Subscribe

Wednesday 16 November 2011

Stalking : NEELOFA (27 gambar!)

Blogpedia mempunyai statistik pengunjung yang ramai di dalam entry yang melibatkan Neelofa di dalamnya. Sehingga ke hari ini, purata sehari lawatan view pages bagi artis baru ini ialah 200 pageviews. Jom kita tengok berapa pula statistik untuk entry Stalking: Neelofa. 27 gambar ini diperolehi dari Twitter beliau.



Stalking : SCHA AL YAHYA (16 gambar)

VIDEO : Bersalin dalam air @ Waterbirth

di malaysia, antara ibu yang telah melahirkan anak melalui kaedah ini ialah isteri kepada angkasawan negara kita. menurut sejarah dunia, kaedah ini bermula sejak thun 60-an lagi apabila seorang penyelidik dari rusia, igor charkovsky melakukan kajian tentang kaedah ini. kajian demi kajian dilakukan dan kaedah ini telah ditambahbaik lagi dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. dan sejak tahun 90 an, kaedah ini mula digemari.  di barat, ramai ibu telah memberi mendapat bahawa kaedah ini lebih merehatkan dan seperti berada di dalam spa yang memberi kelegaan kepada otot sokongan serta ketenangan fikiran. walaubagaimanapun, di malaysia, kaedah ini masih kurang dipraktikkan kerana dikatakan agak bertentangan dengan agama dan budaya. dan salah sebuah hospital yang memberi perkhidmatan ini ialah hospital pantai, kuala lumpur. korang boleh cari sendiri gambar-gambar rujukan yang lain, ini je gambar yang blogpedia rasa agak sopan sikit, berbanding yang lain.


'Badak percaya dia boleh terbang'. (8 gambar )

African Black Rhinos atau Badak Hitam jenis Afrika merupakan salah satu spesies badak yang terancam pada tahap kritikal. Menurut laporan pada tahun 2011, sebanyak 341 ekor badak hitam ini telah dibunuh. Malah pada tahun sebelumnya, dicatatkan 333 ekor badak hitam telah dibunuh semata-mata hendak mendapatkan tanduknya. Tanduk badak hitam adalah sangat berharga di dalam pasaran gelap. Oleh yang demikian, badan dunia seperti kumpulan pemuliharaan WWF telah membantu kerajaan Afrika Selatan untuk melindungi spesies ini. Salah satu caranya adalah memindahkan spesies dari Timur Cape ke kawasan wilayah utara Limpopo, yang jauhnya 1000km dari tempat asal badak ini.
Walaubagaimanapun, proses pemindahan ini bukannya mudah. Badak hitam ini terpaksa disuntik dengan ubat pelali dan mata mereka telah ditutup dengan kain. Veterinar telah membawa badak hitam ini dengan menggunakan helikopter pengangkut. Pada asalnya cara pemindahan ini menimbulkan isu dari pelbagai pihak, tetapi pakar-pakar veterinar memberi jaminan bahawa cara ini adalah lebih mudah berbanding menggunakan kenderaan darat. Badak hitam ini mempunyai berat 2000 kilogram dan mempunyai panjang badan hingga 4 meter. Walaubagaimanapun, yang menyedihkan tanduk badak hitam ini terpaksa dipotong untuk mengelak spesis ini daripada dibunuh oleh pemburu tanduk haram. Ini kerana untuk mendapatkan tanduk berharga ini, badak terpaksa dibunuh terlebih dahulu. Jadi untuk memelihara spesis ini, badak hitam ini terpaksalah hilang sedikit seri wajahnya kerana tanduk sudah tiada. Ok silalah lihat proses perpindahan badak yang comel ini. Serius, sangat kesian.




