Subscribe

Friday 25 November 2011

Majlis Perasmian Gaga's Workshop (Butik milik Lady Gaga) - 10 gambar

Sekitar majlis perasmian butik Lady Gaga yang diberi nama Gaga's Workshop. Bekerjasama dengan Barneys New York, kini Lady Gaga membuka butik barangan seperti pakaian, aksesori, makeup, kasut, cenderahati, buku dan pelbagai jenis barangan lagi. Sememangnya Lady Gaga ni unik pun. Korang boleh melawat kedai online Gaga's Workshop di SINI. Harga-harga barangan boleh tahanlah. Ok jom tengok apakah Gaga's Workshop ni. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar lagi banyak.

Post ini juga diletakkan di bawah label People Of. Sila klik DI SINI untuk melihat entry yang lain.

Kurt Cobain (15 gambar)

Salam jumaat, moga senyum selalu.

Saya ni LION. brr...brr..brr...


Salam Jumaat semua. XOXO

Korean Mermaid atau Haenyo (10 gambar)

Mungkin ada di antara korang dah tahu pasal kehidupan nelayan wanita di Pulau Jeju, Korea Selatan ini. Kalau ada yang belum tahu, jom Sekolah Blogpedia akan bercerita untuk korang. Purata umur nelayan wanita ini iala 50 tahun dan ada juga yang menjangkau sehingga 70 tahun. Dilaporkan hanya 2 orang wanita bawah umur 30 tahun yang telah menjadi nelayan yang unik ini.

Mereka digelar 'haenyo' atau penyelam wanita. Mereka juga dikenali sebagai Duyung Korea. Tradisi menyelam di kalangan wanita ini sudah dijalankan berabad lamanya. Perairan kepulauan di Pulau Jeju ini kaya dengan pelbagai spesis makanan laut seperti sotong kurita, kerang, abalone dan landak. Sekitar tahun 1800-an, kerajaan telah menetap pelbagai jenis cukai yang telah mengakibatkan wanita-wanita turut sama bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga. Walaubagaimanapun, pada masa itu tiada cukai ditetapkan untuk haenyo menjual hasil tangkapan mereka. Sejak itu, ramai wanita telah menjadi nelayan penyelam sepenuh masa.

Dikatakan seramai 30 ribu orang wanita pernah menjadi penyelam di Pulau Jeju. Walau bagaimanapun ianya telah berkurangan sehingga hanya tingga 5000 orang saja yang masih bekerja sebagai haenyo. Pulau Jeju juga telah mengalami pembangunan dan sudah menjadi tumpuan pelancong. Ini sekaligus membina banyak peluang pekerjaan di pulau itu. Haenyo kini tidak menggalakkan anak-anak mereka mewarisi pekerjaan ini sebagai satu profesion. Sila klik tajuk post untuk melihat gambar haenyo ini.

Post ini terletak di bawah label Sekolah Blogpedia. Sila klik di sini untuk melihat pembelajaran yang lain.

Kem 'Musim Panas' untuk kanak-kanak, Korea Selatan (7 gambar)

Seramai 37 orang pelajar pelbagai peringkat usia dari sekolah rendah di Korea Selatan telah mengambil bahagian menyertai latihan kem tentera pada musim panas. Latihan ini dijalankan selama 3 hari oleh marin bersara di Ansan. Kem latihan ala tentera ini dibuka awam di mana latihan yang dijalankan berteraskan secara fizikal dan rohani mereka. Dekat Malaysia kena tunggu lepas SPM baru boleh pergi. Seronok tengok semangat waja kanak-kanak ni. Klik tajuk post untuk melihat gambar seterusnya.

Middle Finger masa sedang baca berita, di Rusia

Rusia agak heboh seketika apabila seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen di Rusia membuat simbol jari yang menyinggung perasaan apabila beliau sedang membaca berita. Tatyana Limanova, seorang wartawan yang pernah memenangi anugerah daripada sebuah saluran televisyen Rusia Ren TV dikatakan sedang membaca satu segmen mengenai persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Beliau membuat simbol berkenaan sambil memandang ke bawah ketika sedang membaca berita berkaitan persidangan tersebut. Stesen televisyen tersebut enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang disebabkan oleh pembaca berita tersebut. REN TV dipancarkan ke 120 juta orang penduduk di Rusia dan dianggp sebagai salah sebuah saluran televisyen yang bersikap liberal. Pihak kerajaan mengawal ketat semua bentuk media di negara itu. Menurut sumber, Limanova tidak menghadapi apa-apa hukuman rasmi daripada majikannya.


