Subscribe

Wednesday 23 November 2011

Koleksi terbaru paduan Emporio Armani dan Rihanna (5 gambar)

Jenama pakaian terkenal, Emporia Armani telah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi antarabangsa Rihanna di dalam penghasilan fesyen terbaru syarikat pakaian itu. Ini termasuk rekaan pakaian dalam, seluar jeans serta kemeja T. Keistimewaan koleksi  ini ialah kemeja T-nya mempunyai lambang yang menggabungkan huruf pertama nama Rihanna, R, dengan lambang Emporio Armani iaitu helang.


Koleksi kerjasama ini mengambil kira penampilan kini Rihanna yang dikatakan menjadi ikutan para peminatnya. Dua jenis jeans denim direka mengikut konsep 'teman lelaki' dan bahagian kaki yang ketat, serta konsep 'skinny'. Manakala untuk koleksi pakaian dalam pula, didatangkan koleksi jenis thongs, seluar dan camisoles; yang mempunyai pengaruh renda dan microfibre. Harga untuk semula koleksi ialah di paras harga yang berpatutan. Koleksi ini akan berada di pasaran pada sekitar pertengahan November.

Antara model pakaian Emporio Armani yang pernah menjalinkan kerjasama ialah Megan Fox, Rafal Nadal dan Christiano Ronaldo.Kali ini Rihanna dipilih untuk kerjasama terbaru kerana mengambil kira faktor selebriti yang sangat berbakat dan mempunyai sifat feminin dan kualitinya yang tersendiri yang menjadikan Rihanna adalah pilihan yang tepat untuk projek bertemakan jiwa muda dan moden.

0 comments:

Post a Comment