dengan beberapa kemahiran teknikal seperti membuat kraftangan, menjahit pakaian, menghasilkan perabot dan lain-lain lagi. Hasil dari kemahiran tersebut dijual kepada orang awam dan pelatih boleh mendapat upah atau mungkin elaun dari hasil jualan. 

Wanita British yang super RACIST

Video ni tengah hot sebab wanita British ini didakwa telah mengeluarkan kata-kata berbaur rasis semasa di dalam sebuah tram. Good news, dia dah pun kena tangkap oleh polis selepas saksi-saksi di situ telah membuat laporan polis. Hiks..kerana mulut,  lu binasa.

Set pakaian untuk KUCING (7 gambar)

Hi penggemar-penggemar kucing semua. Kali ni Blogpedia hendak share pakaian untuk kucing kesayangan korang. Cecomel sangat bila tengok potrait-potrait kucing ni. Rasanya korang boleh hasilkan sendiri pakaian untuk kucing ni. Kalau tak pun korang boleh beli sendiri secara online DI SINI. Sebuah laman web dari Jepun  yang menjual macam-macam jenis barang untuk haiwan peliharaan. Apapun sila klik tajuk post untuk melihat rekaan pakaian kucing yang lain. MIAUUUU!

Frog Transmission Set.
Harga : YEN 3, 800 / RM 155.00

Produk terbaru dari Dumex. Baby tahun 80an mesti familiar dgn Dumex ni!


2-3 hari ni mata asyik tekelip-kelip pandang papan iklan Nuffnang dekat header dan tepi bar blog ni. Kebetulan pula dalam 2-3 bulan ada kawan dan saudara saya yang baru dapat baby baru dalam keluarga diorang. Kadang-kadang bila ada masa senggang, saling tanya khabar dengan ibu dan baby baru tu. Macam-macam jugalah info yang dapat kongsi. Walaupun belum punyai anak, saya rasa tak salah nak bertanya pada orang yang dah punya pengalaman menguruskan anak ni. Dulu saya tak berpeluang nak jaga adik pun, sebab kakak saya yang jaga adik-adik kecil. Masa tu saya umur 6 tahun, dah pandai mengeja pun haha. Tapi hal adik-adik yang usia 2 tahun, 1 tahun dan yang baru berapa bulan tu, kakak-kakak dan mak saya yang uruskan. So sekarang ni, dapat kongsi pula tips dengan kawan dan saudara, rasanya tak ralat kalau jadi baby sitter ke pemilik bayi pula kan??

Seingat saya la, Dumex ni dah lama berada dalam pasaran. Dulu masa kecik pun saya penah diberi minum susu jenis Dumex ni. Tu bermakna Dumex ni memang sentiasa mendapat tempat di dalam pasaran susu tin untuk bayi di Malaysia. Sekarang ni pula ada kandungan ekstrak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dari Dumex Dugro. Macam biasalah, setiap produk Dumex pasti mempunyai usia tertentu yang kena sesuaikan dengan bayi dan kanak-kanak. Yang saya pernah dengar, ada juga bayi yang awal berhenti menyusu badan dari ibunya. So oleh kerana masih belum boleh menerima makanan pepejal sepenuhnya, bolehlah diganti dan selang selikan dengan susu tin seperti Dumex Dugro ni.

Korang boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dumex Dugro ini di laman web official mereka di SINI. Kalau nak info lebih cepat, tekan LIKES pada laman fanpage Dumex Dugro ini di SINI. Jangan tunggu nak jadi mak-mak baru nak belajar pasal susu bayi ni.

*pernah makan mentah serbuk susu Dumex adik-adik punya. campur milo. EPIC WIN.

Seni Gula Getah, Seattle ( 4 gambar )

Hari ni memang berniat nakal sikit nak ganggu mood selera makan korang. Takanla saya sorang-sorang tanggung derita tengok gambar-gambar ni kan. Hahahaha. Sila klik tajuk post utk melihat semua gambar. Kawasan Wall Gum Seattle ini merupakan salah satu tarikan pelancongan di Amerika Syarikat. Namun yang demikian, kawasan ini juga dikatakan medan penyebaran bermacam-macam jenis Virus.


X'Mas Special: Hiasan bertemakan warna merah (10 gambar)

Nowadays, warna merah bukan saja menjadi pilihan bagi orang Cina untuk menghias rumah mereka. Gaya urban atau sederhana selalu memilih warna merah untuk warna dominasi di dalam sesebuah ruang yang ingin dihiaskan. Warna merah juga merupakan salah satu warna yang sering dikaitkan dengan perayaan Krismas, pertama sekali sebab ia sinonim dengan warna pakaian Santa Claus. Kedua, ia merupakan warna yang terang dan meriah dan boleh menambahkan kenyamanan di mana-mana ruang pun.