Penemuan terhebat di China (4 gambar)

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan penemuan terbaru dari aplikasi pencari lokasi oleh Google Map. Beberapa struktur bersaiz sangat besar dan belum dikenal pasti telah ditemui di sebuah lokasi kawasan gurun di China. Ia terletak di Dunhuang, Jiuquan, Gansu, utara Sungai Hikmat, yang melintasi Plateau Tibet ke barat ke Gurun Kumtag. Ia meliputi sesuatu kawasan kira-kira satu kilometer panjang dengan lebih daripada 3,000 kaki lebar. Dikatakan struktur-struktur tersebut menyamai seperti sebuah kawasan ketenteraan mahupun sebuah kompleks yang berskala besar. 


Remaja 15 tahun terlanjur 20 kali

PETALING JAYA: Tindakan seorang kakak merampas telefon bimbit adik perempuannya membongkar rahsia perbuatan keji gadis terbabit yang terlanjur lebih 20 kali bersama teman lelakinya sejak beberapa bulan lalu.
Kejadian itu terbongkar jam 11.30 malam Sabtu lalu, selepas kakak berkenaan menemui SMS berbaur lucah dihantar teman lelaki adiknya berusia 19 tahun menyebabkan kakak berusia 20-an itu mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar.


Menurut sumber, remaja perempuan berusia 15 tahun yang ketakutan selepas hubungan cinta terlarang itu terbongkar hanya berdiam diri dan menangis teresak-esak.
“Ibu bapa mereka yang mengetahui anak gadisnya itu yang menunggu keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terlanjur hanya terdiam.
“Bagaimanapun, abang iparnya mendesak gadis terbabit menghubungi teman lelakinya sebelum mereka menangkap lelaki itu dan membawanya ke Balai Polis Kota Damansara,” katanya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, perbuatan keji adiknya terbongkar apabila kakaknya yang menegur sikap gadis itu yang sering tidur lewat kerana bermain komputer terlihat SMS lucah dalam telefon bimbitnya.


Sumber berkata, kakaknya mendesak adiknya menceritakan perkara sebenar sebelum dimaklumkan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial.
“Perkenalan itu bertukar percintaan sebelum kedua-dua mereka berjumpa secara sembunyi bagi bermadu kasih.
“Sebaik mendengar pengakuan itu, abang iparnya meminta gadis terbabit menghubungi teman lelakinya untuk berjumpa di padang sekolah berhampiran rumah mereka,” katanya.
Menurutnya, sebaik mereka bertemu teman lelaki adiknya, abang iparnya meminta penjelasan sebelum lelaki terbabit mengaku terlanjur lebih 20 kali bersama gadis itu. Katanya, geram dengan pengakuan itu, lelaki terbabit dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


SUMBER: Harian Metro

Design Youtube yang baru dilancar (5 gambar)


Misi menyelamatkan haiwan. (13 gambar ALOLOLO)

Sememangnya kerja-kerja menyelamat bukan saja kepada manusia, tetapi ahli bomba juga melakukan tersebut untuk haiwan peliharaan manusia mahupun yang liar. Rasa nak nangis (mmg tekuar air mata pun) tengok haiwan-haiwan yang diselamatkan oleh abang-abang bomba ni. Jom kita kata sama-sama "Alololo siannya.." masa tengok gambar-gambar menyelamatkan haiwan ini. Respect kepada mereka yang sayangkan binatang. Muahh.


Dasar **** BETUL LA!!!




Travel: Floating Market, Vietnam. (8 gambar)

Floating Market atau Pasar Terapung di Vietnam, merupakan lokasi yang wajib korang pergi kalau datang melancong ke Vietnam. Bangun awal pagi dan lihat sendiri kesibukan sepanjang sungai ini. 8 gambar inspirasi dari Floating Market, Vietnam.

sumber: Pavel Kosenko



Imaginasi Angry Bird ke dunia sebenar (8 gambar)

Hari ini, kita boleh melihat di mana-mana saja produk Angry Bird. Blogpedia pernah memaparkan pada entry yang lepas. Kali ini, seorang artist dari Kerala, India, Mohammad Raoof telah mengintepretasikan watak-watak setiap burung Angry Bird ini kepada hasil rekaan ke 'dunia sebenar'. Kehebatan transformasi oleh pemuda ini mendapat perhatian di seluruh dunia, di mana intepretasinya itu seolah-olah burung-burung ini benar-benar wujud di dunia. Ianya bermula apabila Mohammad Raoof sedang membuat carian di dalam Google.com tentang Angrybird dan mula menghasilkan lukisan digital. Setiap watak hanya mengambil masa 2 jam disiapkan.



