Subscribe

Thursday 1 December 2011

Elizabeth Taylor dan koleksi barang kemasnya. (20 gambar)

Tipulah kalau wanita menolak barang kemas di dalam hidupnya. Kalau tidak segantang emas, setiap wanita pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebentuk cincin emas di dalam hidupnya. Begitulah juga dengan pelakon Hollywood yang terkenal, Elizabeth Taylor. Beliau memulakan kemasyhurannya semasa di zaman kanak-kanaknya lagi apabila dia diminta untuk menanggalkan bulu mata yang dikatakan palsu. Keistimewaan pada matanya yang cantik itu telah menjadikan dia seorang pelakon yang masyhur sehingga akhir hayatnya. Beliau juga dikenali sebagai selebriti yang mempunyai beberapa kali perkahwinan. Sila klik tajuk post untuk melihat entry penuh.
“I was taught by my parents . . . if you want to have a love affair you get married. I guess I’m very old-fashioned”
Bila menyebut soal barang kemas, Elizabeth Taylor sememangnya mempunyai koleksinya yang pelbagai dan mempunyai nilai yang tinggi. Beliau bukan saja suka membeli barang kemas malah juga kerap menerima hadiah barang kemas dari pelbagai pihak. Sebuah buku telah ditulis mengenai beliau dan obsesi mengumpul barang kemasnya itu iaitu 'Elizabeth Taylor: My Love Affair with Jewelry'. Walaubagaimanapun, koleksi barang-barang kemas ini akan dilelong pada 13 Disember depan. Ini menepati dengan hasrat beliau ketika di akhir hayatnya.
“I feel as though I’m only the custodian of my jewelry. When I die and they go off to auction I hope whoever buys them gives them a really good home.”




0 comments:

Post a Comment