Subscribe

Wednesday 16 November 2011

VIDEO : Bersalin dalam air @ Waterbirth

di malaysia, antara ibu yang telah melahirkan anak melalui kaedah ini ialah isteri kepada angkasawan negara kita. menurut sejarah dunia, kaedah ini bermula sejak thun 60-an lagi apabila seorang penyelidik dari rusia, igor charkovsky melakukan kajian tentang kaedah ini. kajian demi kajian dilakukan dan kaedah ini telah ditambahbaik lagi dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. dan sejak tahun 90 an, kaedah ini mula digemari.  di barat, ramai ibu telah memberi mendapat bahawa kaedah ini lebih merehatkan dan seperti berada di dalam spa yang memberi kelegaan kepada otot sokongan serta ketenangan fikiran. walaubagaimanapun, di malaysia, kaedah ini masih kurang dipraktikkan kerana dikatakan agak bertentangan dengan agama dan budaya. dan salah sebuah hospital yang memberi perkhidmatan ini ialah hospital pantai, kuala lumpur. korang boleh cari sendiri gambar-gambar rujukan yang lain, ini je gambar yang blogpedia rasa agak sopan sikit, berbanding yang lain.




Kaedah ini turut memberi pilihan kepada suami untuk turut bersama isteri di dalam kolam bersalin sebagai tanda sokongan. Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manisIbu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin.  Bayi lemas dalam air? Semestinya tidak, ini kerana sebenarnya selepas bayi lahir, bayi belum boleh bernafas dalam beberapa saat. Dan semasa itulah, petugas akan menyambut kelahiran bayi ini.

0 comments:

Post a Comment