Subscribe

Thursday 15 December 2011

Orang Minyak versi Tawau.


TAWAU: Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.
Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.


Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.

Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.
“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.
Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.
Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.


Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.


sumber

Close Up Photography: Apa Mantis buat kalau bukan tengah 'berdoa"? (Praying Mantis)

Kepada penggemar close up photography, korang boleh try mencuba seisi fotoshoot yang menarik mcm ni. Praying Mantis atau cengkadak merupakan haiwan eksotik yg rasanya senang nak suruh posing. U know what i mean. Scott Cromwell, photographer dari Oklahoma, Amerika Syarikat telah menghabiskan banyak masa untuk mengkaji dan mengatur pose-pose praying mantis ini. Beliau memelihara banyak serangga jenis praying mantis ini di rumah. Namun kata beliau, mengambil gambar pose close up serangga ini sudah pasti memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Punk rocker dimasukkan ke pusat pemulihan, Acheh (8 gambar)

Berpuluh-puluh peminat punk rock telah ditangkap dan telah dihantar ke sekolah polis untuk menerima bimbingan mental dan rohani selama 10 hari. Pada peringkat permulaan, rambut mereka telah dicukur dan seluruh aksesori tindikan di badan mereka telah dirampas oleh pihak polis di Acheh.

59 orang lelaki dan 6 orang wanita telah diarahkan masuk ke dalam sebuah kolam air untuk tujuan pembersihan 'rohani', kata Ketua Polis Iskandar Hasan. Semasa berada di dalam pusat itu, mereka juga dibekalkan pakaian dan alatan peribadi. Ini merupakan salah satu usaha pihak berkuasa Acheh untuk menggalakan nilai-nilai moral yang lebih tegas. Di Acheh, mereka mengenakan hukum rejam sehingga mati untuk kesalahan zina, hukuman penjara untuk pesalah homoseksual, dirotan di khalayak ramai, wanita dimestikan memakai tudung dan seluar yang ketat adalah diharamkan sama sekali. Sila klik tajuk post untuk membaca entry penuh.

Gambar family tahunan yang pelik. (8 gambar)

Biasa dekat Malaysia, mana-mana famili yang merayakan hari raya pasti mempunyai sesi ambil gambar family semasa raya tak pun setahun sekali la at least kan? Di dalam talian internet, sebuah lagi website awkwardfamilyphotos.com telah menjadi fenomena selepas ditubuhkan oleh Mike Bender dan Dough Chernack. Sesiapa saja boleh menghantar gambar seisi keluarga ke website ini dengan berbagai ragam ketika mengambil gambar. Kejayaan laman web ini sebenarnya berinspirasikan apabila kedua sahabat ini sering melihat gambar-gambar keluarga yang terdapat di rumah masing-masing ataupun di kediaman yang lain. Selain daripada menghantar gambar, terdapat juga pakej menarik yang disediakan seperti mencetak baju dengan gambar family, set permainan, kalender dan macam-macam lagi.

Sila klik tajuk post untuk melihat salah sebuah keluarga yang telah menghantar gambar AWKWARD mereka ke lama web ini. ok memang pelik!

Memanjat dinding Yosemite tanpa bantuan gajet canggih

Blogpedia pernah menyiarkan tentang projek seni underwater yang sangat indah di SINI. Kemudian Blogpedia juga penah mempamerkan gambar-gambar indah di bawah gulungan ombak yang besar di SINI. Kali ini Blogpedia berkongsi pula aktiviti ekstrem wall climbing yang sangat nak buat orang lain gerun bertahun-tahun nak tengok. Saya tak rasa sukan ekstrem yang bahaya ini boleh dilakukan dengan mudah. Ia memerlukan daya mental dan FIZIKAL yang double up tinggi ketika berada di lokasi. Tapi tak apa, walaupun kita tak dapat nak join panjat memanjat dinding natural di Taman Negara Yosemite, hanya gambar yang menjadi penawar!

Sila klik tajuk post untuk berita penuh.

Hasil lelongan $ 115 juta dari koleksi Elizabeth Taylor

Blogpedia pernah memaparkan koleksi barang kemas dan sedikit maklumat tentang Elizabeth Taylor itu di dalam entry INI. Seperti yang dilaporkan, sebuah majlis pelelongan barang kemas, barangan peribadi dan beberapa barangan berinspirasikan Elizabeth Taylor telah berjaya dijayakan baru-baru ini. Koleksi barang kemas yang menakjubkan ini telah berjaya meraih jumlah lelongan sebanyak $ 115 juta di New York. Ini termasuk jumlah $11.8 juta untuk kalung mutiara dan $8.8 juta bagi cincin berlian, kedua-kedua barang kemas ini merupakan hadiah pemberian oleh Richard Burton.