Bukan saja pokok krismas, malah merah juga boleh dipadankan pada dinding, meja, mangkuk merah, mini stokin untuk mengisi gula-gula marshmellow, baubles dan lain-lain lagi. Selain ruang makan, anda juga boleh menggunakan kain penutup tempat tidur atau kusyen dengan warna merah. Sila klik tajuk post untuk melihat cadangan hiasan bertemakan warna merah semasa perayaan krismas yang akan menjelang tiba.

Post ini diletakkan di bawah label 'Untuk Hari Natal'. Sila klik DI SINI untuk melihat post yang lain.

Suasana Pilihanraya di Mesir (20 gambar)

Kita semua tahu Liga Arab seringkali menghadapi kemelut kuasa politik di dalam negara masing-masing. Pemimpin diktaktor sudah ramai digulingkan. Rakyat semakin celik menilai tuntutan pemerintahan yang lebih telus dan tersusun. Dalam tempoh 9 bulan ini saja, sudah 2 kali negara Mesir menghadapi tentangan dari rakyat. Mereka gulingkan pemerintahan diktator Hosni Mubarak dan menuntut sebuah corak pemerintahan demokrasi selepas berdekad-dekad lamanya di bawah pemerintahan diktator.

Gambar-gambar di bawah merupakan situasi di mana rakyat Mesir keluar rumah untuk pergi mengundi kerajaan baru mereka. Masing-masing dengan azam baru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih terjamin dan tidak lagi berlaku keganasan. Kejatuhan Hosni Mubarak pada Febuari lepas, diikuti dengan pemerintahan tentera selama hampir 10 bulan cuma membuatkan rakyat Mesir sentiasa berada di dalam ketakutan. Dan semasa pembuangan undi, rakyat seperti mendapat semangat baru. Semangat untuk membina negara yang baru. Sila klik tajuk post untuk melihat keseluruhan gambar-gambar.

Membina curve badan bermula RM139 bersama Marie France Bodyline

Marie France Bodyline (MBF) masih lagi mengadakan promosi percubaan  dari syarikat mereka. Bermula dengan pembayaran RM139. 00 hanya untuk mereka yang kali pertama mencuba produk ini sahaja. Sila tekan pada papan iklan (paparan Marie France Bodyline) tersebut atau tekan di sini dan daftarlah sekarang. Tertakluk kepada terma dan syarat!

Penjaga-penjaga rumah di Cambodia (5 gambar)

Ini merupakan sebuah pemandangan di sebuah kampung di Siem Reap, Cambodia. Hampir setiap rumah mempunyai replika yang berpakaian seperti manusia dan berpenampilan ganas. Pada mulanya, saya fikir ini adalah scarecrows atau orang-orang penghalau burung di sawah padi. Tetapi replika ini tidak berada di ladang atau menjaga tanaman. Replika ini seolah-olah seperti pengawal bangunan yang akan memerhatikan sertiap penjuru kawasan luar rumah.

Menurut kepercayaan penduduk setempat, replika seperti manusia ini dapat menghalang roh-roh jahat dari masuk ke kawasan rumah mereka. Ada yang memegang pistol, pedang, bazooka dan lain-lain lagi. Kawasan ini seperti menakutkan dan untuk pengetahuan semua Cambodia pernah mengalami zaman yang menakutkan di mana semasa zaman Pol Pot ramai penduduk telah disembelih hidup-hidup. Masih ada rakyat yang trauma dengan perkara tersebut dan ada yang mengelak untuk membincangkan masa lepas apabila ditanya. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.

klik sini.

Underwater Photography: Alice In The Waterland (20 gambar)

Gambar-gambar underwater di bawah merupakan hasil karya Elena Kalis yang dilahirkan di Rusia dan telah menetap di Bahamas. Beliau telah mendapat idea untuk menghasil gambar underwater berinspirasikan kisah kanak-kanak yang terkenal; Alice In The Wonderland. Elena telah menjadikan anak dan anak-anak jirannya sebagai subjek di dalam karya underwater ini. Karya ini dinamakan sebagai Alice In The Waterland. Gambar-gambar beliau begitu menakjubkan, bewarna-warni, bersifat surrealist dan berunsurkan fantasi. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Derma satu klik untuk iklan ini.

Raja Marble, jutawan termuda di dunia (3 gambar)

 Pada tahun 2010, Mark Zuckerberg pernah disifatkan sebagai Times 'Person Of The Year' dan merupakan antara jutawa termuda di dunia. Manakala pada tahun ini, Sebastian Vettel telah berjaya menjadi pelumba termuda di dalam Formula 1. Sekali lagi barisan jutawan ini telah diisi oleh seorang budak yang baru berusia 8 tahun dan kini dia adalah jutawan paling termuda di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca seisi entry.

Keajaiban 'Pohon Kehidupan' di Bahrain (4 gambar)

Pohon ini digelar sebagai Tree Of Life yang terletak di tengah-tengah padang pasir di Bahrain. Tree of Life dianggap sebagai satu fenomena yang luar di dunia. Sila klik tajuk post untuk membaca isi sepenuhnya.