Lintah masuk kemaluan

sumber: berita harian



Pelajar dinasihat elak main air banjir
 

KOTA BHARU: Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan.

Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan.
Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang, berharap peringatan itu tidak dipandang ringan kerana mengikut laporan tahun lalu, ada pelajar yang diberi rawatan kecemasan akibat kemaluan mereka dimasuki lintah selepas bermain air banjir. 
Beliau turut mengingatkan pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya menjaga aspek kebersihan makanan kerana pelbagai kuman penyakit bawaan air dikesan ketika musim banjir akibat kegagalan menjaga kebersihan air dan makanan. 

"Saya mahu mengingatkan supaya pelajar perempuan tidak leka bermain banjir terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelak mereka diserang lintah ketika banjir nanti," katanya selepas melawat tiga daripada 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital seluruh negeri ini termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini, semalam. 

Hussain berkata, pihaknya mengenal pasti 9,224 daripada 36,333 calon SPM di negeri ini dijangka terbabit dengan lokasi banjir apabila kediaman mereka terletak di 67 kawasan yang biasa terdedah ancaman banjir di seluruh negeri ini. Katanya, bagi memastikan calon SPM itu dapat menduduki peperiksaan dengan selamat, pihaknya menyediakan 14 pusat alternatif sebagai pusat peperiksaan selamat jika banjir berlaku dalam tempoh terdekat ini. 

"Daripada 67 pusat terbabit banjir, 10 sekolah terletak di Kota Bharu, diikuti tiga di Tumpat; lima di Pasir Mas dan masing-masing dua di Tanah Merah, Machang, dan Gua Musang. 


"Selebihnya, enam lokasi banjir di Pasir Puteh dan sembilan lagi di Kuala Krai, namun semua calon SPM terbabit diberi jaminan boleh menduduki peperiksaan dengan selesa kerana JPN menambah bilangan petugas peperiksaan seramai 492 orang yang menjaga di kawasan berisiko banjir," katanya. 

Sementara itu, 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital membabitkan tiga calon di HRPZ, diikuti tiga HUSM, dan masing-masing satu calon di Hospital Tumpat, Hospital Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli selain seorang lagi di Hospital Pakar Perdana, di sini. 

INFO 

Lintah
 



  • Lintah hidup di kawasan berair terutama berhampiran bendang padi, kawasan ternakan lembu dan paya. 


  • Lintah akan mengikut aliran air dan hinggap terhadap mana-mana hidupan lain termasuk manusia. 


  • Lintah memasuki saluran kemaluan termasuk dubur dan menggigitnya. 


  • Akibat gigitan itu, mangsa akan mengalami pendarahan teruk. 


  • Pegawai Perubatan akan menggunakan air garam yang dimasukkan ke kemaluan atau dubur agar lintah keluar. 


  • Mangsa memerlukan rawatan pemindahan darah dan jika terlewat diberi rawatan, mangsa boleh maut akibat kekurangan darah. 


    (Info disediakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Kota Bharu, Zaid Ahmad) 
  • Design: 25 jenis barangan dari tayar kenderaan

    Bila tengok hasil-hasil kitar semula di bawah ini, tiba-tiba saya rasa orang Malaysia ni memang tak kreatif juga dalam hal alam sekitar. Biasanya tayar-tayar cam ni campak dalam laut jadi tukun tiruan. Apa salahnya kreatif macam ni?? Jom kita pergi cari tayar keta, yang baru beli nampak kilat sikit. Malas nak polish.



