Subscribe

Thursday 24 November 2011

Pokok Krismas dari emas?

Sempena perayaan Krismas yang akan menjelang tiba, seorang artis seni dari Jepun, Ginza Tanaka telah menghasilkan pokok Krismas dengan menggunakan pepejal emas. Berukuran 2.4 meter tinggi dan berat sekitar 12 kilogram, pokok mewah ini dihiasi dengan pinggan emas dan 60 perhiasan berbentuk jantung dan ditutup dengan pita riben. Harga pokok krismas mewah ini ialah USD 2 juta. Wow.



Hadiah untuk seorang teman wanita yang geek. (5 gambar)

Hah! Ini hadiah terbaik sekiranya anda mempunyai girlfriend yang GEEK. Pasti gf pun suka. Pure leather dan ada YODA! Korang boleh dapatkan handbag leather yang lain, di sini (KLIK). Beg YODA ni berharga USD 110.00 atau lebih kurang RM330.00 sahaja. Unik habis. Sila klik tajuk untuk melihat semua sisi beg ini.

Bila sembelit, try ni. (2 gambar)



Buat yoga, kalau susah nak buang air beso. Sapa suruh tak minum air?? Hahahah

Font Bulu Kaki (3 Gambar)

Bayangkan korang masih jadi pelajar rekaan seni kreatif. Pensyarah anda meminta semua pelajar di dalam kelas untuk mereka bentuk untuk mencipta font tulisan yang baru TANPA menggunakan komputer. Apakah medium yang anda gunakan? How lah?

Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar Jepun, Mayuko Kanazawa apabila dia telah diberikan tugasan ini. Dia telah menggunakan bulu kaki rakannya untuk menciptakan font yang dikehendaki. Mula-mula tu memang lah beliau rasa jijik.Tetapi selepas melihat iklan Adidas (seperti di bawah), pelajar itu telah meneruskan tugasan tersebut. Di akhir tugasan, beliau menerima aduan dari rakannya sebagai mangsa tugasan font dari bulu kaki. :)

Once Upon A Time In Japan - Geisha Potraitures (10 gambar)

Komen yang pelik dan aneh di Youtube (18 gambar)

Youtube merupakan salah satu medium internet yang terbaik sehingga ke hari ini. Namun tak kurang juga, Youtube juga mempunyai sejumlah user yang pelik dan aneh. Sila klik tajuk post untuk melihat keanehan-keanehan ini. :)

Hotel yang awesome (10 gambar)

Potraiture of The Beatles (10 gambar Black & White)

Gambar-gambar ini merupakan sebahagian daripada koleksi terbaik dari band The Beatles. Merupakan koleksi dari tahun 1957 sehingga 1972. Bila tengok gambar ni, teringat band-band yang ada sekarang seperti Hujan, Changcuters, Bunkface etc etc. Ternyata pakaian The Beatles memang sentiasa jadi ikutan sehingga ke hari ini. Kan?

Pokok anggur Brazil (4 gambar)

Di Russia, nama pokok ini ialah Dzabotikaba. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok anggur Brazil. Pokok yang mengeluarkan buahnya di dahan dan seluruh pokok ini juga boleh ditemui di Portugal, Argentina dan Brazil. Buah ini mengeluarkan cecair bewarna ungu apabila dipicit dan juga boleh dimakan terus dari pokok. Walaubagaimanapun, tidak semua penanam pokok ini bernasib baik untuk mendapatkan pokok sebegini hasilnya. Tempoh matang pokok anggur Brazil ini dikatakan mencapai hingga 100 tahun. Ia akan berbunga dan berbuah dalam tempoh 2 kali setahun. Buah ini mampu merawat sakit asma, cirit birit, radang tonsil dan memiliki beberapa komponen sebagai antikanser. Meriah betul pokok ni kan. Subhanallah! Klik tajuk post untuk melihat gambar yang lain.

Lihat pautan yang lain : (satu) (dua) (tiga)


Kucing buat pedajai, tapi kita still sayang diorg. (30 gambar)

Hahaha. Masa tengok gambar-gambar kucing, memang ketawa haru gila babas, sampai mak pun hairan. Ini bukan buat-buat, ini betul2. Tapi tu la, apa pun kucing pedajai kita, kita still sayang kucing. Kita marah mana skalipun, diorang tetap bagi muka cute rasa tak bersalah. T___T. Ok selamat melihat gambar seterusnya. Sama-sama nangis kay? Klik tajuk post utk lihat gambar kucing yang lain.

