Subscribe

Thursday 24 November 2011

Terima wajah baru setelah diserang cimpanzi (5 gambar)

Gambar pertama merupakan wajah asal Charla Nash, seorang ibu tunggal berusia 56 tahun yang berasal dari Stamford, Connecticut. 2 tahun lepas dia telah kehilangan seluruh struktur muka asal apabila seekor cimpanzi telah menyerangnya. Tangan, hidung, bibir dan kelopak mata telah mengalami kecederaan serius akibat dari serangan haiwan peliharaan milik majikannya.Tambah malang lagi, apabila kawasan kecederaan itu mengalami jangkitan kuman dan memaksa beliau untuk memakai topi atau tudung khas ke mana-mana.

Enam bulan yang lepas, wanita ini telah menjalani pembedahan selama 20 jam. Beliau telah menerima 'wajah baru', mata palsu dan juga tangan baru. Beliau juga sudah boleh memakan makanan pejal semula. Pasukan pembedahan termasuk 14 pakar bedah telah melakukan proses pembentukan wajah baru wanita itu dengan jayanya.

Serangan dasyat, Travis iaitu seekor cimpanzi pada tahun 2009 telah menjadikan wanita ini menderita selama 2 tahun. Cimpanzi tersebut telah ditembak mati sejurus selepas kejadian tersebut.


0 comments:

Post a Comment