Sumber

Mesin basuh haiwan kesayangan (4 gambar)

Ini adalah terbaik buat abad ini untuk semua pemelihara haiwan rumah seperti anjing dan kucing. Sekarang kita sudah mempunyai teknologi mesin basuh untuk kucing-kucing kesayangan kita. Seorang usahawan Perancis, Romain Jarry 31 tahun, menegaskan mesin basuh haiwan ini tidak memudaratkan haiwan. Beliau sedang merancang untuk meluaskan Mesin  Dog-A-Matic ini ke Britain selepas kejayaannya membuka kedainya sendiri di St Max, berhampiran Nancy. Pengguna hanya akan mengambil masa setengah jam untuk proses mesin basuh ini. Kos yang dikenakan adalah mengikut saiz haiwan tersebut. Menurut Romain, semua proses ini tidak mengambil masa yang lama termasuk proses pengeringan. Sila klik tajuk post untuk melihat mesin-mesin tersebut.

Post ini di bawah label 'Perkara Hebat'. Sila klik di sini untuk melihat perkara hebat yang lain.

Software untuk menilai gambar yang berkualiti (3 gambar)

Sekarang dah ada software yang boleh menentukan gambar korang bagus atau tidak. Tak perlu nak kecik hati lagi bila orang kritik gambar korang, bila orang tak jujur tetap cakap gambar korang nice capture, nice moment, cantik or anything stereotype critic in facebook sedangkan gambar tu tak menarik pun. Dan tak perlu lagi ada poseur-poseur yang perasan tak boleh kena kritik. INI! Dengan menggunakan software Aesthetic Image Search,  teknologi sistem paramaeter yang sama seperti mata terlatih seorang pakar fotografi, penilaian terhadap program imbangan cahaya (white balance) dan juga framing gambar yang tepat. Merujuk kepada Xerox, program ini cuba membuat installation yang tepat untuk membuatkan peminat foto menghasilkan gambar yang lebih berkualiti tinggi. Pengguna perlu menyusun gambar mengikut kategori tertentu ke dalam software ini, supaya ia dapat menilai melalui algoritma yang menggunakan parameter yang berbeza.

Obsesi Pink oleh Lady Pink (11 gambar)

Ingatkan obsesi terhadap warna pink hanya dihidapi oleh kanak-kanak saja. Rupanya orang tua pun turut sama. Kitten Kay Sera seorang aktres berusia 46 tahun dari Los Angeles, mula memakai sebarang benda berwarna pink sejak 25 tahun yang lepas. Dia mendapat jolokan nama Lady Pink kerana obsesinya itu. Walaupun obsesi dengan warna ini, dia sentiasa memperbaharui fesyennya mengikut zaman. Obsesinya ini turut memberi tumpuan apabila memakai pakaian bewarna pink ketika pergi ke majlis pengebumian. Sila klik pada tajuk post untuk melihat gejala PINK ini.


Ruang untuk pakaian dan aksesori (5 gambar)

Ke arah sistem penyimpanan pakaian dan aksesori yang lebih berkesan. Gambar di bawah mungkin pada fikiran korang memerlukan tempat yang besar, tetapi tak apa. Ceduklah sedikit idea dengan menggunakan ruang yang terhad dekat rumah korang untuk tempat tersusun macam ni. Rasa macam dalam butik pun ada kan. Klik pada tajuk post untuk melihat cadangan gambar yang lain.

Posisi baik punya (3 gambar)

Kelihatan seperti seorang pelumba motorsikal kuasa tinggi. Apa yang anda lihat sebenarnya adalah mayat seorang pemuda yang telah mati ditembak di Puerto Rico. Baru berusia 22 tahun, keluarganya mahu orang ramai datang menziarahi mendiang dengan cara yang akan diingati. David Morales Colon telah diberikan sebiji motor Honda jenama baru. Keluarganya meminta pihak pengurusan jenazah supaya meletakkan beliau seperti seorang sedang menunggang motorsikal. Sedikit sebanyak hal ini telah mewujudkan isu tidak selesa di kalangan masyarakat, tetapi  sebenarnya cara ini telah memberi idea kepada pihak pengurusan jenazah yang lain untuk menggunakan idea seperti ini untuk pelanggan mereka. Biasanya keluarga akan menyimpan jenazah selama 3 hari di ruang tertentu sebelum dikebumikan. Klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.