Bila Queen Elizabeth bimbangkan tetamunya. (9 gambar)

Tuan rumah di raja Britain ini sedikit bimbang melihat kasut tetamunya pada gambar pertama, Ratu Elizabeth ketika menerima kedatangan rombongan Presiden Negara Turki. Isteri Presiden Turki, Hayrunnisa Gul dilihat memakai kasut setinggi 6 inci sentiasa berhati-hati bila melangkah. Pasangan pemimpin Turki dan delegasi sedang tiba di Istana Buckingham untuk makan tengahari di raja.

Isteri Presiden merupakan seorang penggemar kasut stilleto, tidak ralat untuk memakai kasut setinggi 5-6 inci untuk tujuan rasmi. Kedatangan delegasi dari Turki ini disambut dengan penuh adat istiadat di raja Britain. Selain menghadiri mesyuarat dua hala hubungan kedua negara, Presiden Turki dan isterinya juga diberi baris hormat oleh Pasukan Pengawal Berkuda. Sejurus tiba, 41 das tembakan ke udara dilaksanakan oleh Pasukan Tentera Berkuda Artileri Di Raja. Nyanyian lagu kebangsaan negara masing-masing juga dimainkan oleh Kumpulan Band Pengawal Coldstream. Kemudian, Putera Philip dan Presiden Turki tersebut turun padang dan memeriksa barisan kehormat daripada 101 orang anggota tentera dan 3 pegawai. 


KLIK tajuk post untuk melihat gambar seterusnya.

Obsesi bentuk bibir seperti watak kartun animasi (5 gambar)

Untuk kelihatan cantik seperti idola, Kristina Rei berumur 22 tahun, sanggup melakukan 100 suntikan silikon ke atas bibirnya semata-mata ingin kelihatan seperti Jessica Rabbit. Jesicca Rabbit sebenarnya hanyalah sekadar watak animasi. Obsesi Kristina ini menelan belanja sebanyak 4,000 poun. Terdahulu, dia hanya mempunyai bibir nipis dan berpendapat bentuk bibirnya adalah hodoh. Menurutnya, setiap suntikan kos adalah 40 poun dan suntikan silikon itu adalah menyakitkan sehingga susah hendak makan.

Pada usia 17 tahun, Kristina mula mendapatkan suntikan ini. Walaubagaimanapun, dia kini telah mengurangkan kekerapan suntikan sekali untuk sebulan sahaja. Dia berkata, bibir besarnya itu membantu meningkatkan keyakinan diri untuk pergi ke mana-mana. Semasa di sekolah, beliau selalu diejek oleh kawan-kawannya kerana mempunyai bibir yang nipis. Selain dari obsesi terhadap bibir seperti Jessica Rabbit, dia turut merancang untuk membesarkan payudaranya, dari cawan C ke cawan DD, mengubah bentuk hidung dan teringin mengubah telinganya seperti telinga peri-peri.

Klik tajuk post untuk melihat gambar bibir besarnya yang lain.

Marilyn Monroe (7 gambar)

Marilyn Monroe atau Norma Jean ditemui mati pada 5 Ogos 1962, di rumahnya. Sehingga kini, kematiannya masih menjadi satu misteri kepada semua pihak. Pelbagai spekulasi yang timbul selepas kematian beliau dan masih menjadi bualan sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, mari kita lihat pose-pose beliau yang sangat diingati oleh peminat-peminat sehingga kini. Klik tajuk post untuk melihat kesemua gambar.

entry popular di BLOGPEDIA : Titus Bonai | Neelofa | Fazura

Persediaan Qatar menjelang World Cup 2022 (8 gambar)

Nice PINK inside. Teka?

NICE PINK INSIDE. WHO IS THIS?
CLICK ENTRY-TITLE.

Terima wajah baru setelah diserang cimpanzi (5 gambar)

Gambar pertama merupakan wajah asal Charla Nash, seorang ibu tunggal berusia 56 tahun yang berasal dari Stamford, Connecticut. 2 tahun lepas dia telah kehilangan seluruh struktur muka asal apabila seekor cimpanzi telah menyerangnya. Tangan, hidung, bibir dan kelopak mata telah mengalami kecederaan serius akibat dari serangan haiwan peliharaan milik majikannya.Tambah malang lagi, apabila kawasan kecederaan itu mengalami jangkitan kuman dan memaksa beliau untuk memakai topi atau tudung khas ke mana-mana.

Enam bulan yang lepas, wanita ini telah menjalani pembedahan selama 20 jam. Beliau telah menerima 'wajah baru', mata palsu dan juga tangan baru. Beliau juga sudah boleh memakan makanan pejal semula. Pasukan pembedahan termasuk 14 pakar bedah telah melakukan proses pembentukan wajah baru wanita itu dengan jayanya.

Serangan dasyat, Travis iaitu seekor cimpanzi pada tahun 2009 telah menjadikan wanita ini menderita selama 2 tahun. Cimpanzi tersebut telah ditembak mati sejurus selepas kejadian tersebut.