    Penghasilan Permaidani Parsi (Reuter) - 11 gambar

    Setelah menyaksikan kesemua gambar-gambar dari Reuters.com ini, tidak hairanlah kalau harga permaidani Parsi boleh menjangkau harga ribuan ringgit setiap satu. Kilang yang terletak di selatan Tehran ini menghasilkan permaidani dengan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Dari proses awal seperti pemwarnaan warna benang, pengeringan benang, mereka bentuk permaidani, penenunan sehinggalah ke jual beli, semuanya dilakukan sepenuhnya ole pekerja di sini. Kebanyakan pemilik kilang permaidani di sini merupakan perniagaan keluarga turun temurun. Tidak hairanlah sejak dari kecil lagi diajar untuk menguasai seni tenunan permaidani ini. Saksikan proses penghasilan handmade  ini. 11 keping gambar semuanya.




    Peralatan pelik musim banjir laris di Bangkok

    BANGKOK - Banjir yang melanda ibu kota Thailand di sini memberi durian runtuh kepada peniaga-peniaga kecil yang menjual pelbagai barang yang digunakan semasa banjir.
    Antara barangan tersebut termasuk but getah beraneka warna, jet ski, pam air, kipas bot dan pembalut plastik.Malah, mekanik-mekanik di sini menawarkan perkhidmatan mengapungkan kenderaan yang ditenggelami air dengan menggunakan bahan styrofoam.Mereka juga melakukan modifikasi khas dengan memasang snorkel enjin dan ekzos yang diubah suai bagi membolehkan kereta, trak dan motosikal meredah jalan raya yang ditenggelami air.Mekanik-mekanik itu di bandar raya ini sibuk dengan peralatan khas yang diubah suai bagi membolehkan kereta, trak dan motosikal melalui kawasan yang dilanda banjir.
    Seorang mekanik berusia 24 tahun, Thong Dechapak berkata, bengkel kereta keluarganya mengenakan caj AS$333 (RM1,049) untuk memasang dua alat berkenaan.Gajet enjin itu dipacak tegak melepasi bumbung kereta seperti snorkel selaman.Ia berfungsi untuk menyedut udara bagi membolehkan pembakaran enjin terus berlaku ketika kenderaan melalui air banjir."Permintaan untuk alat ini tinggi. Kami menerima tempahan pelanggan sekitar dua bulan lalu apabila wilayah-wilayah di utara bandar raya ini mula ditenggelami air banjir," kata Thong.
    Seorang peniaga lain, Wiweena Boonsanong, 27, pula menjual beraneka but getah yang didatangkan dalam pelbagai warna."Wanita mahu gemar berfesyen walaupun dalam suasana banjir, kami mahu sentiasa kelihatan comel," kata Boonsanong.Dalam tempoh sejam, peniaga wanita itu berupaya menjual enam pasang but getah pada harga AS$12 (RM37) sepasang.Selain but getah, mesin kipas yang boleh digunakan sebagai kipas untuk menggerakkan rakit buluh turut mendapat permintaan menggalakkan.Sebuah mesin berkenaan dijual pada harga sekitar AS$315 (RM993).Wichra Lertrasamee yang menjual peralatan itu menyatakan, seorang pembeli membelinya untuk menggerakkan rakit buluh.
    Keluarganya mula menjual peralatan untuk musim banjir itu di rumahnya di wilayah Chachergsao, timur Bangkok.Apabila banjir itu melanda dari utara, dia mendirikan kedai sementara di kawasan berdekatan dengan Pathum Thani.Apabila wilayah itu juga dilanda banjir, dia memindahkan perniagaannya ke Bangkok.Menurutnya, dia bangun daripada tidur pada pukul 3 pagi supaya dapat tiba di bandar raya ini menjelang pukul 5 pagi bagi mendapatkan tempat strategik di pasar. Beberapa kawasan di Bangkok kini masih dilanda banjir. - Agensi

    10 rekahias luaran sesuai utk cuaca di Malaysia (10 gambar)

    Sempena kenaikan gaji korang pada tahun 2012, berikut merupakan reka hias luaran rumah yang rasanya mampu untuk dibuat. Lagi-lagi kalau korang mempunyai sebidang lot tanah untuk buat rumah. Buat mini pun tak apa. Janji boleh jadi tempat lepak untuk seisi keluarga dan rombongan buat ketupat (mengumpat lettuew)