Kalung tersebut merupakan kalung mutiara yang dianggap bersejarah dan dikenali sebagai La Peregrina. Ia dibeli oleh Burton pada harga $37, 000 pada tahun 1969 dan berjaya meraih $ 11. 8 juta pada malam lelongan tersebut. Dilaporkan sebanyak $2 -3 juta telah berjaya diraih bagi lelongan permata, pakaian dan memorabilia lain yang pernah dikumpul oleh Elizabeth Taylor. Sila klik tajuk post untuk entry penuh.

Projek pembaziran di China, membina Disneyland (8 gambar)

Negara China juga rupanya tidak ketinggalan di dalam mempunyai sikap membazirkan duit untuk pembangunan hartanah di negara itu. Gambar-gambar di bawah merupakan salah satu bukti atas sikap yang disebutkan. Kawasan ini merupakan Disneyland China yang tidak pernah siap semenjak didirikan pada tahun 1998. Dijangkakan menjadi sebuah taman hiburan terbesar di Asia, namun pembinaan terpaksa dihentikan apabila pembiayaannya ditarik balik. Selain itu, pertelagahan dingin di antara petani dan kerajaan tempatan tentang isu harga hartanah telah mengakibatkan terbantutnya projek pembangunan mega ini.

Kini yang tinggal hanyalah tapak yang mereput dan para petani telah mula bercucuk tanam balik di situ. Jualan hartanah di negara itu merupakan penyumbang 10% kepada pertumbuhan ekonomi negara China. Tambahan maklumat, negara China mempunyai versi Disneylandnya yang tersendiri, iaitu di Hong Kong dan Shanghai. SIla klik tajuk post untuk melihat entry penuh.

Berapa tinggikah Nabi Adam A.S?


Diakui asal-usul umat manusia berasal dari punca yang satu iaitu Nabi Adam (as). Tidak beberapa lama, daripada rusuk Nabi Adam (as) dijadikan Siti Hawa (as) dan seterusnya berkembanglah umat manusia bersilih ganti dan menjadi berbilang-bilang bangsa dan suku seperti sekarang. Ada pendapat ulama’ yang mengatakan bahawa ketinggian Nabi Adam (as) adalah lebih kurang 100 hasta dan ada yang berpendapat 60 hasta.
Namun demikian, mari kita merujuk hadis Rasullullah (saw):
“Allah (swt) menciptakan Adam (as) dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam (as), mahkluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Maka, berdasarkan hadis di atas, ketinggian Nabi Adam adalah 60 hasta.
1 hasta = 45.72 cm
60 hasta = 27.432 m
Tinggi Nabi Adam (as) adalah hampir 30 meter!!!!.
Berikut adalah gambar replika baju Nabi Adam (as) yang dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Ia mengambil masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjangnya 29 meter dan lebarnya 9 meter.

Tapi persoalannya di sini kenapa ketinggian umat manusia semakin berkurang seperti sekarang ini?
Sekumpulan saintis daripada Amerika Syarikat (AS) telah membuat kajian mengenainya dan mereka mendapati salah satu punca kemerosotan purata ketinggian umat manusia adalah memakan makanan yang diawet.



Hantar surat ugutan pada Santa Claus. Haizz.

Pilihanraya Umum Malaysia dengar-dengar tak lama lagi nak menjelma. Korang dah daftar jadi pengundi belum? Kalau belum ataupun sudah, ataupun nak buat semakan, korang boleh melakukan pemeriksaan secara online DI SINI. Bila mengundi nanti, undilah dengan penuh ikhlas hati yang jitu occay?

Kali ni Blogpedia nak kongsi pasal seorang kanak-kanak or maybe remaja yang baru berusia 13 tahun. Tengok muka dia pun, saya rasa serammm~~. Dikatakan Meekeda Austin telah menghantar surat kepada Santa Claus seperti penganut Kristian yang menyambut Krismas yang lain. Menghantar surat untuk Santa Claus merupakan sebahagian daripada tradisi Krismas untuk kanak-kanak di seluruh dunia pada setiap tahun. Yang menariknya, Meekeda telah mengancam untuk 'memburu' dan 'memasak' rusa atau reindeer milik Santa Claus dan membahagikan daging-daging tersebut kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal semasa perayaan, sekiranya Bapa Krismas itu tidak menunaikan permintaan hadiah Krismas untuk kali ini.  Sila klik tajuk post untuk membaca entry penuh.