Subscribe

Thursday 24 November 2011

Obsesi bentuk bibir seperti watak kartun animasi (5 gambar)

Untuk kelihatan cantik seperti idola, Kristina Rei berumur 22 tahun, sanggup melakukan 100 suntikan silikon ke atas bibirnya semata-mata ingin kelihatan seperti Jessica Rabbit. Jesicca Rabbit sebenarnya hanyalah sekadar watak animasi. Obsesi Kristina ini menelan belanja sebanyak 4,000 poun. Terdahulu, dia hanya mempunyai bibir nipis dan berpendapat bentuk bibirnya adalah hodoh. Menurutnya, setiap suntikan kos adalah 40 poun dan suntikan silikon itu adalah menyakitkan sehingga susah hendak makan.

Pada usia 17 tahun, Kristina mula mendapatkan suntikan ini. Walaubagaimanapun, dia kini telah mengurangkan kekerapan suntikan sekali untuk sebulan sahaja. Dia berkata, bibir besarnya itu membantu meningkatkan keyakinan diri untuk pergi ke mana-mana. Semasa di sekolah, beliau selalu diejek oleh kawan-kawannya kerana mempunyai bibir yang nipis. Selain dari obsesi terhadap bibir seperti Jessica Rabbit, dia turut merancang untuk membesarkan payudaranya, dari cawan C ke cawan DD, mengubah bentuk hidung dan teringin mengubah telinganya seperti telinga peri-peri.

Klik tajuk post untuk melihat gambar bibir besarnya yang lain.



0 comments:

Post a Comment