    Dokumentari MJ Yang Tidak Pernah Ditonton Akan Dilelong Lebih RM20 Juta

    LONDON: Sebuah dokumentari yang merakamkan aksi legenda pop Michael Jackson pada tahun 1992-93 ketika beliau sedang mempromosikan konsert 'Dangerous' dijangka akan dilelong melebihi RM20 juta pada hujung bulan ini.
    Pita rakaman dokumentari tersebut kini dikatakan berada di tangan salah seorang bekas pemandu peribadi Michael dan dia telah memberi persetujuan kepada sebuah firma lelongan untuk melelong dokumentari berkenaan.
    Rakaman di belakang pentas itu dibuat oleh sekumpulan krew dokumentari yang diupah oleh Michael ketika berlangsungnya konsert 'Dangerous' di seluruh dunia antara tahun 1992-93 tetapi beliau akhirnya tidak berpuashati dengan rakaman berkenaan dan membuat keputusan untuk tidak dihasilkan secara komersil.
    Satu-satunya pita rakaman tersebut kemudian diserahkan oleh Michael kepada pemandunya ketika itu.
    Pemandu berkenaan yang mendakwa beliau memperolehi pita rakaman itu sebagai hadiah istimewa daripada Michael di atas perkhidmatan yang diberikannya telah menyimpan pita rakaman itu dan tidak memaklumkan kepada sesiapa pun termasuklah kakitangan Michael.
    Tidak ada siapa pun mengetahui mengenai kewujudan pita rakaman tersebut sehinggalah klip ringkas mengenainya tersiar dalam laman You Tube baru-baru ini.
    Michael yang meninggal dunia pada Jun 2009 kerana mengambil sejenis ubat penenang yang sangat kuat bernama Propofol tidak meninggalkan sebarang wasiat atau nota mengenai rakaman video berkenaan.
    Sejak tersiarnya klip berkenaan dalam YouTube, para peguam syarikat rakaman Michael cuba membuat tuntutan hak ke atas dokumentari tersebut tetapi telah ditolak oleh sebuah mahkamah yang bersetuju bahawa ia adalah hadiah yang diberikan oleh Michael kepada pemandunya itu.
    Bagaimanapun mahkamah menghalang pemandu tersebut daripada membuat salinan.
    Dokumentari berdurasi dua jam itu dijangka membuat keuntungan berjuta-juta ringgit apabila ia dilelong kerana dikatakan mengandungi rakaman kandid di belakang pentas termasuklah mengandungi rakaman Jordy Chandler yang pernah menuduh Michael mencabul kehormatannya sebelum kes mereka diselesaikan di luar mahkamah.
    CEO Fame Bureau Auctioneers, Ted Owen, yang akan bertanggungjawab melakukan lelongan tersebut berkata; "Rakaman dokumentari itu sangat bernilai tinggi kerana kualiti rakamannya termasuklah insiden-insiden kandid di belakang pentas serta jumlah kamera yang digunakan dan juga keistimewaan ia dirakamkan begitu hampir dengan persembahan Michael sepanjang konsert Dangerous."
    Dalam pada itu, pemegang hak harta peninggalan Michael telah memberi lampu hijau kepada Kumpulan Queen untuk mengeluarkan album rakaman penyanyi mereka mendiang Freddie Mercury dengan Michael yang dibuat pada awal tahun 1980-an di Amerika Syarikat.

