Subscribe

Thursday 24 November 2011

Bila Queen Elizabeth bimbangkan tetamunya. (9 gambar)

Tuan rumah di raja Britain ini sedikit bimbang melihat kasut tetamunya pada gambar pertama, Ratu Elizabeth ketika menerima kedatangan rombongan Presiden Negara Turki. Isteri Presiden Turki, Hayrunnisa Gul dilihat memakai kasut setinggi 6 inci sentiasa berhati-hati bila melangkah. Pasangan pemimpin Turki dan delegasi sedang tiba di Istana Buckingham untuk makan tengahari di raja.

Isteri Presiden merupakan seorang penggemar kasut stilleto, tidak ralat untuk memakai kasut setinggi 5-6 inci untuk tujuan rasmi. Kedatangan delegasi dari Turki ini disambut dengan penuh adat istiadat di raja Britain. Selain menghadiri mesyuarat dua hala hubungan kedua negara, Presiden Turki dan isterinya juga diberi baris hormat oleh Pasukan Pengawal Berkuda. Sejurus tiba, 41 das tembakan ke udara dilaksanakan oleh Pasukan Tentera Berkuda Artileri Di Raja. Nyanyian lagu kebangsaan negara masing-masing juga dimainkan oleh Kumpulan Band Pengawal Coldstream. Kemudian, Putera Philip dan Presiden Turki tersebut turun padang dan memeriksa barisan kehormat daripada 101 orang anggota tentera dan 3 pegawai. 


KLIK tajuk post untuk melihat gambar seterusnya.



sumber

0 comments:

Post a Comment