Subscribe

Wednesday 23 November 2011

Jakarta Fashion Week (12 rekaan baju ohwsem!)

Pada 12 hingga 18 November 2011 yang lepas, Minggu Fesyen Jakarta telah diadakan dengan jayanya di Pacific Place Shopping Mall, Jakarta Selatan. Minggu Fesyen Jakarta merupakan festival tahun yang diadakan untuk mempamerkan bakat-bakat industri kreatif dari negara Indonesia. Matlamat utama festival ini juga adalah sebagai menjadikan kotaraya Jakarta sebagai hub fesyen bertaraf global. Penggemar fesyen, media tempatan dan asing, golongan sosialis, selebriti dan orang awam telah datang menjayakan majlis ini. 

Lebih 150 pereka tempatan, serantau dan antarabangsa telah mengambil bahagian di dalam Minggu Fesyen Jakarta ini. Pereka berprofil tinggi seperti Biyan, Oscar Lawalata, Tex Saverio, Ghea Panggabean, Sebastian Gunawan dan Sally Koeswanto juga mengambil bahagian mempamerkan koleksi terbaru mereka.

Minggu Fesyen Jakart 2012 ini sepenuhnya dianjurkan dan dihoskan oleh Azura Activation Company, merupakan salah sebuah anak syarikat Femina Group yang telah aktif sejak tahun 1971 di dalam mempromosikan industri fesyen Indonesia sama ada melalui editorial dan acara-cara yang lain. KLIK tajuk post untuk melihat 12 jenis rekaan, sebahagian dari hasil rekaan dari Indonesia ini. Cantik!!!



0 comments:

Post a Comment