    sumber: mstar online

    Najwa Latif Selesa Dengan Imejnya


    Najwa ketika mengadakan persembahan bersama Greyson Chance di AIM.
    KUALA LUMPUR: Penyanyi Youtube, Najwa Latif memberitahu selesa dengan imejnya bersesuaian dengan usia dan statusnya sebagai pelajar sekolah.
    Najwa berkata, sebagai seorang yang bertudung dan masih memegang status pelajar sekolah dia perlu menjaga pemakaian kerana sentiasa menjadi perhatian umum.
    "Saya masih baru sebagai seorang penyanyi dan masih menyesuaikan diri dan ketika ini saya rasa imej yang saya bawa bersesuaian dengan saya.
    "Tambahan pula saya masih bersekolah dan perlu menjaga pemakaian kerana sedar menjadi perhatian umum dan paling penting saya selesa ketika menggayakan sesuatu pakaian itu," ujarnya.
    Najwa ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran BN Youth Music 2011 di sini, Selasa.
    Najwa ketika muncul di Anugerah Skrin.
    Dalam pada itu, Najwa memberitahu dia gembira apabila video Cinta Muka Buku yang dimuat naik di dalam laman Youtube telah mencecah sebanyak empat juta penonton.
    "Alhamdulilah sokongan daripada peminat dan penggemar lagu tersebut yang telah merialisasikan angka tersebut. Saya sendiri terkejut dengan angkat berkenaan," katanya.
    Bakal muncul dengan video terbaru menerusi single keduanya, Carta Hati pada 20 November ini, Najwa berkata dia berharap peminat akan menyukai hasilnya nanti.
    Sementara itu, bercakap mengenai duetnya dengan Greyson, Najwa berkata, dia cukup seronok berganding dengan penyanyi berusia 14 tahun itu.
    Ujarnya, Greyson sendiri menyarankan agar mereka berduet dalam lagu Paparazzinyanyian asal oleh Lady Gaga.
    "Pada awalnya saya sangat gemuruh tetapi dia sangat mesra membuatkan saya selesa bekerja dengannya dan walaupun masih muda dia banyak memberi tunjuk ajar dan inspirasi kepada saya," katanya.

    SUMBER: MSTAR ONLINE


    Stalking : Liyana Jasmay (16 gambar)

    Suka camwhore juga Liyana Jasmay ni. Hehehehhe. Stalking LJ! Gambar diperolehi dari akaun twitter beliau. 16 keping gambar semuanya.


    Future: Bangunan Angkasa Raya, Kuala Lumpur (6 gambar)

    Kuala Lumpur sekali lagi akan menerima mercu tanda yang baru menandingi Kuala Lumpur Commercial Centre (KLCC) kelak. Bangunan ini dipanggil sebagai Bangunan Angkasa Raya. Tiba-tiba saya terbayangkan Polis Angkasa Gaban. Bangunan ini dijangka siap pada tahun 2016, berbentuk segi empat tepat dan dijangka mempunyai ketinggian sehingga 268 meter. Suku 1 kilometer!


    Yang menariknya mengenai mercu tanda yang baru ini ialah sifatnya yang mementingkan alam sekitar. Dikatakan pokok-pokok kecil besar akan memenuhi ruang Angkasa Raya ini. Bangunan ini juga mempunyai fasiliti-fasiliti yang lain seperti hotel mewah, pejabat, restoren dan lain-lain lagi. Sistem pengudaraan juga dibina dengan begitu telus dan sudah pasti bangunan ini dibina berdasarkan reka bentuk yang moden dan bersifat metro.



    Selamat hari jadi untuk awak. LAWL!

    Gambar Pilihan Editor dari Reuters (10 gambar)

    Setiap hari Blogpedia akan berkongsi 10 gambar terbaik pilihan Editor dari Reuter. Semoga perkongsian info ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada para pembaca. Sila tekan butang SHARE pada entry ini dan kongsikan wall facebook atau twitter anda. 




    A man carries balloons for sale near the banks of the Ravi river in Lahore, Pakistan, November 14, 2011.
    REUTERS/Mohsin Raza



    Damaged vehicles are seen outside a restaurant after a blast in Xi'an, Shaanxi province, China, November 14, 2011. At least seven people were confirmed dead and 31 others were taken to hospital after an explosion went off Monday morning in Xi'an, capital of northwest China's Shaanxi Province, Xinhua News Agency reported.
    REUTERS/China Daily



    Kindergarden children prepare to take an afternoon nap at a branch of Lingzhi primary school, which is housed inside a rented four-storey residential building, in Wuhan, Hubei province, November 14, 2011.
    REUTERS/Stringer